Bab 23 [EDIT]

446 42 2
                                    

Votelah duluuu😉💫

Pagi itu Ariff berangkat ke hospital bagi melihat keadaan Aliya. Selepas Ariff mendermakan darahnya semalam, tidak sempat dia untuk bertemu Iman. Jadi tidak salah untuk melawat Aliya pada pagi ini.

Setibanya di hospital, Ariff langsung masuk ke dalam ruangan Aliya. Aliya terkejut dengan kehadiran Ariff.

Ariff meletakkan kuih-muih yang dibawanya di atas meja.

"Erm, jangan risau. Saya bukan orang jahat. Saya orang yang tolong cik Aliya malam semalam. Saya datang sini sebab saya tak sempat jumpa Iman semalam sebelum saya balik. Alang-alang tu, saya lawatlah cik Aliya sekali."

Ariff menerangkan sebaik mungkin. Tidak mahu Aliya salah anggap tentang dirinya . Sementara itu, Aliya hanya membisu.

Ish! Aku tak sukanya ada perasaan awkward ni! Macam mana eh nak start? Kaka Iman ni pun diam je.

Belum sempat Ariff bersuara, Iman menerpa.

"Eh?! Abang Ariff."

Tangan segera bersalaman dengan Ariff.

"Iman kenal ke laki ni?"

Itu ayat pertama Aliya di hadapan Ariff.

"Haah. Inilah abang yang Iman cerita kat kakak tu. Darah yang mengalir dalam badan kakak tu, Abang Ariff yang derma."

Aliya agak terkejut.

Kenapa bukan Iman je yang derma kat aku?

Ariff hanya mampu untuk senyum. Rasa kekok dan janggal. Iman yang memerhati tergelak sendiri. Geli hati melihat sikap Aliya dan Ariff.

"Oh ya, Iman. Ni abang ada bawa kuih sikit. Iman makanlah dengan kakak."

"Terima kasih, bang. Susah saja. Erm, abang Ariff jom kita breakfast sekali. Iman ada belikan nasi lemak tu. Ada lebih sebungkus. Rezeki abang ni."

Ariff tidak menolak. Pagi itu Ariff bersarapan bersama mereka. Ariff senang melihat hubungan Aliya dan Iman. Melihat Iman menyuap makanan kepada Aliya, teringat dirinya kepada arwah adiknya dahulu. Adik yang tak sempat untuk mereka membesar sama-sama. Adik Ariff turut terkorban dalam kemalangan bersama ibu bapanya.

Setelah selesai sarapan bersama, Ariff minta izin untuk pulang ke pejabat.

"Abang pergi dulu tau, Iman. Kalau Iman perlukan apa-apa, call abang. Nombor dah bagi kan tadi?"

"Dah bang. Terima kasih, bang."

"Aliya, saya pergi dulu ya. Jaga diri awak baik-baik."

Aliya hanya tersenyum nipis. Segan agaknya. Aliya tidak pernah berhubung dengan mana-mana lelaki bukan mahramnya kecuali Shafiq. Ini kali pertama. Setelah Ariff pulang, Iman mendekatinya.

"Eleh kakak ni. Buat-buat malu pula. Kakak suka kan kat abang Ariff?"

"Ish! Apa Iman mengarut ni! Kakak kenal dia pun tidak. Ni kan pula nak suka."

"Alah kak, tak salah pun cinta pandang pertama ni. Kalau kakak suka kat abang Ariff, Iman setuju kalau kakak nak kawin dengan dia."

Iman mengekek ketawa. Aliya hanya menggeleng. Bertuah punya adik!

***

Zara pergi ke kubur arwah mama dan papanya. Rindu tak terkata kepada dua insan ini.

"Papa. Mama. Zara rindu papa dan mama. Papa dan mama nak tahu? Tak lama lagi, Zara dah nak jadi ibu. Papa dan mama jadi atuk dan nenek. Nanti bila Zara nak melahirkan, Zara bawa cucu papa dan mama ke sini ya? Zara balik dulu. Assalamualaikum."

Belum sempat Zara bangun, bahu Zara dicuit oleh seseorang. Zara menoleh. Pandangan Zara gelap sekelip mata.

Hari sudah semakin lewat. Zara masih belum pulang. Semua orang yang berada di rumah semakin risau.

"Adik mana? Kenapa tak balik-balik lagi ni?"

Harris risau akan Zara yang masih belum pulang dari tengah hari. Syamim asyik mundar-mandir dari tadi. Risaunya sekarang tak terkata. Hanya nama Shafiq yang tertera di fikirannya. Syamim rasa ini semua kerja Shafiq. Syamim bangun Zara takkan pulang dengan sendiri kalau dia hanya duduk diam.

"Kau nak pergi mana, Syam?"

Hilmi bertanya, risau Syamim akan melakukan perkara yang gila!

"Aku nak pergi cari Zara kat mana-mana jelah. Kalau duduk aje kat sini mana ada hasil."

Dalam pada itu, kereta Ariff memasuki perkarangan rumah Harris.

"Ariff, kau ada dapat info apa-apa?"

"Ya. Aku dapat tahu yang ada orang ikut Zara petang tadi. Aku dah dapat alamat tempat Zara dibawa. Kita ke sana sekarang."

Sebelum mereka sempat keluar daripada rumah telefon Ariff berbunyi. Sepertinya nombor itu tidak dikenalinya. Ariff menjawab panggilan tersebut.

Ariff terkejut! Ternyata perkara mengejutkan itu adalah suara jeritan Zara seperti sedang dipukul oleh seseorang.

"Zara!"

Mereka yang berada di situ terkejut.

"Ariff!!!! Tolong aku!!! "

Sebaik sahaja Zara teriak meminta tolong satu tamparan hinggap di pipinya. Zara meraung kesakitan.

"Kalau kau nak kawan baik kau ni selamat datang dekat rumah kosong atas bukit. Dan jangan bawa polis. Kalau tak, aku tak tahu apa nasib Zara."

Panggilan dimatikan. Mereka terus berangkat pergi ke tempat yang disuruh.

"Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni?!"

Zara sudah tidak tahan dengan seksaan demi sekasaan yang lelaki ini lakukan terhadapnya.

Lelaki itu hanya tersenyum. Lelaki itu menghampiri Zara. Ditariknya kepala wanita yang masih bertudung itu dengan kasar. Zara sudah mengalirkan air mata. Sakitnya tak terkata.

Ya allah bantulah hambamu ini.

"Kau nak tahu apa salah kau? Salah kau bila kau pilih Syamim. Kau sepatutnya pilih aku bukan dia! Dah lama aku tunggu kau! Aku hantar bunga tu hari-hari tapi apa kau buat? Kau buat bodoh je dengan aku! Tapi takpelah sebab bukan aku saja yang tak dapat kau. Ariff tu pun takkan dapat kau. Sebab tulah aku call Ariff bukan Syamim kesayangan kau tu. Biar Syamim sendiri yang ceraikan kau bila dia fikir yang kau ada scandal dengan Ariff. Dan lepas tu, kau jadi milik aku!"

Lelaki itu melepaskan genggaman kepala Zara dengan kasar. Zara sudah memeluk tubuhnya yang sudah separuh sakit itu. Tiba-tiba lelaki itu ketawa. Sekali lagi dia menghampiri Zara. Kali ini intonasinya berbeza.

"Sayang jangan takut. Saya ada kat sini. "

Dia mahu menyentuh tapi Zara sempat menepis. Tidak semena-mena satu tamparan singgah di pipi mulus Zara. Bibirnya sudah mengalirkan cecair merah. Sudah tidak tahan lagi kesakitan yang dirasai itu sangatlah perit. Zara sudah tidak mampu untuk menahan.

Akhirnya Zara pengsan. Lelaki itu terkejut! Badan Zara digoncang kuat. Lelaki itu geram dengan Zara yang tidak sedar.

Rancangan asalnya, Shafiq akan menculik Zara dan paksa Syamim untuk menceraikannya. Namun, apabila Zara tidak sedarkan diri, Shafiq jadi panik. Fikirannya kusut. Dan Shafiq juga diberi balasan yang setimpal.

"Shafiq!"

Satu tumbukan yang sangat kuat hinggap di muka lelaki itu. Harris, Hilmi dan Syamim mendapatkan Zara.

"Adik! Adik bangun!"

Dalam pada itu Hilmi menyedari sesuatu.

"Abang ada darah."

Ya! Terlalu banyak darah yang mengalir di antara kaki Zara.

xxx

"Perkara yang berlaku ada sebab. Jalani je. Jangan banyak soal. Yang kau kena soal, apa yang kau buat untuk lalui semua tu."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now