46|°Finale°|

11.7K 423 43
                                    

"Cepatlah, sayang. Nanti dah malam sangat pula." Aku membetulkan tudung aku buat kali terakhir. Akmal yang berpakaian simple dengan seluar panjang hitam dan berhoodie biru gelap miliknya sudah menunggu di depan pintu sambil menyarungkan selipar.

Selipar ya. Tak adalah nak berkasut, bersneakers, bersandal, bersikat, bersukat semua. Berselipar sahaja ya. Tapi bukanlah selipar jamban. Aduhai. Teruk sangat tu.

"Ye sabarlah. Abang ni mengejut betul malam-malam ni nak keluar." Akmal tersengih sambil menghulurkan tangannya pada aku. Dengan senang hati, aku menyambut huluran tangan dia selepas sempat menyarung flat shoes.

"Abang laparlah." Akmal menggenggam tangan aku sebelum kami berdua berjalan keluar dari bilik hotel.

"Abang nak makan kat mana? Ada lagi ke tempat makan yang bukak kat resort ni?" Akmal tersenyum.

"Ada... Sekarang baru pukul berapa. Baru lepas Isyak kan? Mestibafa punyalah. Jom kita makan dulu. Lepastu, kita jalan-jalan kat pantai. Boleh?" Wuuu. Pantai. Finally! Lepas sehari sampai sini, barulah dapat merasa ke pantai. Tak menyempat sebab busy dengan aktiviti yang Akmal sediakan untuk kitorang kat sini.

"Boleh sangat!" Semangat ni. Sejak sampai sini, aku asyik aim pantai tu je. Malam ni baru dapat merasa pergi. Gila tak semangat.

"Tak sejuk? Abang pakai hoodie. Awak tu sekadar pakai blouse je." Aku tengok pakaian aku. Aku cuma pakai blouse berwarna baby blue dengan skirt labuh.

"Tak. Saya pakai inner malam ni. Tak sejuk sangat. Dalam skirt saya sentiasa pakai seluar. Jangan risau." Aku tersengih. Akmal mengangguk.

"Baguslah macam tu." Akmal menyenggol bahu aku. Ish dia ni. Aku tahulah aku pendek. Paras bahu dia je. Tak payahlah senggol-senggol. Nasiblah tak terpijak kain. Kalau tak, memang tersadung dah ni.

"Jom jalan cepat sikit? Abang dah lapar sangat ni." Akmal mula menarik tangan aku. Terdorong aku ikut langkah kaki Akmal.

Laki aku ni bukan nak Maghrib tadi baru makan? Lapar lagi? Dasar. Banyak makan. Tapi badan centu jelah. Haih. Aku ni, minum air pun berat naik.

Sabar jelah, Zawana.

××××××××
"Sedap tak makanan tadi?" Aku mendongak tengok Akmal. Sekarang ni, kitorang tengah berjalan menuju ke pantai. Best tempat ni. Cantik je. Tak sunyi sangat sebab ramai yang buat aktiviti masing-masing. Jalan menuju ke pantai pun terang.

"Alhamdulillah. Sedap. Kenyang saya." Aku mengeratkan pautan tangan aku pada lengan Akmal.

"Sure ok ea? Sejuk ni." Aku dapat merasakan badan Akmal yang menggigil apabila angin sejuk malam yang bertiup melalui kami.

"Yes. Abang patut tanya diri abang. Ok ke tak?" Akmal ketawa.

"Abang ok. No worries." Kami tiba di tepi pantai. Akmal mula membuka seliparnya dan dibawa di sebelah tangan. Macam menarik. Aku mula membuka flat shoes aku. Tarikan tangan Akmal menghentikan aksi aku.

"Buat apa?"

"Nak bukak kasutlah. Macam best tengok abang jalan kaki ayam." Akmal mula memandang sekeliling.

"Kenapa?" Aku pun mengikuti Akmal melihat sekeliling. Jangan buat seram weh. Walaupun cahaya kat sini agak terang, tapi aku rasa tak sedap hati si Akmal ni pandang sekeliling.

"Ok tak ada orang. Bukaklah." Dengan ragu-ragu aku mencapai flat shoes yang dah dibuka. Kami meneruskan perjalanan kami.

"Kenapa tadi tu?"

"Abang risau ada yang nampak kaki awak. Risau." Oh. Faham. Haih. Buat cuak aku je. Aku berjalan sambil melihat kaki aku. Tanpa aku sedar, aku tersenyum sendiri.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now