25|°Keputusan°|

9.3K 397 17
                                    

"Bang, asal kau biar Wana pergi?" Aiman terduduk lesu di kerusi ruang tamu. Akmal datang dari arah dapur dengan air kopi di tangan.

"Bukan tu yang kau mintak? Biar dia tinggalkan aku? Lepastu kau nak lamar dia?" Akmal tersenyum sinis memandang Aiman.

"Bukan sampai macam ni, weh. Macam manalah aku boleh terlepas cakap masa kat depan bilik air tu?" Aiman merengus. Dia bersandar sambil menekan dahinya.

Serious tak tahu nak buat apa dah.

"Lain kali, mulut kau tu kena celupar banyak sikit. Bolehlah bagitahu orang lain sekali." Akmal duduk kat tempat kosong berhadapan Aiman. Dia merenung adiknya yang nampak macam cacing kepanasan.

Langsung tak boleh nak rileks.

"Sarcastic." Aiman melirik ke arah Akmal. Akmal senyum senget. Lepastu, dia merenung kosong.

"Aku dah try pujuk dia." Akmal bergumam. Cawan kopi menyentuh bibirnya.

"Apa?" Aiman tengok Akmal. Akmal larikan pandangannya ke arah lain.

"Sekarang ni, Zawana dah sign." Akmal letakkan borang cerai di atas meja depan Aiman. Aiman terus duduk tegak. Borang dicapai. Matanya membesar macam tak percaya.

"Sign kau?" Akmal ketap gigi. Sambil berdecit perlahan.

"Nanti. Sekarang ni, kau kena tolong aku jawab dekat umi dengan abah."

"Bila tu nantinya?" Borang diletak balik atas meja. Haih, tak tahu sabar langsung. Zawana tu masih isterinya. Dah kenapa si Aiman ni beria sangat?

Sesenang tu jeke orang boleh terima perasaan orang lain dalam masa terdekat? Akmal menggeleng.

"Haih, nantilah." Akmal memandang tajam mata Aiman.

"Yelah-yelah. Tapi nak jawab apa je kat umi dengan abah?" Akmal jongketkan bahu.

"Fikir nanti."

"Habis, nanti umi dengan abah balik tengok Wana tak ada? Nak jawab apa?" Akmal berfikir. Lepastu dia menggeleng.

"Haih, bagitahu ajelah." Terkejut Aiman.

"Dah tu? Kau ada cara lain?" Aiman geleng.

"Then?" Aiman lepaskan nafas panjang.

"Fine."

Malam tu, lepas je solat Isyak, Akmal duduk di ruang tamu. Dia duduk berdepan dengan umi dan abahnya.

"Kenapa Akmal? Macam penting je." Puan Hajar tanya anaknya. Tak lama lepastu, Aiman turun. Dia berjalan ke arah mereka dan duduk di sebelah abangnya.

"Ni." Mendatar suara Akmal. Dia hulurkan borang tu di atas meja. Encik Daud ambil dan baca. Matanya membulat.

"Cerai?!" Bertaut kening Encik Daud. Suaranya bergema kat seluruh ruang tamu. Terhinjut bahu Aiman. Akmal pula masih kekal dengan muka datarnya.

Arman yang ada kat tingkat atas berlari turun ke bawah. Mukanya cuak semasa berlari turun tangga. Sampai je kat hujung tangga, Arman tengok ke arah mereka.

"Kenapa?" Tanya Arman. Bila rasa suasana yang tak enak, dia perlahan naik tangga balik. Baik jangan ganggu. Dia masih muda nak faham. Even dah faham, tapi dia tak nak fahamkan.

Biarlah abang-abangnya settlekan sendiri.

Siapa suruh buat hal, ye tak?

Encik Daud bangun dan berjalan ke arah anak sulongnya. Puan Hajar pulak dah memicit pelipisnya. Terkejut dengan apa yang di buat anaknya.

Akmal dengan Aiman automatik berdiri. Tanpa banyak kata, satu tamparan kuat hinggap di pipi kiri Akmal. Terkejut Aiman.

Disebabkan dia, Wana pergi. Disebabkan dia jugak abangnga terima tamparan dari abahnya. Disebabkan dia jugak, dia dibenci dengan orang yang dia sayang.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now