Bab 6 [EDIT]

791 65 1
                                    

votelah duluuuu😉💞

Harris dan Hilmi menunggu kepulangan Zara di ruang tamu. Sebaik sahaja Syamim munculkan diri, Zara hilang begitu sahaja. Pulang ke pejabat juga tidak.

Dua buah keluarga bahagia itu meluangkan masa bersama di ruang tamu sementara menunggu kepulangan Zara. Amar dan Hakim sedang bermain berdua di ruang tamu sambil dipantau oleh Jannah dan Farhah. Hilmi mundar mandir di ruang tamu itu.

"Papa kenapa? Hakim tengok papa asyik pusing sana pusing sini je dari tadi. Papa ada masalah ke, pa?"

Hilmi tersenyum. Anaknya yang sudah mencecah 5 tahun sangat petah berkata-kata sekarang. Ubun-ubun Hakim dikucupnya.

"Papa okay, sayang. Dah. Hakim pergi main dengan Abang Amar ye."

Kereta Mini Cooper milik Zara memasuki perkarangan rumah tidak lama kemudian. Enjen kereta ditutup dan kaki laju melangkah masuk ke dalam. Kepulangan Zara disambut dengan dakapan anak-anak buahnya seperti biasa.

"Mak su!" Amar dan Hakim mendapatkan Zara. Zara hanya membalas pelukan mereka tanpa perasaan. Wajahnya juga tidak menunjukkan apa-apa riak. 

Harris yang sedari tadi hanya duduk di sofa mendekati Zara.

"Adik duduk dulu. Abang ada hal nak bincang."

Zara hanya menurut. 

"Jannah, Farhah, bawa anak-anak naik atas. Ada hal yang kami bertiga nak bincang kejap."

Farhah dan Jannah hanya menurut perintah Harris. Sekarang, hanya mereka tiga beradik sahaja. Zara mengambil tempat di sebelah Hilmi.

"Adik, abang nak tanya ni. Are you okay?"

Zara masih diam membatu.

"Adik, abang Hilmi dah boleh agak yang adik akan jadi macam ni. Can you share with us apa yang adik rasa sekarang?"

Masih tiada jawapan. Sunyi seperti tanah kubur. 

Seminit. 

Dua minit. 

Setelah lima minit mendiamkan diri, air mata Zara gugur. Apabila Harris dan Hilmi sedar akan esakan kecil Zara, mereka memeluk adik mereka itu.

"It's okay, adik. Nangis lah banyak mana adik nak. Abang dengan Hilmi akan tunggu adik."

Belakang Zara diusap. Semakin diusap, semakin kuat esakan Zara dan semakin terguris hati Harris dan Hilmi. Melihat satu-satunya adik mereka menangis seperti ini sama dengan menyeksa hati sendiri. Lama Zara berada dalam dakapan abang kembarnya. 

Setelah dirinya semakin lega, pelukan dileraikan. Sisa air mata Zara diseka oleh Harris dan Hilmi. Tangan mereka berdua Zara capai dan genggam. Seperti sedang meminta kekuatan daripada abang kembarnya. Nafas dihembus berat. Mata Harris dan Hilmi kini tertumpu kepada Zara.

"Adik tak kuat, abang. Kenapa? Kenapa sekarang? Bila adik dah lupakan dia. Bila adik dah buang dia jauh dari fikiran adik, dia datang abang. Dan, cara dia macam tak buat salah langsung. Nak je adik pijak-pijak dia tu sampai lumat lepastu buang kat laut."

Air mata masih mengalir walaupun empangan air matanya sudah pecah sebentar tadi.

"Adik bukan tak cuba kawal perasaan adik, bang. Cuma adik tak boleh terima semua ni. Dia datang dan pergi sesuka hati dia! Dia fikir adik ni anak patung yang tiada perasaan ke? Adik ni tak bermakna apa-apa dalam hidup dia? Seronok tabur janji-janji manis yang dulu konon nak jadi teman hidup. Lepas dia tinggalkan adik macam tu, hidup adik derita. Adik hilang orang yang paling adik sayang dan tatang sepenuh jiwa. Semua berpunca dari dia! Kalau saja dia tak tinggalkan adik masa tu, mesti kami dah bahagia sekarang."

Harris dan Hilmi terdiam mendengar luahan Zara. Sungguh, mereka tidak tahu bagaimana luka yang Zara tanggung ketika ini demi bertarung meneruskan hidup. Namun, mereka tetap cuba untuk memberikan sokongan yang terbaik untuk Zara.

"Adik, abang tak tahu apa yang adik rasa sekarang ni. Tapi, tengok keadaan adik macam ni, boleh buat kami berdua sesak. Kami tak tahu macam mana keadaan luka hati adik sekarang ni, tapi apa yang kami boleh jamin adalah adik abang seorang yang kuat! Tak pantang menyerah. Kalau tidak, adik takkan mampu untuk membina hidup adik macam sekarang. Jadi diri adik yang sekarang. You get what i meant, sweetie?"

Zara menatap wajah Hilmi dan Harris. Kata-kata Hilmi tadi membuatkan dirinya sedar bahawa dirinya masih tersisa kekuatan yang mampu untuk membina dirinya.

"Terima kasih, abang. Terima kasih sebab faham keadaan adik sekarang."

Harris mengukir senyuman bangga. Tak sangka Hilmi sudah jauh lebih matang dalam berkata-kata. Walaupun mereka kembar, Harris selalu lebih matang pemikirannya berbanding Hilmi sedari kecil. Sekarang, dirinya tidak perlu risau lagi. Dia tahu Hilmi mampu untuk menenangkan diri sendiri dengan semangat yang ada. Tambahan pula, Zara menjadi tenang sebegini berkat kata-kata Hilmi.

"Jadi, boleh abang Harris tanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Adik masih nak teruskan kerjasama adik dengan Syam? Kalau tidak, abang boleh tukarkan adik dengan Encik Burhan, assistant Hilmi."

Zara ligat berfikir. Ya. Zara tahu keputusan di syarikat boleh diputuskan oleh Harris sepanjang keberangkatan Raja Zulkarnain ke London. Hanya keluhan berat sebagai jawapan untuk soalan itu.

"Adik minta masa, boleh? Adik perlu tenangkan fikiran adik sekarang ni."

Harris faham akan permintaan Zara.

"Kalau macam tu, adik naik atas, rehat. Solat sunat. Tanya Allah dan minta Dia kirimkan petunjuk kat adik."

Kepala Zara diusap oleh Harris sebelum mereka berdua mengucup dahi Zara. Hanya mata mereka menjadi teman Zara menuju ke bilik tidurnya.

XXX

"Berani tidak semestinya hanya pada pandangan mata sahaja. Tetapi, berani itu adalah apabila seseorang itu mampu menjadikan kisah silamnya itu sebagai pengajaran."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon