20|°Jumpa°|

6.8K 350 21
                                    

"Liana."

"Hei, hei. Relaks ok? I'm here." Pelukan Akmal makin erat. Liana menepuk-nepuk perlahan belakang Akmal Tak sangka. Apa yang dia sangkakan memang betul.

"I miss you, Akmal." Liana membenamkan mukanya di dada Akmal. Akmal melepaskan nafas panjang.

"I pun rindu you jugak, Liana...." Oh, ya. Memang dia rindu wanita yang ada dalam pelukannya. Kalau tak, tak mungkin dia sanggup ke Penang untuk cari wanita ini.

"I love you.." Akmal tak jawab. Dia hanya diamkan diri dalam pelukan Liana. Dia tak tahu sama ada nak balas kata-kata tu lepas Liana tinggalkan dirinya tanpa beritahu apa-apa.

Dia rasa tertipu mungkin.

Akmal lepaskan pelukan Liana. Dia merenung mata Liana cuba mencari sesuatu. Sebenarnya, banyak benda yang dia nak tanya pada wanita di depannya. Tapi yang keluar dari mulut Akmal adalah..

"I love you, too..." Akmal  tersenyum. Dia memeluk Liana semula. Tapi entah kenapa. Ada rasa macam sesuatu yang lain. Dia sendiri tak faham. Hatinya macam berbelah bagi dengan apa yang dikatakan tadi.

"You dah lunch?" Akmal lepaskan pelukan dan memandang Liana. Dia geleng.

"Tahu dah. Kalau you busy sangat kerja, memang tak fikir pun nak makankan." Akmal cuma mampu tersenyum je.

"I brought you something.." Liana angkat bakul picnic yang dia bawa depan Akmal.

"Jom? Lunch sama-sama?" Akmal tengok bakul tu dan Liana. Dia angguk sambil tersenyum. Liana sengih dan menarik Akmal ke tempat yang sesuai untuk bentang tikar.

Lepas siap susun makanan atas tikar, Liana suruh Akmal duduk. Akmal duduk dan memandang Liana yang duduk kat sebelah dia.

"Look. Your favourite." Liana sengih ke arah Akmal dengan semangkuk spaghetti bolognese. Liana capai garfu dalam bakul.

"Liana. Tak apa. I boleh makan sendiri.." Akmal mahu mengambil mangkuk dan garfu pada tangannya. Liana jauhkan kedunya dari Akmal dengan gelengan.

"Tak apa, dear. Harini biar I yang buat. Macam dulu-dulu? Macam tak biasakan?" Akmal terdiam.

Liana mula menyuap Akmal. Tanpa membantah, dia terima suapa Liana lepas baca bismillah. Liana tersenyum bila Akmal mula mengunyah makanan yang disuap.

"Sedap?" Akmal angguk.

"Sedap je. You je yang jarang masak untuk I." Akmal capai air yang sediakan. Liana ketawa dan menyuap Akmal lagi.

"How's your day?" Dia tengok Liana yang tengah makan sepotong epal.

"Good."

"Banyak kerja harini?"

"Always. Tak pernah tak banyak." Liana ketawa.

"Kerja tu kerjalah. Jangan sampai tak makan, ok?" Akmal angguk. Lepas selesai makan, Liana mula mengemas. Bakul picnis tu diletakkan ke tepi.

Dia mendekatkan dirinya dengan Akmal. Lepastu dia sandarkan kepalanya di bahu Akmal.

Cuaca yang redup dan berangin membuatkan suasana antara diorang rasa tenang. Akmal menampung dirinya degan kedua tangannya. Dia memandang langit yang penuh dengan awan.

"Akmal.."

"Hmm?"

"Macam mana antara you dengan Zawana?" Akmal dapat rasakan jantungnya berhenti untuk sementara. Dia tak tahu nak jawab apa. Liana mendongak memandang Akmal yang termenung jauh.

"Akmal?" Akmak menggeleng. Dia memandang Liana.

"Macam tu ajelah." Mendatar muka Akmal. Dia terfikir apa yang aku buat kat rumah?

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now