Bab 3 [EDIT]

1.1K 72 5
                                    

Votelah duluuu💞😉

Walaupun fail itu dibeleknya, tapi fikirannya ke tempat lain. Kehidupannya sekarang sangatlah berbeza. Peristiwa hitam yang lepas kadang-kadang berputar di ingatannya itu membuatkan dirinya berfikir kenapa takdirnya begitu pahit untuk ditelan.

Allahuakbar. Bantu aku, ya rabb.

Tok! Tok!

Lamunannya mati apabila ketukan pintu menyapa. 

Selepas diberi arahan masuk, Zara terkejut. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki berbaju kemeja-T  jenama Polo dan seluar slack hitam itu sedikit sebanyak membuat Zara terjerit.

"Ariff!"  

Zara tersenyum lebar sambil menuju kearahnya.

Inilah dia sahabat yang paling rapat dengan Zara dan abang kembarnya, Ariff Imran. Sejak  usia Ariff 18 tahun, dia menyambung pelajarannya ke luar negara. Kerinduannya  pada sahabat-sahabatnya tidak tertanggung. 

Ariff  juga merupakan anak orang yang sangat berada. Walaupun  begitu, ibu saudaranya menetap di luar negara atas urusan  kerja. Ibu bapa Ariff juga telah meninggal ketika usianya lima tahun.  Sejak itu, dia dibesarkan oleh Raja Zulkarnain kerana ibu bapa Ariff  sudah seperti anak kepada Raja Zulkarnain. 

Sebaik sahaja usianya 18 tahun, ibu saudara Ariff membawanya ke luar negara bagi memberikan pendidikan yang lebih bagus untuk Ariff. Kebanyakkan masa Ariff membesar bersama keluarga Zara menyebabkan mereka rapat dari kecil. 

Mendengar jeritan Zara tadi, Ariff menekup kedua-dua belah telinganya.

"Hish kau ni! Aku datang sini nak jumpa kau bukan nak dengar kau menjerit macam ni." 

Kata-kata Ariff mematikan senyuman Zara. 

Zara memijak kaki Ariff dengan kasut tumit tingginya. 

Orang tengah happy sebab dia balik, boleh dia cakap aku macam tu?

Ariff  meraung  kesakitan. 

"Aww! Sakitlah Zara!"

"Padan muka! Tulah!  Aku punyalah happy kau balik,  tapi kau boleh cakap aku macam tu!"  

Zara kembali ke tempat duduknya setelah berbicara.

Zara duduk dengan muka yang sebal!  Muncung yang dipersembahkan  semeter. 

Ariff pula hanya tersenyum melihat wanita yang berbaju pejabat dan dikenakan dengan tudung biru. Lalu, Ariff berdiri di belakang kerusi Zara dan mempersembahkan sejambak bunga mawar putih yang dia pegang sedari tadi. 

Zara sangat suka pada mawar putih. Tanpa sebarang kata dan senyuman yang lebar, Zara mengambil mawar putih itu. Ariff hanya tersenyum melihat sikap Zara. Bukan tidak tahu perangai Zara. Nampak saja bunga mawar putih, terus diambilnya. 

Ariff mengambil tempat berhadapan dengan Zara.

"So, do you like the flowers? Anggap saja ni tanda maaf  daripada raja kepada ratunya." 

Kata Ariff dengan penuh kelembutan.

"Baiklah tuan raja. By the way,  kenapa kau balik tak bagitahu aku? Abang tahu tak kau balik? Plus, aku ni siapa ke untuk kau sampai kau tak bagitahu aku yang kau nak balik?"

Aduh! Macam kena tembak dengan machine gun!

Ariff cuba menenangkan diri dan mulakan bicaranya.

"Okay. Bagi aku jawab satu-satu. Aku tak bagitahu kau sebab aku nak buat surprise untuk kau.  Aku tahu kau rindu aku, kan?  And your brothers doesn't know yet that I'm here, in Kuala Lumpur. And the most important thing that kau sentiasa yang teristimewa dalam hati aku.  Always number one!" 

Ariff menunjukkan mimik muka yang comel.

Tersembul ketawa Zara melihat Ariff membuat mimik muka.  Ariff juga ketawa apabila  melihat Zara ketawa. 

Bagi Ariff, wanita di hadapannya ini terlalu istimewa. Rindu yang tidak terkata kepada wanita di hadapannya.  Tujuan utama dia pulang ke tanah air untuk merebut hati wanita yang telah lama  bertakhta di dalam hatinya. Kali ini dia bertekad untuk memiliki hati wanita ini walaupun  dirinya sedar yang Zara tidak pernah tahu perasaannya. 

Zara menjemput Ariff untuk  makan malam di rumah. Lama juga mereka berborak.  Maklumlah sudah lama tidak bersua muka.

***

Malam  itu, Zara memasak makanan yang paling istimewa kerana Ariff akan makan malam bersama.  Dia memberitahu ahli keluarganya  kononnya orang yang hendak datang ini orang yang amat istimewa. 

"Adik, siapa yang special sangat tu? Bakal adik ipar abang ke?" 

Hilmi menyakat Zara. Ahli keluarga mereka ketawa kerana melihat  muka Zara yang bengang dengan pertanyaan Hilmi.

"Hish! Apa yang abang merapu  ni? Mana adalah."

Tiba-tiba, ada seseorang yang memberi salam. 

"Assalamualaikum!"

Harris dan Hilmi terkejut melihat gerangan yang memberi salam itu.

"Ariff!" 

Mereka bertiga berpelukan. Raja Zulkarnain, Jannah dan Farhah juga terkejut dengan kehadiran Ariff.

"Kau apasal balik tak bagi tahu kita orang?" 

Tanya Harris.

"Soalan tu sepatutnya kau tanya adik kau, Harris." 

Ariff berkata sebegitu sambil tersenyum ke arah Zara. 

Zara hanya menayang sebaris giginya yang putih itu apabila Harris dan Hilmi memandang ke arahnya. 

"Ni  lah yang special sangat  yang adik  maksudkan?"

Hilmi  mengajukan  soalan.

"Yelah.  Takkan tak terkejut kut?"

"Abang terkejut sangat dengan surprise adik ni. Eh? Jomlah makan. Kalau kita berborak, sampai esok pun tak habis."

Mereka pun mengambil tempat duduk masing-masing. Sepanjang mereka menjamu selera, tidak  kering gusi mereka melayan karenah Ariff. Dalam pada mereka bergelak ketawa, Zara  tidak sedar bahawa ada sepasang mata yang memerhati segala tingkah lakunya. Senyumannya,  ketawanya masih sama seperti dulu. Walaupun Ariff tahu sekeping hati itu pernah disakiti dan dirobek seperti orang  yang tidak mempunyai perasaan.

Bantu aku ya allah dalam merebut hatinya jika benar jodohku adalah dia.

XXX

"Tak semua perkara yang kita rancang itu akan terjadi. Mungkin, perkara yang berlaku itu lebih baik daripada apa yang kita rancangkan. So, stay positive!"

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now