Bab 9 [EDIT]

705 56 1
                                    

Votelah duluuu😉💫

Sudah hampir seminggu Syamim tidak menegur Zara walaupun mereka hari-hari bertemu. Barangkali serik dengan ceramah Zara hari itu.

Hari-hari Zara berjalan seperti biasa. Namun, hari ini akan menjadi luar biasa.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Zara disambut pulang oleh Amar dan Hakim seperti biasa.

"Maksu!"

"Ye, sayang. Mama dengan ibu mana?"

"Ada kat dapur, tengah buat air. Tok baba ada tetamu. Tapi Amar dengan Hakim tak kenal pun atuk tu. Tok baba suruh panggil atuk tu tok wan."

Zara menunjukkan wajah hairan.

Siapa pulak tok wan?

"Takpelah. Jom masuk!"

Belum sempat kakinya menuju ke arah tangga, Raja Zulkarnain memanggilnya untuk melayan tetamu. Hampir terkeluar biji mata Zara melihat tetamu itu.

Seminggu hilang, tiba-tiba ada kat sini? Dah apa pulak mamat sewel ni nak buat.

"Zara, mari sini duduk dengan atuk. Layan tetamu."

"Atuk, mereka tetamu atuk, bukan tetamu Zara."

Tanpa menghiraukan Raja Zulkarnain, Zara mengatur langkah ke anak tangga untuk menuju ke biliknya, namun ada lagi halangan. Kini Harris dan Hilmi berdiri di anak tangga itu. Pasti mereka mendengar percakapan Zara dan Raja Zulkarnain.

"Adik, kenapa cakap macam tu dengan atuk? Dah lah. Jom. Abang pun atuk suruh duduk sana."

"Adik tak nak lah, abang! Dengan ada mamat sengal tu lagi."

Hilmi tidak boleh membiarkan hal ini. Badan Zara dipusingkan dan Hilmi menolak Zara untuk turun. Harris hanya tertawa kecil melihat adegan itu.

Zara terpaksa akur. Takkan lah dia tiba-tiba hendak mengamuk pula.

Mereka bertiga hanya mempamerkan senyuman kepada kawan baik Raja Zulkarnain, Tengku Aziz, atau lebih mesra dengan panggilan atuk Aziz, lalu mereka mengambil tempat di sofa panjang bersebelahan Raja Zulakarnain.

Syamim yang berada di situ tersenyum melihat Zara yang sudi untuk menemani mereka. Zara ternampak Syamim tersenyum ke arahnya. Namun, senyuman itu tidak dibalas.

Apa lagi niat kau kali ni? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku?

"Zara, sebenarnya atuk Aziz datang di nak jumpa Zara." kata Tengku Aziz.

Dah kenapa atuk Aziz nak jumpa aku ni? Ada projek baru ke? Kalau projek baru pun, takkan sampai datang ke rumah.

Melihat Zara yang hanya mendiamkan diri, Harris menyiku Zara. Orang tanya boleh pulak dia berangan.

"Ye atuk Aziz. Kenapa atuk nak jumpa Zara?"

"Sebenarnya atuk datang ni, bukan saja-saja, tapi atuk datang bawa dua hajat. Yang pertama, atuk nak melamar Zara jadi cucu menantu atuk."

Hajat pertama yang ingin disampaikan sudah terkata. Syamim yang mendengar sangatlah bahagia. Bukan senang ingin memujuk atuknya supaya melamar Zara. Daripada hari pertama dia jejak kakinya di Kuala Lumpur ini, dia sudah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Zara ini teman hidupnya. Namun, dia dikatakan gila oleh atuknya sendiri kerana meminta perkara yang aneh sebaik sahaja tiba di tanah air. Manakan tidak. Tengku Aziz tidak jarang bertemu dengan keluarga ini sejak peristiwa lima tahun lalu.

"Hajat atuk yang kedua?"

Zara memilih untuk mengetahui kedua-dua hajat Tengku Aziz dahulu. Walaupun hajat pertama itu sudah boleh membuatkan jantungnya berhenti.

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now