Bab 29 [EDIT]

458 40 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

"Abang! Rasa ni!"

Tangan Syamim ditarik oleh Zara ke perutnya. Syamim hanya tersenyum. Bayi mereka sedang aktif menendang. Ini kali pertama mereka dapat merasa tendangan bayi mereka. Usia kandungan Zara sudah enam bulan. Penantian mereka akan berakhir tidak lama lagi.

"Umar tendang ibu lah! Anak ayah dah mula menendang ye? Anak ayah kena sihat tau! Nanti boleh jumpa ibu dengan ayah."

Zara berasa terharu. Umar nama diberi oleh Syamim. Syamim menginginkan anaknya ini menjadi seorang yang berani seperti Saidina Umar Al-Khattab.

Saidina Umar Al-Khattab dikenali sebagai seorang yang berani, tegas dan berpendirian tetap. Beliau juga merupakan antara tokoh hebat dalam memperjuangkan Islam. Nama seorang anak perlu diberi mengikut kesesuaian maksudnya. Nama yang baik akan mencerminkan keperibadian yang baik. Oleh itu, kita perlu memilih nama-nama yang baik untuk memastikan anak kita itu mempunyai keperibadian yang baik.

"Abang, boleh tak kita pergi kubur harini?"

Syamim hairan.

"Kubur? Nak pergi kubur sapa?"

"Nanti abang tahu juga."

Mereka bersiap-siap dan tiba di tanah perkuburan selepas satu jam. Zara menuju ke kubur yang hendak diziarahinya.

"Assalamualaikum anak ibu. Anak ibu apa khabar?"

Zara mengalirkan air mata. Teringat ketika Nadia baru lahir. Tangan mengusap perutnya yang mengandungkan Umar. Pasti jika Nadia masih hidup, dia menjadi seorang kakak yang penyayang.

"Sayang, kita bacakan yaasiin, ya."

Yaasiin dibaca. Air mata yang mengalir merupakan air mata rindu. Rindu terhadap anaknya. Setelah selesai membaca yaasiin, Zara mengenalkan Syamim kepada Nadia.

"Nadia, ni ayah Syamim. Ayah Syamim jaga ibu dengan baik. Ni dalam perut ibu ni ada adik Nadia. Umar namanya. Nadia doakan ibu tau supaya ibu selamat ketika melahirkan adik Umar."

Syamim hanya tersenyum. Jelas terpampang di wajah Zara bahawa dia sangat merindui Nadia. Syamim mendakap bahu Zara.

"Assalamualaikum anak ayah. Nadia jangan risau ya. Ayah akan jaga ibu Nadia dan adik Umar baik-baik. Nadia doakan kami dapat jumpa Nadia di syurga nanti ya. Nadia, ibu dan ayah balik dulu ya. Assalamualaikum, Nadia."

Kaki melangkah berat. Rindu kepada anaknya itu tak terkata. Syamim mengerti keadaan Zara sekarang. Kereta dipandu. Namun, bukan menuju ke rumah.

"Abang, kita nak pergi mana ni?"

"Adalah. Sayang ikut abang, ya. Lagipun dah lama kita tak dating, kan?"

Dalam perjalanan mereka, Zara hanya mendiamkan diri. Syamim pula tidak memaksa Zara untuk bercerita. Sedar isterinya ketika ini memerlukan masa untuk bertenang.

Setibanya sahaja mereka di destinasi mereka, mata Zara terbuka luas.

"Subhanallah! Cantiknya!"

Laut biru yang tenang terbentang luas di hadapan matanya. Ciptaan Allah itu indah. Syamim memilih untuk membawa Zara Pantai Cahaya Bulan bagi menenangkan fikiran Zara.

Zara sangat menyukai pantai kerana ia mampu menghilangkan beban yang berada di fikiran walau untuk seketika. Cuma, sepanjang mereka berkahwin, mereka tidak sempat pergi ke pantai. Dan hari ini, Syamim rasa tidak salah untuk memberi ruang kepada Zara untuk menenangkan fikiran.

"Abang, kenapa abang tak tanya apa-apa pasal Nadia?"

Syamim tersenyum.

"Sayang, abang dah janji pada diri abang untuk sentiasa melindungi hati sayang daripada disakiti. Lagi pula, abang pernah cakap kan yang abang tak ada hak nak kacau kehidupan lalu sayang. Masa lalu sayang tu hak sayang. Abang hanya perlukan masa depan sayang sahaja. Sebab kita hidup untuk melakar masa hadapan. Jadi terpulang pada sayang untuk cerita atau tidak."

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now