Bab 19 [EDIT]

465 44 0
                                    

Votelah duluuu😉💫
Zara tersedar kerana terasa tangannya kebas. Dia melihat lelaki yang tidur berbantalkan tangannya itu. Perlahan-lahan matanya terbuka. Zara tersenyum. Tangannya mengusap lembut kepala Syamim. Syamim tersedar kerana belaian itu.

"Sayang! Sayang dah bangun? Terima kasih ya Allah."

Syamim mencium tangan isterinya itu. Masih terbaring lemah.

"Sayang, abang minta maaf. Maafkan abang sebab tak dapat jaga sayang. Abang gagal jadi--"

"Abang. Abang tak salah dalam hal ni. Zara yang lupa pesan abang. Intai dulu sebelum buka pintu. Tapi Zara tak ikut. Ni mungkin balasan untuk Zara."

"Sayang, jangan salahkan diri sayang lagi."

Air mata yang ditahannya akhirnya mengalir. Dengan pantas Zara menyeka air mata suaminya.

"Dahlah tu abang. Zara dah bangun. Jangan nangis lagi ye?"

Zara mengukirkan senyuman manis.  Syamim pula sudah jadi seperti ais krim yang cair.

Syamim hanya terpaku. Dirinya selalu terpukau jika Zara melemparkan senyuman.

"Sayang ni memang nak goda abang eh? Janganlah senyum macam tu."

Zara terkejut. Mukanya sudah berubah warna. Merah! Blushing! Kenapa pulalah si Syamim cakap macam tu.

Syamim hanya tersenyum melihat isterinya yang sudah merah mukanya. Syamim bersyukur kerana Zara sudah sedarkan diri, tetapi masih ada satu persoalan di mindanya.

Siapa lelaki itu? Apa yang lelaki itu mahukan daripada Zara? Wajah isterinya dipandang. Mungkin bukan masanya lagi untuk bertanyakan hal ini kerana Zara baru sahaja pulih. Biarkan saja dahulu.

Syamim memberitahu khabar gembira ini. Pada petang itu, Harris dan Hilmi sekeluarga melawat Zara.

"Assalamualaikum adik. Adik dah sihat?"

Tegur Harris sebaik sahaja tiba di bilik rawatan Zara bersama Hilmi, Jannah, Farhah, Amar dan Hakim.

"Waalaikumsalam abang!"

Zara teruja mungkin kerana dapat berjumpa keluarganya.

Mereka semua saling berpelukan manakala Amar dan Hakim sudah berada di tepi katil.

"Maksu, kenapa maksu sakit? Amar risau tahu tak?

"Hakim pun. Maksu tak boleh sakit. Kalau maksu nak sakit juga, biar Hakim dan abang Amar yang jaga maksu."

Anak-anak kecil ini membuatkan Zara tertawa. Sayang betul kepada maksu mereka.

"Baiklah dua komander maksu ni. Nanti maksu tak sakit dah ye."

Jannah dan Farhah hanya memerhati karenah anak-anak mereka.

"Amar, Hakim. Janganlah kacau maksu rehat. Kesian maksu."

"Tak delah kak Jannah. Zara tak kisah pun. Akak, nanti kalau boleh, bawalah Amar dengan Hakim datang selalu. Zara rindu sangat dekat diorang ni."

"Yelah."

Selepas lima belas minit meluahkan rindu masing-masing, Hilmi yang menjadi penonton akhirnya berbicara.

"Erm..sayang, akak. Boleh bawa Amar dengan Hakim main kat taman bawah? Ada hal yang kami bertiga nak bincang."

Farhah dan Jannah hanya mengangguk. Mereka faham. Mereka berempat pun keluar daripada bilik itu. Harris dan Hilmi berada di sisi katil Zara. Zara pastinya hairan. Apa yang abang nak bincang ni?

"Adik, abang harap adik cuba faham apa yang abang nak cakap."

Harris mengambil nafas.

"Hilmi dah cerita pada abang pasal Shafiq. Abang tahu adik benci nak dengar semua ni, tapi tolong sebab ni demi kebaikan."

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now