Bab 34 [EDIT]

518 46 2
                                    

Votelah duluuu😉💫

Shafiq tidak betah lagi tinggal di dalam rumah usang itu lama-lama. Tambahan pula, sudah beberapa hari Shafiq terpaksa ikat perut kerana pembantu Iman sudah tidak menghantar makanan kepadanya. Iman melakukan sebegitu kerana dia ingin memberi pengajaran kepada Shafiq.

Namun, Shafiq nekad untuk pergi ke rumah Iman. Bagi Shafiq, Iman sudah memungkiri janjinya untuk memberikan keselesaan kepadanya. Iman tiada di rumah. Manakan tidak kerana jam baru sahaja menunjukkan pukul 1 petang.

Setiba sahaja Shafiq di rumah Iman, pintu diketuk kuat. Aliya yang berada di dapur terkejut. Dia menuju ke tingkap nak melihat siapa yang mengetuk pintu bagai nak roboh itu.

Terbutang mata Aliya melihat gerangan itu.

"Woi Liya! Kau bukak pintu ni sekarang! Aku tahu kau ada kat dalam!"

Aliya tidak membuka pintu itu. Rasa takut menyelubungi dirinya.

Shafiq sudah hilang sabar. Pintu itu dipecahkan. Aliya ingin berlari masuk ke dalam bilik. Namun, tidak sempat kerana Shafiq pantas merentap tangnnya.

"Abang, sakitlah! Lepaskan Liya!"

Sasaran Shafiq sudah berubah kepada kepala Aliya. Rambut aliya ditarik kasar.

"Kalau kau nak aku lepaskan kau, kau cakap kenapa Iman buat bodoh je kat aku? Aku paling pantang dengan orang yang mungkir janji tau!"

"Memang patut pun! Abang tu yang tak sedar diuntung. Dah culik orang lepastu hidup macam tak buat salah. Patutnya abang Fiq mampos je!"

Kenyataan Aliya membuatkan Shafiq semakin berang. Aliya diheret sehingga ke ruang tamu. Aliya hanya mampu menjerit kesakitan.

Sewaktu lunch hour, Ariff mengambil kesempatan ini untuk makan tengah hari bersama Aliya. Niatnya adalah untuk meluahkan perasaan sebenar kepada Aliya. Dua minggu istikharah dilakukan dan jawapannya tetap sama. Ariff tidak ingin terlepas peluang kedua untuk melindungi orang yang dia cinta kali ini.

Ariff berangkat ke rumah Aliya dengan gembira kerana berharap Aliya akan menerima isi hatinya itu. Sebaik sahaja Ariff tiba di rumah Aliya, pintu sudah luas terbuka. Ariff menjadi hairan. Hendak dikata Iman pulang ke rumah tidak kerana peluang ini wujud kerana desakan Iman.

Ariff turun dari kereta dan bergegas mengatur langkah ke dalam rumah. Tidak sangka ribut taufan muncul ketika langit sedang cerah. Adegan Shafiq sedang memukul Aliya ditangkap oleh Ariff. Aliya berada dalam keadaan separa sedar. Mukanya habis lebam. Rambut digenggam sekuat-kuatnya oleh Shafiq itu membuatkan dirinya meronta-ronta kesakitan dan minta untuk dilepaskan.

"Shafiq!"

Tidak sempat untuk melarikan diri, Shafiq tidak sedarkan diri akibat dikerjakan oleh Ariff. Aliya menangis di hujung dinding sendirian dengan berasa takut. Setelah itu, Ariff mengikat Shafiq pada kerusi serta menelefon polis dan mendapatkan Aliya.

"Liya!"

Disebabkan terlalu takut, Aliya memeluk Ariff dengan erat. Ariff tahu yang Aliya sangat takut ketika ini. Pelukan itu dibalas seerat-eratnya. Allah sahaja betapa risaunya Ariff melihat Aliya dipukul sebegitu oleh Shafiq. Tidak lama kemudian, Aliya meleraikan pelukan itu. Wajah Ariff ditatapnya.

"Ariff, Liya takut."

Air mata Aliya mengalir untuk kesekian kalinya. Ariff buntu.

Kalaulah Aliya ni milik aku, aku mampu peluk dia dan hapuskan air mata dia. Tapi aku tak mampu sekarang. Aku tiada hak ke atasnya.

"Liya, Ariff tahu yang sekarang Liya takut. Liya banyakkan istighfar ya? Kejap lagi polis sampai, Liya beri keterangan sikit lepastu kita pergi hospital untuk rawat luka Liya."

Aliya hanya menganggukkan kepalanya. Terlalu penat untuk berkata-kata ketika ini. Tidak lama kemudian, pihak polis tiba bersama Iman. Iman terus mendapatkan Aliya.

"Kakak!"

Iman mendakap Aliya seerat-eratnya. Rambut Aliya dibelai lembut. Iman faham bahawa ketika ini Aliya memerlukan seseorang untuk menenangkannya.

"Erm, maafkan saya. Tapi, boleh saya soal siasat mangsa untuk seketika?"

Kata salah seorang pihak polis.

Aliya meleraikan pelukannya. Kenyataan Aliya diambil untuk siasatan lanjut.

Setelah soal siasat telah tamat, Aliya di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lebam yang ada di badan Aliya perlu diperiksa lebih lanjut. Risau jika ada kesan sampingan lain.

Ariff dan Iman menanti Aliya di luar bilik rawatan.

"Abang, terima kasih sebab tolong kakak. Kalau abang takde tadi, Iman tak tahu apa yang jadi kat kakak. Dan semua ni salah Iman. Kalau lah Iman tak tolong abang Fiq dari awal. Mesti kakak takkan jadi macam ni."

"Iman, jangan lah salahkan diri macam tu. Semua ni dah nak jadi kan. Kita tak boleh nak buat apa dah. Sekarang ni, kita kena doakan kesihatan kakak."

Suasana sepi. Bibir Iman tidak berhenti berzikir untuk menenangkan diri dan memberi kekuatan kepada diri sendiri.

Doktor yang merawat Aliya keluar dari bilik rawatan.

"Doktor, macam mana keadaan kakak?"

"Alhamdulillah, tiada apa-apa yang serius Cuma cik Aliya perlu berada di hospital dalam sehari dua ni supaya kami boleh pantau keadaannya."

Wajah Ariff dan Iman menunjukkan riak wajah lega. Bersyukur kerana Aliya tidak dalam keadaan serius.

"Bang, boleh tak kalau Iman nak cakap sikit?"

"Apa dia?"

"Abang nak tak jadikan kakak Iman, Nur Aliya Fariha sebagai isteri abang?"

Kenyataan Iman membuatkan Ariff termangu. Ariff hairan. Terkejut apatah lagi. Tidak percaya bahwa sekarang ini dia sedang menerima pinangan untuk wanita yang dicintainya daripada adik wanita itu sendiri.

"Iman pinang abang untuk kakak ke?"

Iman menganggukkan kepalanya.

"Iman tahu yang sekarang ni bukan masa yang sesuai. Tapi, Iman tak boleh tunggu lama. Iman tahu yang abang sukakan kakak. Lagi pula, niat abang datang rumah harini pun sebab nak luahkan perasaan kat kakak, kan?"

"Semua tu memang betul. Tapi abang tak faham kenapa Iman sendiri yang pinang abang untuk kakak?"

"Sebab Iman tak boleh nak jaga kakak setiap masa. Kakak perlukan seseorang pelindung yang boleh melindungi dia. Dan, Iman rasa orang tu adalah abang Ariff. Dalam Islam sendiri tak salah untuk seorang wali meminang seorang lelaki yang boleh menjaga anak perempuan, adik perempuan ataupun seorang kakak. Iman tahu abang Ariff layak untuk kakak. Boleh jadi pelindung setia kakak."

Ariff menunjukkan riak wajah gembira. Tetapi, ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

"Kakak rasa ke apa yang abang rasa, Iman? Kalau dia reject abang macam mana?"

Iman tertawa sekejap.

"Bang, Iman yakin yang kakak takkan reject abang. Abang jangan risau ya?"

Ariff hanya tersenyum lega. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Iman itu benar. Iman lebih mengenali Aliya lebih dari dirinya.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hati dan perasaan ku ini.

XXX

"Istikarahlah dalam segala perkara. jangan pasal jodoh je. Istikarah tu untuk memilih, bukan untuk cari jodoh."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now