12|°Mentua°|

6.7K 371 17
                                    

"Assalamualaikum.." Aku tarik beg baju yang besar tu ke depan pintu rumah keluarga Akmal.

Tak sampai 3 saat pintu rumah dah terbukak.

"Waalaikumsalam." Terus umi Akmal peluk aku.

"Ya Allah. Rindunya umi dengan anak umi ni." Kedua pipi aku dikucup. Widih. Terlalu rindu ini. Hahahha.

"Wana. Sini kejap. Abang nak cakap sesuatu." Aku dengan umi toleh ke arah Akmal yang baru keluar dari tempat pemandu.

Abang, ya? Baik. Lakonan dimulakanlah nampaknya. Aku senyum tipis. Pelukan umi aku lepaskan. Kaki aku melangkah ke arah Akmal.

"Kenapa?" Aku bisik. Takut nanti umi yang masih berdiri depan pintu dengar. Akmal tutup pintu kereta. Dia membelakangi umi membuatkan pandangan aku terhalang sepenuhnya oleh tubuh Akmal.

"Sebelum kau masuk, aku just nak cakap. Jangan sebut apa-apa pasal Liana." Suaranya ditekankan memberi amaran.

Aku senyum. Macam dah dapat agak apa yang Akmal nak bagitahu aku.

"Saya tahu.." Akmal angguk dan hulur beg tangan aku. Lah, tertinggal dalam kereta ke? Aku langsung tak perasan.

"Akmal, Wana? Buat apa tu? Masuklah cepat. Sekali makan tengah hari sama-sama ni." Aku dengan Akmal menoleh bila nama kami dipanggil.

Aku berjalan ke arah umi.

"Ingat." Akmal bergumam di sebelah aku. Haih, aku masih waras nak tanya pasal perempuan lain dekat mentua sendiri.

Agaklah.

"Kenapa tadi tu, Akmal?" Umi dah tanya. Aku melirik ke arah Akmal.

"Tak ada apa-apalah. Wana tertinggal beg tangan dia je tadi." Umi angguk dan menarik lengan aku masuk ke dalam rumah.

Masa makan tengah hari, suasana kat meja makan sunyi sangat. Aku rasa janggal. Yelah, biasanya kalau makan. family aku riuh. Cerita itu, cerita ini.

Lain betul dengan family Akmal. Nak nangis aku bila sunyi sangat masa makan ni. Kipas yang ada kat atas kitorang pun boleh dengar bunyi angin.

"Wana. Tambahlah lagi. Sikitnya makan. Kurus je umi tengok." Semua mata yang ada kat meja tu tengok aku. Termasuk Akmal yang duduk sebelah aku.

"Eh tak pe umi. Nanti kalau Wana nak lagi, Wana amik sendiri." Aku senyum. Umi angguk lepastu dia sambung makan.

Mata aku bertembung dengan mata Aiman yang duduk depan aku. Lepastu dia sengih. Aku sengihlah balik.

"Aiman." Akmal panggil. Aku tengok Akmal yang duduk kat sebelah aku. Mata dia tajam tengok aku dengan Aiman berganti-ganti.

"Kau tak kerja ke harini?" AkmL tanya. Aiman tunjuk ke arah aku.

"Kau nampak Zawana kat sebelah kau kan? Dia kerja tak? Tak, kan? Aku satu office dengan dia." Mata Akmal membesar. Dia tengok aku.

"Ka..Wana tak bagitahu abang pun yang Aiman kerja satu office." Aku terdiam. Lah, aku ingat dia tahu.

"Wana ingat abang tahu."

"Abang just tahu dia kerja syarikat tu. Tak tahu pulak satu office." Aku tengok Aiman.

"Eh, jangan tengok aku. Aku pun baru tahu kau kerja situ ok." Betul jugak. Kan Aiman outstation masa aku start kerja. Lupaaa.

"Hmm, sorry. Wana ingat abang tahu."  Even lakonan, aku selesa panggil dia abang. Kalaulah aku boleh panggil dia dengan gelaran yang sama masa bukan depan family.

Mimpi jelah mampu.

Akmal bergumam.

"Tak pe. Bukan salah Wana pun. Sambunglah makan." Lembut Akmal cakap. Well hebat lakonan dia. Tak nampak langsung macam berlakon. Akmal sambung makan. Yang lain just tengok Akmal pelik. Kenapa?

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now