Bab 26 [EDIT]

459 44 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Laju kakinya mengatur langkah. Perasaan takut ini hanya Allah saja yang tahu. Aliya melarikan diri daripada Shafiq. Risau dirinya akan diapa-apakan lagi. Namun, langkah Shafiq lebih pantas. Dia berjaya memegang tangan Aliya.

"Abang! Lepaskan Liya lah! Sakit abang!"

"Eh, kau dengar sini! Aku cuma nak minta tolong kau je. Tu pun susah ke?"

Aliya masih meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

"Abang, kalau abang nak minta tolong, bukan macam ni cara dia! Abang, lepaslah tangan Liya!"

Shafiq tidak mempedulikan jeritan itu sebaliknya, makin kuat genggamannya.

"Eh, Liya! Kau dengar sini! Aku nak minta kau bank in kan duit dalam akaun bank aku. Aku nak lari daripada sini. Aku dah tiada duit."

"Hisy abang ni! Liya tiada duit! Abang pergi lah minta kat papa. Abang, lepaslah tangan Liya!"

Shafiq semakin geram dengan jawapan yang diberi oleh Aliya.

"Ish, kau ni memang cabar aku kan?!"

"Hoi!!!"

Shafiq sedar akan jeritan itu. Dia cepat-cepat melarikan diri. Aliya terjatuh terduduk kerana Shafiq melepaskan genggaman itu begitu sahaja.

Ariff cepat-cepat mendapatkan Aliya. Aliya menangis dengan teresak-esak. Memorinya sedang memutarkan apa yang dilakukan oleh Jaafar dan Shafiq. Kesakitannya yang tak tertanggung.

"Aliya. Ni Ariff ni. Aliya okay kan? Tak cedera kan?"

Aliya hanya mengangguk. Tidak mampu untuk berkata-kata.

"Liya, ikut Ariff ye. Ariff hantar Liya balik."

Aliya hanya menurut. Rasa takut itu menguasai dirinya.

Dalam perjalanan pulang, Aliya sudah selamat dibuai mimpi. Ariff sedikit lega. Apabila sudah tiba di hadapan rumah Aliya, Ariff turun terlebih dahulu memberi salam. Iman membuka pintu.

"Eh abang? Kenapa ni? Ada apa-apa ke?"

Ariff rasa serba salah untuk memberitahu Iman.

"Erm, kakak Iman ada dalam kereta abang. Dia kena kacau tadi. Abang jumpa dia. Dia macam trauma gitu."

Mata Iman membutang. Kakinya laju menuju kepada Aliya. Aliya dipapah masuk ke dalam bilik. Iman mengambil kain dan air untuk diletakkan di dahi Aliya. Iman memerhati wajah kakaknya itu.

Rasa sebak. Apa yang telah kakaknya lakukan sehingga dia diuji sebegini. Air mata yang mengalir dihapuskan. Kakinya menuju ke hadapan dan bertemu dengan Ariff.

"Bang, terima kasih sebab tolong kakak sekali lagi. Salah Iman sebab Iman biarkan dia keluar sorang-sorang. Kalau abang tiada tadi, mesti Iman tak jumpa kakak dah."

"Iman, tak baik cakap macam tu. Oh ya Iman. Kalau boleh abang nak tanya Iman sesuatu boleh?"

Iman berasa hairan.

"Kalau macam tu, abang masuk lah dulu. Iman buat air."

Ariff hanya setuju. Persoalan ini tidak boleh dibiarkan lama. Lagi pula, dia yakin bahawa lelaki tadi adalah Shafiq. Tidak mungkin dia salah lihat. Dia perlukan kepastian.

Air sudah siap dibancuh. Iman membawanya ke depan.

"Minum, bang."

Air yang Iman hidang diteguk beberapa kali oleh Ariff.

Sedap. Untuk orang lelaki yang bancuh, ia sangat memuaskan.

"Iman, abang akan cakap terus terang ya. Masa kita keluar makan bertiga, abang ternampak ada kesan cekik pada leher Aliya. Kalau boleh abang tahu, kenapa ya?"

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now