Bab 30 [EDIT]

515 42 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Kepulangan Syamim dan Zara itu disambut oleh Amar dan Hakim. Mereka terpaksa pulang lebih awal kerana Syamim ada urusan kerja yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Zara memahami pekerjaan suaminya itu kerana dahulu pun dia merasai perkara yang sama. Kalau makin sibuk, itu maknanya rezeki bertambah. Alhamdulillah! Rezeki anak di dalam kandungan mungkin.

Masuk sahaja di dalam rumah, Zara terbau satu aroma yang sangat menusuk kalbu. Kakinya pantas menuju ke dapur. Terlihat sekujur tubuh yang gagah dan sedang memakai apron. Zara ketawa sendiri.

"Abang! Masak apa tu ha!"

"Eh, pocot mak kau meletop!"

Ketawa Zara meletus ketika Harris melatah. Sudah lama dia tidak mengusik abangnya ini. Hilmi hanya membiarkan sahaja.

"Adik! Saja je kan? Nak bagi abang sakit jantung ke? Abang ni bukannya muda lagi. Nak tahan perkara-perkara yang terkejut-kejut ni. Abang ..."

Salad disumbat ke dalam mulut Harris. Dah kalau mulut tu asyik pot pet pot pet, siapa saja yang tahan. Hilmi ketawa sekejap. Lucu!

Harris hanya menelan salad itu.

"Mujur adik lah! Kalau tak, dah lama dah abang rendam adik dalam periuk panas ni tau!"

Zara tersengih kambing.

"Kenapa abang masak nasi ayam ni? Ada special occasion ke yang disambut?"

"Adik tanyalah suami kesayangan adik tu. Sanggupnya dia minta kami masakkan nasi ayam ni untuk adik. Lepas tu, dia boleh pulak suruh Farhah dengan Jannah pergi shopping. Ditinggalnya kami dengan anak-anak dan kami jadilah single father."

"Hah?! Kenapa Syamim minta abang yang masakkan nasi ayam ni?"

"Dah sayang yang nak makan sangat nasi ayam yang Harris dengan Hilmi buat. Sampai masuk mimpi."

Syamim yang curi-curi dengar dari tadi masuk ke dalam dapur bersama Amar dan Hakim.

"Hah?! Mimpi?"

Zara terkedu. Belakang kepala diusap.

"Ha! Sebab tulah Syamim call pagi-pagi buta tadi. Kelam kabut kami pergi beli barang tau!"

Harris hanya berseloroh. Syamim pula tersenyum kerana teringatkan kejadian itu.

Ketika Syamim sedang mengalunkan surah Yusuf, Zara tertidur di atas katil. Ketika itulah Zara mengigau makan nasi ayam buatan Harris dan Hilmi.

"Sedapnya nasi ayam abang ni! Dah lama adik tak rasa."

Syamim yang sedang membaca surah Yusuf itu berhenti. Wajah tenang Zara dipandang. Rambut dibelai.

"Nak makan nasi ayam yang abang awak buat ye, sayang? Kesian dia. Mesti dah lama kan mengidam."

Telefon dicapai. Nombor Harris didail. Syamim memberitahu segalanya kepada Harris. Mujur sahaja Harris menerimanya dengan baik. Syamim minta Jannah dan Farhah supaya tidak membantu Harris dan Hilmi kerana Zara hanya mahukan air tangan abangnya. Sebab itulah Jannah dan Farhah keluar jalan-jalan berdua. Bagi Harris dan Hilmi, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi Zara. Biarlah susah, asalkan Zara bahagia. Tambahan pula, Harris dan Hilmi ini memang pakar memasak nasi ayam. Sebab itulah mereka tidak keberatan.

***

Jaafar pergi ke rumah Iman dan Aliya. Selama ini, bukannya dia tidak tahu di mana keberadaan mereka cuma dibiarkan saja. Tujuannya datang ke mari adalah untuk melihat keadaan Iman. Sewaktu Iman pengsan tempoh hari, Jaafar tidak ambil peduli sedikit pun sehinggakan dia dikritik pedas di pejabat. Sekurang-kurangnya, apabila dia melawat Iman, dia boleh tahu keadaan anak tirinya itu.

Aliya yang membuka pintu terkejut.

"Papa!"

"Kak! Siapa yang datang tu?"

Iman juga terkejut dengan tubuh di hadapannya sekarang. Pintu dibuka.

"Masuk lah, pa."

Jaafar masuk ke dalam rumah. Lagaknya seperti orang asing. Melihat sekeliling rumah mereka. Aliya dan Iman masih mampu untuk menghormati Jaafar. Mereka berdua bersalam dengan Jaafar.

"Papa nak air? Liya buatkan."

"Tak perlu susah-susah pun. Lagi pula, aku datang ni sebab nak tengok Iman. Ingatkan teruk sangat. Elok je aku tengok."

Iman tersenyum.

"Alhamdulillah, pa. Iman letih sikit saja sebab Iman tak cukup rehat. Terima kasih sebab datang lawat Iman."

"Baguslah kalau macam tu. Oh ya! Kau ada dengar khabar pasal abang sepupu kesayangan kau tu?"

Aliya menunjukkan riak menyampah manakala Iman menunjukkan riak hairan.

"Kenapa dengan abang, pa?"

Jaafar tersenyum sinis.

"Abang kau tu entah-entah dah masuk penjara. Maklumlah, kesalahan culik dan pukul itu bukan kesalahan yang ringan. Aku buang dia dari hidup aku sebab aku tak nak terlibat dengan kesalahan yang dia buat. Jadi, kalau dia ada datang cari kau, buat lah tak tahu saja. Hukuman untuk orang yang menyembunyikan suspek juga boleh tahan berat. Kalau kau tak nak hidup lama, tolonglah Shafiq tu."

Kenyataan yang dibuat oleh Jaafar itu mengejutkan Aliya dan Iman. Culik? Pukul? Apa yang tidak kena dengan pemikiran si Shafiq ini?

"Dah lah. Aku nak balik. Duduk lama-lama dekat rumah ni buat aku rasa geli."

Jaafar beransur pulang begitu sahaja. Iman termangu di kerusi. Dia buntu.

Jadi, abang Fiq beria-ria minta aku sembunyikan dia sebab dia tengah jadi buruan polis? Dia tipu aku?

Iman hanya duduk termenung di kerusi rotan itu.

Aliya mengambil tempat di hadapan Iman. Aliya tahu Iman sedang tertekan. Dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk meneruskan rajuknya itu.

"Iman. Apa Iman nak buat lepas ni?"

Iman mengeluh berat.

"Tak tahu lah, kak. Iman mati-mati ingatkan apa yang abang Fiq cakap tu betul. Iman tak sangka dia tipu Iman."

"Habis tu, Iman nak buat apa sekarang ni?"

"Iman akan serahkan dia pada pihak polis. Iman tak mahu bersubahat kak. Salah tetap salah. Mungkin dengan cara ini, abang Fiq boleh sedar yang selama ini perbuatan dia tu salah."

Aliya tidak membantah. Walaupun Shafiq itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan mereka, tidak beerti jenayah yang Shafiq lakukan itu perlu disembunyikan. Orang yang bersalah tetap perlu dihukum sebagai pengajaran kepada orang di luar sana.

XXX

"Hidup ni untuk mencipta masa depan. Bukan mengubah masa lampau."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now