9|°Berubah?°|

8.4K 407 4
                                    

Sinar pagi dari tingkap bangunkan aku. Lepas je subuh tadi, aku tertidur. Aku tengok jam kat telefon.

Hmmm.

Baru pukul 6.45. Nasiblah masuk kerja pukul 8. Ngantuk gila weh. Semalam even aku tidur, tapi aku tetap terbangun-bangun. Bila aku bangun je, aku akan tengok sofa tempat Akmal biasa tidur.

Dia ada setiap kali tu.

Mungkin aku risau dia keluar awal lagi? Entahlah.

Oh ya.

Cakap pasal Akmal.. Aku tengok sofa tempat dia biasa tidur. Hmm.. Dia tak ada. Macam biasalah kot. Entah ke tempat kerja or macam yang dia cakap semalam, dia cari Liana.

Apa agaknya aku nak jawab kat mama dengan ayah harini pasal Akmal?

Aku bangun dari katil and siap-siap nak pergi kerja. Sampai je kat hujung tangga, aku terkejut.

Akmal.

Dia ada kat meja makan tengah sarapan dengan family aku. Serious aku terkejut. Dia tak kerja ke harini?

Eh, tapi dia pakai baju kerja dia. Kerja mungkin. Haih. Mungkin harini dia saja nak masuk lambat. Biarlah dia kan bos. Suka hati dialah kan nak datang pukul berapa pun.

"Wana? Buat apa berdiri kat situ lagi. Sini join sarapan." Semua yang ada kat meja tengok aku. Termasuk Akmal.

Mata aku dengan dia bertembung. Mendatar je muka dia. Kan bagus kalau dia senyum macam semalam? Even senyum tu untuk orang lain.

Aku jalan ke arah meja makan. Aku duduk sebelah Akmal. Dah kalau aku duduk sebelah Zalikha, mahu kena halau dengan mama suruh duduk sebelah Akmal.

"Wana nak makan apa? Mama amikkan." Aku capai pinggan. Menu simple pagi ni. Nasi goreng dengan roti bakar.

Akmal just makan roti bakar je.

"Eh takpelah, ma. Wana amik sendiri." Aku senyum. Mama angguk and duduk sebelah Zalikha.

"Akmal? Bangun lambat ke harini? Yelah, biasakan Akmal dah pergi kerja pagi-pagi lagi." Mama tanya. Akmal toleh ke arah aku.

Apsal? Jawablah mama tanya tu. Kenapa nak tengok aku. Takkan aku nak kena jawab jugak. Dia dah ada kat sini kan. Aku tenung mata dia. Dia lepaskan nafas panjang and tengok mama.

"Akmal saja nak masuk lambat harini. Penat asyik nak masuk awal." Akmal senyum.

Eleh, penat konon. Tinggal aku pastu cari orang lain tak penat pulak. Sabar, Zawana. Laki kau tu.

"Banyak sangat ke kerja. Sederet seminggu tak stop." Mama dah tunjuk muka risau. Yelah, siapa je tak kesian lagi ni menantu dia. Memang nampaklah risau dia.

"Boleh jugaklah, ma." Aku still rasa pelik dia panggil mama tu mama.

SEBAB DIA JARANG KAT RUMAH. Haaa.

"Wana. Hati-hati pergi kerja tu. Ayah pergi dulu." Aku angguk. Ayah bangun lepastu gerak pergi kerja.

"Abang tunggu kat kereta. 5 minit." Suapan aku terhenti. Nasiblah nasi goreng tu belum masuk mulut. Kalau tak, memang nasi masuk paru-paru aku derr.

Akmal bangun then keluar. Aku perhati dia sampailah kelibat dia hilang kat sebalik pintu.

Abang? Haih, panggilan sweet. Tapi tu semua palsu.

"Kak, abang Akmal dah ok ke?" Zalikha tengok aku.

"Oklah kot."

"Apa kot pulak. Wana kan isteri dia. Takkan tak tahu. Alhamdulillah. Doa mama untuk Akmal terima Wana termakbul jugak. Tak kisahlah. Asalkan pintu hati dia dah terketuk." Mama senyum lebar.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now