44|°Maaf°|

9.6K 420 22
                                    

Aku merenung Akmal yang masih berbaring di atas katil hospital. Dengan kepala yang berbalut, lengan yang haritu terseliuh dah patah, wayar sana sini ni dah kenapa? Haih. Apa yang jadi sebenarnya? Teruk sangat ke?

Hampir gugur jantung aku masa Liana datang bagitahu berita. Tak sangka pulak aku pingsan sampai ingat kisah lama.

Aku masih berdiri di tempat yang sama. Bila memikirkan balik ingatan yang aku baru dapat, aku rasa marah dan dalam masa yang sama aku rasa serba salah.

"Zawana.." Nama aku disebut. Pandangan aku larikan ke arah lantai. Tak sangkanya aku. Aku ingat dia benci aku sebab aku annoying ke apa. Rupanya, ada sebab dia simpan rasa benci tu. Aku tak tahu nak cakap apa.

Kepala aku sakit memikirkan benda tu.

"Zawana. Duduklah takkan ka-awak nak berdiri?" Laju pandangan aku halakan pada Akmal.

Iya. Akmal rasa dah tiba masa dia ubah dirinya sendiri sikit-sikit. Sampai bila? Dia pun dah sedar dengan perasaannya.

Ikhlas, dia sayang isterinya.

Aku merenung Akmal. Kaki aku masih kaku nak melangkah. Pegangan aku pada tiang water drip makin kuat. Mungkin ke, kalau aku langsung tak simpan perasaan pada Akmal dulu Nadia masih ada?

Yes, bagi aku. Punca semua tu jadi sebab salah aku. Aku yang simpan rasa tu. Aku yang rasa marah bila diorang ada sama. Salah aku juga sebab tak bagitahu Nadia.

"Sihat?" Akmal tersenyum nipis. Bersalahnya aku.

"Dah makan?" Salah aku sebab ikut Nadia masa tu sebab ada niat nak tengok Akmal.

"Sorang je ke? Mana yang lain?" Aku gigit bibir aku.

"Awak langsung tak ada rasa marah ke? Lagi-lagi bila saya dah ingat apa yang jadi." Berkerut dahi aku tengok Akmal.

"Marah?" Akmal melepaskan nafas panjang. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Pandangan dihalakan di siling atasnya.

"Tak ada guna abang marah lama-lama. Benda tu dah lepas. Nadia pun dah tak ada. You are my wife. Abang sayangkan Wana. And nothing can change that." Akmal mengalihkan pandangannya pada aku. Tanpa aku sedar, Akmal dah bahasakan dirinya sebagai abang. Tak ada lagi kau-aku.

"Abang dah simpan dendam terlalu lama, sayang. Dah sampai masa abang sedar tentang perasaan abang. No denial." Tak lepas mata dia pandang aku.

"Dulu saya tak tahu kenapa awak benci saya. Sekarang, bila saya dah tahu. Saya rasa memang layak pun di benci. Sebab saya mengada, kawan saya dan orang yang awak sayang hilang. Sebab benda remeh, nyawa orang lain hilang." Tangan aku mengelap air mata yang bertakung di tubir mata. Akmal mengerang bila dia cuba untuk duduk. Bukannya dia tak boleh duduk. Cuma Aiman je tadi yang risau.

Lepas je dia di posisi duduk, Akmal letakkan bantalnya di kepala katil untuk bersandar. Fokusnya dikembalikan pada isterinya. Isterinya masih berdiri di depan pintu menanti dengan sabar.

Tak apa, Akmal faham. Zawana masih cuba nak proses semua.

"Zawana. Awak nak kata kita yang sekarang ni mainan ke? Awak nak kata awak menyesal ke jadi isteri abang?" Aku terdiam.

"Awak nak cakap yang kita ni memang tak ditakdirkan bersama?" Sayu mata Akmal memandang isterinya.

"Semua tu bukan salah awak, sayang. Abang yang tak jaga kata. Kalau bukan sebab abang, awak takkan melintas macam tu kan?" Aku terdiam. Tak nak jawab.

"Lupakan kisah lepas. Kita fokus masa sekarang. Nadia pergi sebab memang dah tiba masa dia. Rasa sayang dan suka tu fitrah, Zawana. Allah gerakkan hati abang untuk sayangkan awak mesti ada sebab. Sebab dah tertulis yang awak memang untuk abang." Genggaman tangan aku pada tiang water drip melonggar.

"Abang yang sepatutnya minta maaf. Abang jahil sebab tak jaga isteri abang. Abang kejar jodoh orang sedangkan jodoh sendiri dah ada depan mata. Abang tak pandai jaga kata-kata abang even lepas kita kahwin pun. Abang sakitkan awak. Abang ego nak terima hakikat yang abang sayangkan awak. Abang tak pandai jadi suami yang lindungi isterinya. Abang tak sedar yang awak dah cukup sempurna untuk abang. Maafkan abang, sayang." Perlahan-lahan Akmal hulurkan tangannya yang tak patah pada aku.

Senyuman Akmal yang nipis kini makin melebar. Sampaikan satu tahap, lekukan lesung pipit di tepi bibirnya kelihatan.

"Should we start again?" Kaki aku melangkah perlahan-lahan ke arah Akmal.

"Abang janji akan jaga awak. No matter what." Tepat mata Akmal pandang mata aku.

"Abang akan sayang awak." Aku nak lari, tapi memikirkan yang aku tengah bawak water drip, aku jalan ajelah.

"Abang takkan lepaskan awak lagi." Time ni, aku dah tak kisah. Dengan tiang tu sekali aku ajak lari. Aku lajukan langkah kaki aku. Sampai je depan dia, aku tak capai tangan dia. Tapi aku terus peluk dia.

Erat. Sampai aku lupa yang dia tu baru lepas excident.

"Tapi saya masih rasa awak patut benci saya, Akmal. Saya buat awak sengsarakan? Tanpa saya sedar pulak tu. Lepastu seronok pergi luar negara belajar." Aku sembamkan muka aku kat leher dia.

Dapat aku rasakan tangan Akmal yang tadi dihulurkan kat aku mula memeluk pinggang aku.

"Abang dah tak nak benci awak lagi. Cukuplah. Makin abang tolak rasa sayang tu, makin kuat dia datang." Aku kedipkan mata aku berkali-kali nak hilangkan air mata aku. Tapi tak boleh langsung. Pelukan kami lepaskan. Akmal memegang sebelah pipi aku. Jarinya mula mengelus bawah mata aku.

"Terima kasih sebab sabar dengan abang, jaga abang dan setia dengan abang. Boleh ke kalau kita mula balik?" Akmal tersengih. Aku ketawa.

Aku rasa macam nak gila. Tadi bila aku masuk, aku rasa marah. Bila dah kat dalam sedih pulak. Bila dah ada kat sini dengan Akmal gembira pulak. Tak stabil dah emosi aku sekarang.

"Hai Zawana. Saya Akmal. Suami awak." Akmal ketawa. Akmal letakkan dahi dia di dahi aku.

"Terima kasih jadi milik abang untuk kali ke dua." Akmal berbisik. Aku senyum.

Lelaki depan aku ni paling banyak buat hidup aku kucar-kacir. Paling banyak buat aku menangis. Tapi dia jugak yang baiki semua. Walaupun kisah aku tak sama dengan pasangan lain yang kahwin atas dasar sayang, tapi tak apa. Banyak yang aku belajar.

Aku belajar cara untuk setia. Aku belajar cara sayangkan seseorang yang memang tertulis untuk aku. Aku tak menyesal kenal Akmal.

Akmal jauhkan mukanya. Dia tengok aku pelik.

"Kenapa?"

"Bila nak drop out saya-awak tu? Call me abang." Akmal tersengih. Masya Allah. Aku kena biasakan diri nampak Akmal tersengih macam ni. Dengan kepala berbalut macam tu.

"What?"

"What do you mean 'what'? Call me abang." Aku garu pipi yang tak gatal.

"A-abang?"

"Again."

"Iya abang."

"Better." Akmal senyum. Dia memeluk aku semula. Ouh ya, aku lupa.

"Hai Akmal. Saya Zawana. Isteri awak." Aku ketawa. Akmal membesarkan matanya sebelum ikut aku ketawa.

TBC

Hai korang. Apa khabar sebulan tak jumpa? Harap semua sihat je. Hshshshshhs.😂 sorry doo. Aku busy gila. Assignment bertimbun. Rasa macam nak nangis pun ada.

Ni sebab tengah study week, tak ada banyak kerja sangat. Even dah jumaat. Sebab minggu study week pun ada kelas and assignment.

Oh ya. Cerita dah nak habis guys. Mungkin 1 or 2 chapter lagi. Jangan nangis ok?

Byeeee.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now