Bab 38 [EDIT]

753 48 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

"Aku nikahkan dikau dengan kakak ku Nur Aliya Fariha binti Shamsul dengan mas kawin senaskah Al-Quran."

Lensa kamera tidak berhenti menangkap adegan mereka menyarung cincin. Dahi Aliya dicium oleh Ariff. Rasa bahagia itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Ya Allah, kau jagalah rasa ini agar kekal hanya untuk isteriku.

Namun, kebahgiaan itu tidak lama. Iman pengsan secara tiba-tiba membuatkan Aliya cemas. Syamim membantu Ariff memapah Iman untuk dibawa ke hospital.

Setibanya mereka di hospital, Zara cuba untuk menenangkan Aliya. Ariff tidak mampu untuk berdiam diri. Rasa cemas menyerbu diri. Tidak lama kemudian, doktor yang merawat Iman keluar dari bilik rawatan. Aliya bergegas ke arah doktor.

"Doktor, adik saya macam mana? Dia baik-baik saja kan?"

"Pembedahan perlu dijalankan secepat mungkin. Kalau makin lambat, makin tipis peluang encik Iman."

"Doktor buatlah apa saja asalkan adik saya selamat. Tolong ya, doktor?"

"Baiklah, kami akan cuba semampu kami."

Ariff membantu Aliya untuk duduk kembali. Kaki Aliya terlalu lemah ketika ini. Aliya tidak mampu lagi untuk menhan rasa sedih ini. Tangisannya terlepas jua. Ariff hanya mampu meminjamkan bahu. Tidak ada perkataan yang sesuai ketika ini untuk menenangkan Aliya. Biarlah tangisan itu menjadi ubat kesakitan yang dirasainya.

Setelah lega melepaskan tangisan, pelukan mereka dileraikan.

"Feeling better?"

Aliya hanya mengiyakan. Dia lupa bahawa Zara dan Syamim berada di situ menjadi penonton setia adegan mereka. Zara dan Syamim hanya menguntum senyum. Faham bagaimana leganya ketika dapat meluahkan rasa sedih bersama-sama pasangan.

"Erm, kak. Maaf. Liya terlalu ikutkan perasaan."

"Takpe, Liya. Akak faham. Lagi pula, Iman tu terlalu sayangkan Liya. Akak doakan Iman baik-baik saja. Akak yakin Iman kuat. Dia pasti boleh."

"Terima kasih, kak."

"Oh ya! Akak tak boleh lama. Akak kena masuk wad malam ini. Lepas akak bersalin nanti, akak datang jenguk Iman."

Zara dan Syamim perlu beransur pulang. Masa untuk Zara sediakan diri semakin tiba.

"Thanks Syam, Zara sebab datang majlis nikah aku. Thanks juga sebab tolong aku bawa Iman bawa ke hospital."

"No need to say thank you. Kita kawan kan. Kau jaga diri, jaga Liya elok-elok. Dah jadi suami ni tanggungjawab tu berat sikit. Bahagiakan Liya. jangan tinggal dia masa susah. Bahagiakan dia bila dia senang"

"Thanks, Syam. Oh ya! Nanti lepas Iman dah stabil, aku melawat anak buah aku."

Zara tertawa kejap.

"No need to rush pun. Kau kena pastikan Iman sihat dulu, lepastu kau datang melawat baby dengan Iman and Liya."

Syamim dan Zara beransur pulang. Beberapa helai baju perlu diambil sebelum Zara dimasukkan ke wad. Debaran kian terasa.

Ya Allah, kau lancarkanlah urusanku.

...

Alhamdulillah. Proses bersalin Zara berjalan dengan lancar. Setelah penat menanggung perit sembilan bulan sepuluh hari, akhirnya khalifah merekha selamat dilahirkan. Umar dilahirkan dalam keadaan sempurna. Syamim mengazankan Umar dan mengucup Umar. Umar dibawa kepada Zara.

"Hensem kan? Macam ayah dia."

Zara hanya tersenyum. Masih tidak mempunyai tenaga untuk berbicara. Syamim menatap lembut wajah Zara kemudian mengucup dahinya.

"Terima kasih sebab sanggup melahirkan zuriat abang, sayang. Abang tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih kat sayang."

"Abang dah balas semua tu dengan jaga Zara selama ni. Itu dah cukup, abang."

Umar ditempatkan di dalam baby hatch. Biar lagi selesa kerana Umar sedang dibuai mimpi.

"Abang, macam mana dengan Iman? Operation dia lancar ke?"

"Haah. Alhamdulillah, pembedahan Iman berjalan Lancar. Abang baru call Ariff tadi. Oh ya! Nanti Harris dengan Hilmi datang jenguk Umar lepas kerja. Ariff dengan Liya mungkin datang lepas Iman dah sedarkan diri."

Zara memanjatkan rasa syukur. Tiba-tiba, terlintas satu peristiwa di dalam fikirannya.

Ketika masih ada kurang dari enam jam sebelum Zara melahirkan, Harris datang menemui Zara selepas kejadian mereka salah faham. Zara agak terkejut sebenarnya. Zara tidak tahu sama ada Harris masih marahkan dia atau tidak.

"Abang?! Apa yang abang buat kat sini?"

"Abang datang sini nak bagitahu adik yang abang tak marahkan adik pun. Abang cuma kesal sebab abang tiada masa adik perlukan abang. Abang tak nak adik fikirkan hal itu lagi. Abang nak adik mulakan hidup baru."

Tangan harris dicapai dan disalam. Harris membelai lembut kepala Zara.

"Terima kasih abang sebab faham adik. Adik janji adik takkan buat abang marahkan adik lagi."

Peristiwa itu membuatkan Zara sedar bahawa Harris sangat sayang pada dirinya. Zara tahu bahawa tanpa Harris dan Hilmi, dirinya juga tidak mampu untuk bangkit sehingga ke tahap ini.

Terima kasih, abang. Tanpa abang, adik takkan mampu untuk harungi semua ni.

XXX

"Pelindung ni tak semestinya teman hidup kita saja. Dia boleh jadi cinta pertama kita. Ayah."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now