Bab 35 [EDIT]

546 45 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Sejak Syamim pulang dari Kuantan, sikap Zara berubah dingin. Zara tidak periang seperti selalu. Syamim merasakan bahawa ada sesuatu yang Zara rahsiakan.

Selepas selesai menunaikan solat isyak, Syamim mencari punca sikap Zara berubah. Setelah mereka bersalaman, Syamim memulakan bicara.

"Sayang, boleh abang cakap sikit?"

"Abang, Zara penatlah. Zara nak tidur."

Belum sempat Zara bangun, Syamim laju menghalang.

"Zara Farhana."

Langkah Zara terhenti apabila Syamim menyebut nama penuhnya.

Syamim berjalan mendekati Zara dan bahu Zara dipegang. Syamim merendahkan sedikit badannya agar matanya dan mata Zara bertemu.

"Abang tak suka tengok sayang macam ni. Dari abang balik dari Kuantan, dari abang ambil sayang dekat rumah Harris Hilmi lagi sayang dingin macam ni. Kan kita dah janji yang kita takkan berahsia antara satu sama lain. Boleh abang tahu kenapa isteri abang ni jadi dingin macam ni?"

Zara menghembuskan nafas berat. Zara tidak tahu sikap dinginnya membuatkan Syamim terasa.

Syamim membawa Zara duduk di birai katil. Lepala Zara yang masih dibaluti telekung itu dibelai lembut oleh Syamim.

"Mind to share your problem with me, sayang?"

Zara menganggukkan kepalanya.

"Abang Harris dengan abang Hilmi tengah dingin sekarang ni. Abang Harris pun tengah marahkan Zara. Dan, semua tu sebab Zara. Abang ingat lagi arwah Nadia?"

Syamim hanya menganggukkan kepalanya.

"Nadia tu anak hasil perkahwinan Zara dengan Shafiq. Nadia baru lima bulan ketika dia meninggal dunia. Nadia pergi sebab..."

Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya, Syamim mencelah. Dia tahu bahwa ketika ini Zara tidak mahu mengulang kembali peristiwa itu dalam fikirannya.

"Sayang tak perlu cerita tentang hal tu. Abang dah tahu. Abang nak minta maaf juga sebab abang tak bagitahu sayang yang abang dah tahu. Abang terdengar masa sayang cakap dengan kak Farhah masa kita pergi rumah mereka."

"Kenapa abang tak bagitahu Zara?"

"Abang tak nak sayang sedih. Abang tahu, kalau abang ungkit peristiwa tu, sayang akan jadi lagi sedih kan?"

Zara hanya mendiamkan diri. Terharu dengan sikap Syamim yang sentiasa menjadi pelindung hatinya daripada disakiti.

"Terima kasih abang sebab abang selalu jaga perasaan Zara sedangkan Zara selalu sakitkan hati abang."

"Takpe, sayang. Abang tak terasa pun dengan sikap sayang. Cuma abang tak nak ada rahsia antara kita. Itu saja. Jadi boleh abang tahu kenapa sayang rasa sayang punca abang Harris dengan abang Hilmi dingin?"

Zara mengeluh lagi.

"Abang Harris tak tahu punca sebenar kematian Nadia. Masa Nadia dilahirkan, doktor sahkan jantung Nadia tak normal. Masa yang Nadia boleh bertahan sekalipun tak lama. Tapi dengan izin Allah, Nadia boleh bertahan sampailah usianya lima bulan. Masa kejadian tu terjadi, Zara tak dapat nak hubungi abang Harris sedangkan abang Harris orang pertama yang Zara cari. Masa tu, family abang Harris dengan atuk kat luar negara. Mereka balik Malaysia bila dapat tahu Nadia dah tiada dan Zara akan bercerai dengan Shafiq. Apa yang keluarga abang Harris dengan atuk tahu adalah Nadia meninggal sebab masalah jantung yang Nadia ada dan Zara pula bercerai sebab Shafiq tak jalankan tanggungjawab dia sebagai suami selama kami berkahwin. Abang Harris ada cakap dia dapat tahu kejadian tu berdasarkan pernyataan Shafiq. Shafiq nak abang bergaduh disebabkan hal ni. Abang Harris tuduh abang Hilmi macam-macam sebab abang Hilmi tak hukum ..."

Belum sempat habiskan ayat, Syamim mencelah.

"Sebab tak hukum Shafiq dengan sebetulnya. Semua ni berpunca dari Shafiq. Kenapa sayang nak salahkan diri sendiri? Abang tak nampak kat mana salah sayang. Sayang rahsiakan hal ni daripada mereka atas sebab tak nak bebankan dan risaukan mereka. Sayang sendiri rasa bersalah atas apa yang berlaku ke atas arwah Nadia sebab tu sayang pilih untuk tak hukum Shafiq. Harris buat tuduhan melulu sebab dia rasa tersisih tanpa faham perasaan sayang. Abang yakin Harris akan faham kalau sayang betul-betul fahamkan Harris."

Zara terkedu. Tekaan Syamim benar walaupun dirinya tidak pernah menyatakannya. Syamim begitu memahaminya lebih dari dirinya sendiri. Segala perkataan yang keluar dari mulutnya itu sentiasa menenangkan. Zara melakarkan senyuman.

"Tadi Ariff ada telefon Zara. Dia cakap, polis dah dapat tangkap Shafiq. Kali ni sebab dia mendera dan memukul perempuan. Ariff minta supaya Zara melaporkan kes Nadia supaya Shafiq akan mendapatkan pengajaran yang setimpal dengan jenayahnya. Abang rasa patut ke Zara buang rasa bersalah Zara dan hukum Shafiq?"

"Abang setuju dengan cadangan Ariff. Shafiq tak patut dibiarkan bebas begitu. Dia perlu dihukum. Rasa bersalah sayang tu tetap kena ada supaya sayang akan lebih berhati-hati. Tak salah untuk pendam, asalkan jangan melupakan."

"Terima kasih, abang! Terima kasih untuk segalanya."

Zara memeluk Syamim erat.

"No need to say thank you sebab itu tanggungjawab abang sebagai suami sayang."

XXX

"Tak salah untuk menyimpan rasa asalkan jangan melupakan."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now