Bab 27 [EDIT]

482 44 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Zara sudah dibenarkan keluar dari hospital. Zara dan Syamim akan tinggal di rumah keluarga Zara bagi memastikan keselamatannya.

"Paksu! Maksu!"

Ketibaan mereka berdua disambut oleh Amar dan Hakim. Sudah lama komander kecil ini tidak dijenguk oleh mereka.

"Amar! Hakim! Jangan ganas sangat. Maksu kan tengah ada baby dalam perut."

Farhah sekadar berpesan. Tidak mahu kejadian dulu berulang.

"Takpe lah kak. Adik okay. Lagipun, dah lama adik tak main dengan komander kecil ni."

"Ya, akak faham. Tapi, kut ye pun, duduk lah dulu. Rehat dulu. Bahaya. Adik tu baru keluar hospital."

Arahan tidak dibantah. Ini bagi mengelakkan telinga sakit mendengar bebelan Farhah. Zara duduk di sofa bersama Amar dan Hakim. Syamim meletakkan beg di bilik bawah kerana itu akan memudahkan pergerakkan Zara di dalam rumah.

"Adik, boleh akak tanya?"

"Apa dia kak?"

Farhah rasa serba salah. Dia memastikan Syamim tidak ada di kawasan sekitar. Kebetulan Harris dan Jannah sedang keluar membeli barang masakan.

"Adik memang nak biarkan Shafiq tu terlepas kat luar tu ke? Adik tahu kan apa yang dia pernah buat kat adik. Dan disebabkan dia jugalah, nyawa anak-anak adik dalam bahaya."

"Kak, adik tahu yang Shafiq tu dah tak boleh dikawal. Tapi adik yakin, dia boleh berubah. Kak Farhah tahu kan, dulu Shafiq tak sejahat itu. Cuma salah dia sebab pilih jalan macam tu."

Air mata Zara tiba-tiba mengalir. memikirkan nasib anaknya. Zara tahu kandungannya tidak begitu kuat dan dia juga sudah mempersiapkan dirinya untuk menerima segala kemungkinan. Cuma, selagi kandungannya ini mampu dijaga, dia akan jaga sebaik mungkin.

"Pasal baby, akak jangan risau ye. Adik boleh jaga diri dan baby. Cuma adik minta jangan bagitahu abang Harris. Adik tak nak abang lagi benci pada Shafiq tu."

Farhah mengeluh sendiri.

"Tapi adik, Nadia tu anak adik tau! Nadia dah takde disebabkan perbuatan ayah dia sendiri. Memang layak pun dia tu dibenci oleh semua orang."

"Ya, kak. Adik sedar. Adik tak lupa pun semua tu. Adik hilang Nadia sebab perbuatan Shafiq. Tapi akak ingat, adik boleh maafkan diri adik? Disebabkan kecuaian adik, Nadia yang terkorban. Cuba kalau adik tak tinggal Nadia sorang-sorang kat rumah petang tu? Mesti Nadia masih ada dengan adik sekarang ni, kak. Adik pun sampai sekarang tak boleh maafkan diri adik, kak. Jadi, please lah kak. Adik tak nak disebabkan masa lalu adik, rumah tangga adik dengan Syamim runtuh macam tu saja. Sebab tulah adik pilih untuk rahsiakan semua ni."

Farhah mendapatkan Zara dan memeluknya. Tidak sepatutnya dia ungkit kisah silam Zara. Farhah rasa bersalah. Inilah rahsia yang paling dijaga oleh Zara, Ariff, Farhah dan Hilmi.

Nadia merupakan anak daripada hasil pernikahan Zara dan Shafiq. Namun, nyawa Nadia diragut ketika usia Nadia masih lima bulan. Peristiwa hitam itu sedaya upaya Zara buang daripada dalam fikirannya namun, ibu mana yang lupakan anak.

Perbualan itu didengari oleh Syamim daripada dalam bilik. Lelaki itu pun menitiskan air mata. Tidak sangka, di sebalik keceriaan isterinya itu, dia memendam luka yang sangat dalam. Hilang seorang anak yang dikandungnya bukan perkara yang mudah untuk dilupakan. Inikan pula kerana perbuatan suami sendiri. Tapi, Syamim tahu. Tidak sepatutnya dia membuka kebenaran ini di hadapan Zara. Biarlah Zara yang akan menceritakannya dengan rela hati.

Kaki diatur keluar. Wajah diletakkan topeng dan berpura-pura seperti tiada masalah.

"Sayang! Eh, kak Farhah ade kat sini juga."

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now