2|°Kerja°|

8.6K 479 53
                                    

"Kenapa kau suruh aku amik perempuan tu tadi petang? Kau ingat aku ni apa? Driver?" Akmal berdiri kat hujung tangga dengan tangan yang disilangkan. Matanya tajam tengok adiknya yang baru balik dari kerja.

Langkah kaki Aiman terhenti. Lepastu dia sengih kat abang dia.

"Sorrylah, bang. Aku ada meeting dengan boss. Tu yang tak boleh keluar. Lagipun kau kan tak kerja harini. Tak salahkan?" Akmal merengus.

"Kotor kereta aku." Akmal bergumam sambil kakinya daki anak tangga. Tapi, masih boleh didengari Aiman.

"Woo, pesal Akmal tu benci sangat dengan Wana?" Berkerut dahinya fikir pasal benda ni. Dia jongketkan bahu dan naik tangga menuju ke biliknya.

Aiman yang baru siap pakai baju lepas mandi tadi terkejut bila telefonnya berbunyi kat atas katil. Laju langkahnya menuju ke katil nak amik telefonnya.

Senyuman di bibir dia terukir tengok nama yang muncul kat skrin telefonnya. Cepat-cepat dia angkat.

"Hello?" Zawana ni timing dia cun betul call Aiman. Aiman pun sebenarnya tak tahu nak buat apa lepas tu. Tepat betul timing.

Tamat je panggilan, uminya panggil semua makan. Baguslah. Aiman pun dah lapar sebenarnya.

Duduk je kat meja makan, Aiman ditenung dengan pandangan mata tajam milik Akmal. Boleh pulak Akmal ni duduk kat depannya.

Haih.

"Akmal." Mereka yang tengah makan malam serentak tengok Encik Daud bila nama Akmal dipanggil.

"Iya, abah?" Suapan Akmal terhenti.

"Esok kamu dapat assistant yang baru. Yang lama tu abah dah pindahkan ke syarikat lain." Membesar mata Akmal bila dengar berita dari abahnya.

"Apa?! Kenapa? Liana tu ada buat salah ke?" Akmal tepuk meja makan. Kuat. Bergegar semua benda yang ada atas meja. Nasib baik tak tumpah.

Kalau tumpah, dah satu hal nak bersihkan. Aiman dengan Arman cuma geleng je tengok abang diorang.

Pemarah sangat. Cuba bawak bertenang. Tahulah Liana tu makwe dia. Sebab tu bukan main beria marah.

Padahal umi dengan abah tak pernah suka kat Liana tu. Dahlah sexy nak matey. Pergi kerja pakai baju muat badan betul, skirt ketat atas lutut betul.

Baik tak payah pakai bajulah sia. Dengan make up tebalnya lagi. Macam tepek tepung siot. alamak. terkutuks.

Heh.

Dia ingat ni kelab agaknya. Boleh pulak Akmal ni sangkut.

Entah siapa nak ditayang. Menjolok mata. Baguslah abah pindahkan minah tu. Entah apa yang minah tu buat bila masuk pejabat Akmal.

Aiman pun tak nak bayang. Jijik.

"Akmal tak setuju." Mendatar suara Akmal.

"Esok assistant baru kamu akan masuk kerja. Muktamad." Akmal merengus. Beranilah lawan abah. Kalau tak makan penampar, jawatan pengarah dia yang akan jadi mangsanya.

'Nice, abah....' Aiman tunjuk thumbs up dekat bawah meja. Mulutnya senyum senget. Tapi dia pastikan tak ada sesiapa yang nampak.

"Akmal naik dulu. Tak ada selera nak makan." Akmal bangun dari kerusi.

"Habiskanlah makan dulu.." Umi tengok Akmal risau. Akmal toleh belakang tengok uminya.

"Tak apalah umi. Akmal tak lapar." Akmal senyum sikit lepastu ters naik atas masuk bilik.

"Tapi.."

"Dahlah tu Hajar. Biarkanlah dia tu." Encik Daud potong cakap isterinya. Puan Hajar cuma mampu angguk je.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now