Bab 5 [EDIT]

873 75 1
                                    

votelah duluuu😉💫

Zara dan Ariff hanya memilih restoran berdekatan. Zara masih mempunyai urusan selepas makan tengah hari.

Namun, Zara dan Ariff belum memecahkan kesunyian mereka dari dalam kereta lagi. Dari mereka duduk sehinggalah makanan ada depan mata, suara masih belum kedengaran.

Ariff mula rasa tidak senang duduk.

Takkan lah dia marah aku pasal tadi kut?

Entah bila mereka hendak memecahkan suasana sunyi ini. Tak bosan ke senyap saja daripada tadi?!

"Zara!"

Ariff memecahkan suasana sunyi itu. Dia sudah bosan dengan suasana sunyi itu.

Lamunan Zara mati. Akhirnya dia bersuara.

"Ariff, aku nak tanya kau satu soalan."

"Apa dia? Macam serius je bunyi."

"Apa yang kau cakap tadi tu tak betul kan? Kau tak maksudkan yang kau nak jadikan aku ni--"

Zara tidak menghabiskan ayatnya kerana Ariff menyampuk. Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh Zara.

"Aku main-main jelah. Aku tak maksudkan pun. Alah, lagi pun aku tahu yang perasaan kau dekat ..."

Ariff menekup mulutnya. Sedar bahawa dirinya terlanjut kata.

Nak tempah maut ke, Riff? Kalau mood Zara spoil lepas ni, kau melututlah minta maaf.

Ariff bermonolog sendirian di dalam hati.

"It's okay Ariff. Aku tak marah pun. Betullah apa yang kau cakap tu. Aku masih mengharapkan orang yang terang-terang tak setia dengan aku. Konon nak jadi pelindung aku."

Ariff rasa serba salah. Tulah mulut tiada insurans sangat!

"Zara aku minta maaf. Aku takde niat pun nak sebut pasal hal tu."

Zara hanya mendiamkan diri. Ariff semakin resah. Diam Zara bermakna dia sedang sedih.

Namun, apa yang pasti, apa yang di dalam fikirannya adalah benar. Ternyata lelaki yang pernah menyakiti hati Zara separuh nyawa masih bertakhta di hatinya. Tujuh tahun dia cuba memikat hati wanita ini tetapi tidak sekali wanita ini memahami isi hatinya. Apa yang patut dia lakukan agar Zara memahami isi hatinya.

Zara, kenapa dia masih ada di dalam hati kau? Terlalu hinakah aku untuk menjadi pelindung kau?

...

Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, Harris baring di atas katilnya. Dia memejamkan matanya. Mungkin dia keletihan memikirkan projek yang terbaru ini. Dengan perangai klien yang kejap-kejap berubah fikiran. Siapa saja tak jadi buntu?

Ketukan pintu mematikan lamunannya. Dia membuka mata dan memandang wajah yang menenangkan hatinya iaitu isterinya, Jannah. Jannah sentiasa mendengar luahan hatinya. Saat suka dan duka mesti dikongsi bersama. Barulah rumah tangga boleh bahagia betul tak?

"Awak dah makan ke? Layu je saya tengok. Kalau belum makan, saya siapkan makan."

"Dah tadi dengan klien."

Hanya itu yang keluar dari mulut Harris.

"Awak fikirkan apa? Macam ada sesuatu saja yang awak tak bagitahu."

"Fikirkan si Zara tu ha. Sampai bila dia nak hidup sendiri macam tu?"

"Kalau nak sangat Zara tu kawin, saya tengok Ariff tu macam suka dekat Zara. Apa salahnya kalau mereka... awak tahulah kan apa maksud saya."

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now