Bab 36 [EDIT]

556 46 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

"What?! Iman cakap apa ni?"

Kebenaran yang pahit dan berita gembira untuk Aliya telah Iman sampaikan.

"Iman cakap Iman akan jalani rawatan yang sepatutnya lepas saja kakak kawin dengan abang Ariff. Itu saja."

"Nope, Iman! Iman tahu bukan tu maksud kakak. I mean, kenapa Iman langsung tak bagitahu kakak yang selama ni, Iman tanggung derita tu seorang diri? Kakak tak penting lagi ke dalam Iman?"

Allah sahaja yang tahu bagaimana hancurnya hati Aliya ketika Iman memberitahu tentang penyakitnya. Rasa diri seorang yang tidak berguna dan tidak mampu berkongsi beban dengan adik sendiri. Tidak sangka di sebalik wajah yang sentiasa pemurah dengan senyuman itu, terdapat satu keperitan yang tidak tertanggung.

Air mata Aliya sudah tidak dapat ditahan lagi. Air jernih itu mengalir juga setelah lama ditahan. Iman memegang tangan Aliya erat. Air mata Aliya dihapuskan. Mata bertemu mata supaya Aliya cuba mengerti maksudnya.

"Kak, Iman tahu kakak boleh faham Iman kenapa Iman rahsiakan semua ni dari kakak sebelum ni. Kakaklah yang paling faham Iman. Jadi Iman tak nak jelaskan kenapa. Cuma apa yang Iman minta, boleh kakak terima abang Ariff sebagai pelindung hidup kakak? Iman nak sepanjang Iman dirawat, kakak terjaga dan dijaga oleh seseorang yang layak. Rawatan tu akan ambil tempoh masa yang lama. Jadi sepanjang tempoh tu, kakak layak untuk rasa kebahagiaan kakak sendiri."

"Kakak boleh terima Ariff, tapi Iman tak boleh nak larang kakak untuk jaga Iman sepanjang tempoh rawatan Iman. Iman pun kena janji yang Iman akan kuat dan takkan tinggalkan kakak."

Iman tersenyum. Syukur bahawa Aliya boleh menerima permintaannya itu. Dia tahu bahwa ini yang terbaik untuk ketika ini.

Kakak layak untuk rasa bahagia tu. Iman harap kakak boleh kecapi rasa bahagia itu dengan abang Ariff.

Dalam pada itu, Aliya memikirkan sesuatu.

"Ariff ke yang lamar akak?"

Iman tersenyum.

"Tak. Iman yang pinang dia untuk akak."

Mata Aliya membutang. Terkejut dengan perbuatan Iman. Adiknya yang satu ini tidak boleh dibaca rentaknya.

"Iman cakap kat abang Ariff yang kakak akan setuju dengan pinangan ni. Dan perkara tu jadi kenyataan. Jadi, kakak kena janji yang kakak akan bahagiakan abang Ariff."

"Terima kasih, Iman. Kakak janji yang kakak akan cuba sehabis baik untuk jadi isteri yang baik."

...

Perbicaraan mengenai kes jenayah yang Shafiq telah lakukan selama ini telah berjalan dengan lancar. Zara, Aliya dan Iman berada di perbicaraan dan berdiri sebagai saksi. Shafiq disabitkan dengan tuduhan mendera dan membunuh. Hakim mahkamah memutuskan Shafiq didapati bersalah dan dihukum penjara selama sepuluh tahun. Kesabitan kesalahan ini telah mengundang satu lagi kebenaran yang tidak diingini.

Ternyata orang yang menculik Tengku Aziz lima tahun lepas adalah Shafiq. Shafiq sudah merancang untuk merosakkan majlis pernikahan Zara dan syamim. Kenyataan itu membuatkan Zara sangat terkilan. Apatah lagi Syamim. Jaafar juga dihumban ke dalam penjara atas tuduhan penjara dan bersubahat.

Zara dan Syamim melawat Shafiq selepas perbicaraan selesai.

"Kau nak apa datang sini? Bahagiakan tengok aku meringkuk dalam penjara?"

Syamim menggenggam penumbuknya. Lelaki di hadapannya ini telah merosakkan segalanya yang berlaku pada lima tahun lalu. Syamim cuba untuk bersikap rasional.

"Shafiq, aku nak kau tahu yang kau takkan pernah dapat kata maaf dari aku. Perbuatan kau lima tahun lepas takkan boleh dimaafkan. Cuma aku nak cakap yang kalau bukan sebab perbuatan kau, aku dengan Zara takkan utuh sampai hari ini."

Kata-kata Syamim barcampur syukur dan marah. Zara mengerti. Dirinya juga tidak mampu untuk memaafkan perbuatan Shafiq yang terang lagi bersuluh punca penderitaan dirinya.

Syamim berlalu pergi setelah selesai bicaranya. Dia tahu bahawa Zara memerlukan masa berdua dengan Shafiq.

"Fiq. Zara nak Fiq tahu yang Zara takkan lupa apa yang pernah Fiq buat pada Zara. Cuma, Zara akan melepaskan semua tu demi Nadia, anak kita. Zara harap Fiq boleh tebus kesalahan Fiq terhadap Nadia dengan terima segala hukuman ini. Zara yakin yang Nadia takkan sesekali benci pada ayah dia. Tanpa Fiq, Nadia takkan lahir. Zara harap Fiq mampu tebus semua salah Fiq kat sini."

Shafiq terkelu. Luahan Zara itu sangat ikhlas. Shafiq sedar bahawa dia salah. Nadia mati gara-gara dirinya. Penyesalan itu takkan dia lupa sampai bila-bila.

Dalam pada itu, Jaafar juga meringkuk di dalam penjara. Sebagai seorang anak, walaupun tiri, Jaafar masih lagi tanggungjawab Aliya dan Iman. Aliya dan Iman tahu bahawa salah untuk membela Jaafar kerana ketika ini sudah nyata bahawa Jaafar juga turut bersalah. Walaupun Jaafar itu hanyalah bapa tiri yang sering mendera mereka, Aliya dan Iman tetap menghormati Jaafar.

Setelah Jaafar disabitkan kesalahan, Aliya dan Iman cuba untuk kuatkan hati dan bertemu dengan Jaafar.

"Assalamualaikum, papa. Papa sihat?"

"Papa sihat saja. Liya dengan Iman sihat?"

Mereka berdua hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba, Jaafar mengalirkan air mata. Adegan itu membuatkan Aliya dan Iman terkejut.

"Pa, kenapa papa? Orang kat sini sakitkan papa ke?"

Iman begitu cemas. Risau jika Jaafar diapa-apakan di dalam penjara.

"Papa nak minta maaf kat kamu berdua. Papa gagal sebagai seorang ayah. Papa banyak dosa dengan kamu berdua. Maafkan papa."

Permintaan maaf daripada mulut Jaafar itu tidak disangka akan mereka dengari.

"Papa, Iman dengan kakak dah lama maafkan papa. Papa tak payah lah sebut pasal hal dulu. Kami datang ni sebab nak bagitahu berita gembira kat papa."

"Apa dia?"

"Liya nak kahwin dengan Ariff minggu depan. Liya harap papa setuju dengan pilihan Liya."

Jaafar melakarkan sebuah senyuman.

"Papa suka dengan pilihan Liya. Ariff memang dikenali sebagai seorang yang bertanggungjawab. Papa harap Liya boleh jadi isteri yang baik untuk Ariff."

"Baik, pa. Liya akan ingat pesan papa."

Walaupun masa melawat tidak dibenarkan terlalu lama, masa itu cukup untuk membuatkan mereka rasa bahagia. Rasa yang sudah lama tidak mereka rasa. Rasa kasih sayang sebuah keluarga.

XXX

"Sejahat mana pun mereka, merekalah tetap akan menjadi orang yang kita rindu. Keluarga."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now