Bab 7 [EDIT]

821 57 4
                                    

Votelah duluuu😉💞

Malam itu Zara menghadap penciptanya bagi meminta petunjuk atas apa yang telah berlaku.

Perjumpaannya dengan Syamim untuk kali kedua ini. Memang berat ujian yang diberi, namun sebagai hamba kita harus menjalani takdir yang sudah ditetapkan.

Selesai sahaja Zara menunaikan solat dan berdoa kepada sang pencipta, dia merasa bahawa dia telah menidakkan takdir yang telah diatur untuk dirinya. Mungkin pertemuan Syamim dan dirinya akan membawa seribu satu maksud di kemudian hari. Tetapi apakah hikmahnya?

Zara mengeluh.

Ya Allah. Aku alpa. Aku telah menyalahkan takdir. Ampunkan aku Ya Allah. Tapi, kau berikanlah petunjuk di sebalik semua perkara yang sedang terjadi.

Selesai menunaikan solat, Zara pergi ke ruang tamu. Dia melihat kelibat Harris yang sedang meneliti kerjanya. Dirinya hendak bertemu dengan Harris namun di dalam hati tidak mahu menambah risau di fikiran abangnya itu.

Pergi jelah. Aku bukan nak bebankan dia pun. Aku nak cakap saja.

Zara mengatur langkah turun dari tangga dan menuju ke arah Harris. Harris yang melihat kehadiran Zara hanya tersenyum. Tahu bahawa perkara yang adiknya sedang lalui ini bukan mudah.

"Kenapa kesayangan abang ni tak tidur lagi?"

Harris mengucup ubun-ubun adiknya. Zara hanya melabuhkan kepalanya di bahu Harris. Sudah lama mereka tidak begitu sejak sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Abang tu? Kenapa tak tidur lagi? Selalu sangat tinggal kak Jannah sorang-sorang dalam bilik tu time macam ni. Patutnya, sekarang ni, abang tengah tidur ngan kak Jannah. Lepastu bagi adik dekat si Amar tu."

Zara hanya berseloroh.

"Aisy dia ni! Otak tu fikir pelik-pelik! Dah tahap wajib kawin dah kalau otak fikir macam tu!"

"Dulu dah nak kawin, tapi pengantin lelaki tak datang. Lepastu, dah kawin pun hidup tak bahagia."

Ucap Zara dengan nada mendatar. Harris berasa sekarang ini dia sesuai untuk menjadi bisu. Bagaimana dia boleh terlepas cakap begitu?

Zara sedar akan perubahan riak wajah Harris.

"Alah abang ni! Rileks lah. Adik okay. Tapi, adik harap sangat abang teruskan keputusan abang untuk tukarkan adik dengan Encik Burhan. Adik tetap akan jalankan tanggungjawab adik pada syarikat tu, cuma dari jauh. Urusan dalam, adik akan update dengan Encik Burhan."

"Okay, abang faham. Abang pun takkan paksa adik. Cuma dik, abang harap adik akan cuba kawal perasaan adik tu. Abang tak nak adik abang lemah."

"Ye, bang. Adik faham."

...

Pada pagi itu, Zara menunggu seseorang untuk menjemputnya ke pejabat. Hari ini dia memberi Asyraf cuti untuk lebih banyak mempunyai masa bersama keluarga sejak anaknya itu jatuh sakit. Harris dan Hilmi pula perlu bergerak ke tapak pembinaan di Damansara.

"Lamanya mamat ni. Aku dah lambat ni," omel Zara.

"Dik, tak sampai lagi ke mamat berpujangga tu? Lambat betul," tegur Hilmi.

"Tu lah bang. Adik dah lambat ni. Adik nak kenalkan Encik Burhan tu hari ni."

Beberapa minit selepas itu, Ariff tiba dengan kereta BMW Series 5 miliknya. Zara menuju laju ke arah kereta itu.

"Tu dia dah sampai. Abang, adik pergi dulu tau. Assalamualaikum."

"Elok-elok tau dik."

Anak mata Hilmi hanya mengekori kereta itu sehingga hilang daripada matanya. Zara benar-benar lambat untuk ke pejabat. Hilmi pun perlu berangkat ke pejabat sebentar untuk mengambil beberapa dokumen penting. Dia mengambil langkah masuk ke dalam keretanya.

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now