Bab 24 [EDIT]

459 44 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Zara berada dalam wad ICU. Keadaannya agak parah kerana pukulan Shafiq meninggalkan kesan yang dalam. Syamim di luar hanya mampu menunggu berita tentang Zara. Harris, Hilmi dan Ariff pula duduk dengan keadaan gelisah.

Doktor Laila keluar daripada bilik rawatan rapi itu. Syamim terus menuju ke arah Doktor Laila.

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?"

"Ermm... saya berharap yang encik semua dapat bersabar. Puan Zara dalam keadaan koma ketika ini. Pukulan yang Puan Zara terima memberi kesan yang sangat dalam. Lagi satu, keadaan kandungan Puan Zara sangat-sangat lemah. Jadi saya harap apa pun kemungkinan yang akan datang, diharapkan encik dapat bersabar "

Mata Syamim membutang.

Zara mengandung? Sejak bila? Kenapa dirinya tidak tahu?

Harris dan Hilmi menyuruh Syamim untuk melawat Zara terlebih dahulu. Zara lebih memerlukan Syamim pada ketika ini.

Syamim akur. Sebaik sahaja Syamim melihat keadaan Zara, serta-merta butir-butir mutiara jernih itu gugur. Sebak apabila melihat orang yang disayanginya itu terlentang sakit.

Syamim menghampiri Zara. Tangan mulus itu dipegang erat lalu dicium tangan isterinya.

"Zara, bangun sayang. Jangan tinggal abang. Abang tahu, abang gagal jaga sayang dengan baik. Tak patut abang biarkan sayang pergi keluar sorang-sorang. Sayang bangun eh? Abang rindu kat sayang. "

Tangan Syamim berubah ke arah perut Zara. tempat di mana zuriatnya berada.

"Assalamualaikum anak ayah. Anak ayah sihat? Maafkan ayah sayang sebab lambat sedar anak ayah dah ada dalam perut ibu. Maafkan ayah juga sebab tak dapat jaga ibu dan anak ayah dengan baik. Ayah janji yang lepas ni, ayah akan jaga ibu dan anak ayah ni. Dalam pada tu, anak ayah kena kuat ya, sayang."

Syamim berasa sangat bersalah. Air matanya gugur lagi. Bagi dirinya dia telah gagal menjadi seorang suami yang baik untuk Zara dan ayah yang baik untuk bakal anaknya.

Harris dan Hilmi masuk ke dalam bilik rawatan setelah satu malam Syamim menjaga Zara.

"Syam, kau baliklah dulu. Biar kami pula jaga Zara. Aku yakin Zara mesti tak nak bangun kalau kau dalam keadaan tak sudah macam ni. "

"Yelah. Kalau ada apa-apa pasal Zara, tolong inform kat aku. "

Syamim pulang untuk membersihkan diri. Kini giliran si abang kembar yang menjaga adik kesayangan mereka itu Harris menghampiri birai katil. Kepala adiknya dibelai dengan penuh rasa kasih sayang dan rasa kesal Hilmi pula menggenggam erat tangan Zara.

"Adik, maafkan abang. Abang tak lindungi adik. Abang leka. Abang mungkir janji abang pada adik. "

Harris hanya memerhatikan Hilmi yang asyik menyalahkan dirinya itu. Harris menenangkan saudara kembarnya itu Hilmi.

"Jangan salahkan diri sendiri. Kita kena kuat. Hilmi kena ingat yang adik dengar apa yang kita bualkan. Adik perlukan semangat kita sekarang ni. Macam mana Hilmi nak beri semangat kat adik kalau Hilmi asyik salahkan diri sendiri?"

Hilmi hanya mampu anggukkan kepala. Betul kata Harris. Dia harus kuat! Dirinya akan pastikan bahawa Shafiq akan terima balasan yang setimpal atas perbuatan zalim ini.

"Oh ya. Hilmi tak call Ariff ke? Lepas hari adik masuk hospital, Ariff tak datang pun."

"Ada juga Hilmi call dia, tapi dia cakap dia nak jaga perasaan Syam. Yelah, abang faham-faham sendiri lah kalau Ariff tu risau dengan adik macam mana. Nanti tak pasal-pasal ada salah faham."

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now