42|°Disosiatif°|

8.2K 348 24
                                    

"Zawana, tunggu!"

Aku sendiri nampak badan kawan baik aku berlanggar dengan bahagian depan lori tu. Aku dengan Nadia bertentang mata sebelum hentaman lori kena pada dia.

Mata aku terbeliak. Serta-merta aku terduduk kat atas pembahagi jalan. Menggigil aku tengok tubuh kawan aku yang tidak bergerak di atas jalan.

Tanpa aku sedar, aku dah tidak sedarkan diri.

Orang ramai mula berpusu ke tempat kejadian. Akmal yang menyaksikan sendiri apa yang berlaku dah terduduk. Tangannya yang tadi tak dapat capai tangan Nadia yang melintas jalan ditengok.

Akmal menekup mukanya. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke arah Nadia yang tidak bergerak.

"Someone! Panggil ambulans cepat!" Jeritan seseorang yang menyuruh untuk menelefon ambulans tidak dihiraukan. Akmal memandang Nadia yang tidak sedarkan diri. Darah yang mengalir di atas jalan dilihat dengan mata berkaca.

Mukanya mula bertukar menjadi bengis. Matanya yang tajam memandang perempuan yang sedang tidak sedarkan diri di atas pembahagi jalan. Dadanya turun naik menahan amarah yang semakin kemuncak.

Siren ambulans yang kedengaran mengejutkan orang ramai. Ambulans sampai untuk mengangkat Nadia. Akmal melihat sendiri Nadia dimasukkan kedalam ambulans.

"Sesiapa kat sini waris?" Akmal memandang kepada si pemilik suara. Salah seorang petugas menguatkan suara bertanya kepada orang ramai.

"Sa.."

"Saya!" Kata-kata Akmal dipotong. Akmal memandang rakan sekelasnya yang merupakan kakak saudara Nadia, Hafizah berdiri di sebelah Akmal.

"Akmal, biar aku pergi." Muka Hafizah yang basah dengan air mata memandang Akmal. Akmal mengangguk perlahan. Hafizah naik ke dalam ambulans sebelum mereka bergerak ke hospital.

Mata Akmal mula memandang Zawana semula. Tapi kali ni, kelilingnya sudah dipenuhi dengan rakan sekolahnya yang lain.

"Mulai saat ni, aku akan benci kau. Kau akan selamanya jadi orang yang paling aku benci seumur hidup aku." Bengis mukanya memandang dari jauh. Akmal berjalan pergi meninggalkan tempat kejadian.

×××××××
Mata aku terbuka luas. Pandangan aku bertemu dengan siling putih. Bau ubat yang kuat menusuk hidung aku. Aku cuba bangun tapi tiba-tiba dihalang oleh seseorang. Aku nampak adik aku, Zalikha tengok aku dengan muka risau.

"Kak, jangan bangun." Aku angguk and then ikut je dia suruh aku baring balik. Lepastu aku pandang ke arah tingkap. Mata aku membulat. Laju aku dudukkan diri.

"Nadia!" Aku pandang Zalikha.

"Akak nak jumpa Nadia! Mana dia! Ya Allah kawan aku! Nadia!" Zalikha terkejut melihat kakaknya meronta-ronta memanggil nama kawannya. Terus Zalikha bangun dan panggil mama di luar.

Tak lama lepastu beberapa nurse dan seorang doktor masuk ke ruangan wad. Zalikha melihat kakaknya dipegang di atas katil sebelum pintu wad ditutup.

"Mama, Ika tak pernah nampak akak macam tu." Zalikha mengesat air mata yang hampir mengalir. Dia dan mama duduk di kerusi menunggu di luar wad.

"In Sya Allah. Akak akan ok. Mungkin dia masih terkejut." Zalikha angguk. Doktor keluar selepas dekat sejam dia kat dalam.

Doktor bernametag Nur berjalan ke arah Zalikha dan mama. Ayah pulak dia pergi solat Isyak sebab tu tak ada.

"Anak puan ke nama Zawana?" Laju mama angguk.

"Saya cuma nak bagitahu yang anak puan mengalami amnesia disosiatif." Mama berpandangan dengan Zalikha.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now