32|°Ego°|

8.3K 349 44
                                    

"Kau kenapa?! Datang-datang terus tumbuk orang!"

Akmal tersenyum senget. Bibir yang dia rasa macam dah berdarah diabaikan. Sakit. Tapi dia tak peduli. Tangannya mahu dihayunkan lagi ke arah Aiman.

Tapi Aiman sempat mengelak. Tak puas, Akmal cuba hayunkan penumbuknya ke arah adiknya lagi.

Kena.

Akhirnya, mereka berdua bertumbuk sesama sendiri.

Tetamu yang ada secara spontan bangun dan beredar dari tempat masing-masing. Dina dan sepupu yang lain membawa budak kecil yang tak tahu apa-apa jauh dari situ. Tak elok bagi mereka yang masih kecil tengok scene tu.

Qayyum dan Arman pula tengah usaha meleraikan pergaduhan antara Akmal dan Aiman.

"Berhenti!" Aku tengok abah datang dengan nafas yang turun naik. Aiman yang ada dalam dakapan Arman berhenti meronta. Begitu jugak Akmal yang ada dalam dakapan Qayyum. Mereka berdua memandang abah mereka.

"Apa yang kamu berdua buat?! Macam budak-budak bertumbuk!" Bengis muka abah memandang anak-anaknya.

"Dia yang mula dulu! Datang-datang terus tumbuk orang. Mendapatlah!" Aiman menunjuk ke arah abangnya. Bengis mukanya. Lebam di tepi bibir dan mata dia tak endahkan. Rasa amarah pada abangnya yang tiba-tiba menumbuknya menguasai diri.

"Tapi bukan macam ni caranya korang nak selesaikan masalah!" Arman yang menahan Aiman dari belakang bercakap. Pelik dia kadang. Dia anak bongsu, tapi dah macam anak sulong. Ada dua orang abang tapi perangai tak matang!

"Kalau korang nak selesaikan masalah. Tolong, jangan dekat majlis umi dengan abah. Korang tak kesian ke dekat diorang. Ikutkan perasaan sangat!" Arman bercakap lagi.

"Tanyalah abang kau ni. Dia yang start dulu." Akmal memandang tajam Aiman. Qayyum menahan Akmal dari belakang yang mahu menerjah Aiman didepannya.

"Kau sedar tak apa kau buat?!" Tinggi suara Akmal.

"Kau baru je lamar Zawana, isteri orang! Dia tu masih isteri aku! Kau sedar tak!?" Kuat suara Akmal.

Tak perlu nak cakap. Aiman memang dah tahu. Tapi ingat dia peduli ke? Dia just buat apa yang sepatutnya dia buat lama dulu. Kalau dibiarkan Zawana dengan abangnya, memang terseksalah wanita tu. Bukan abangnya datang dengan perempuan tu? Kenapa nak sibuk-sibuk masuk campur urusan dia.

"Kau.." Dalam suara Akmal. Pandangan tajam miliknya beralih pada aku. Aku dah berdiri sebelah umi. Bergetar lutut aku bila kena pandang macam tu.

"Apa kau buat tadi? Kau biar dia rayu, tenung kau macam tu. Kalau kau terima, apa? Kau biar dia sarung cincin? Pegang tangan kau?! Ingat, Zawana. Kau tu masih lagi isteri aku! Kau masih hak aku!" Mata aku membulat. Kedengaran ketawa sinis dari Aiman.

"Isteri kau? Apa bezanya dengan kau pun. Pegang tangan perempuan lain depan orang ramai. Cakap je lebih!" Herdik Aiman. Sakit hatinya bila abangnya asyik mendustakan perasaannya. Lepastu terus siksa isterinya.

"Datang dengan perempuan lain. Habistu, kenapa kau nak marah pulak bila isteri kau ada dengan lelaki lain? Sanjunglah ego kau tu bang. Sanjung!"

Akmal terdiam. Betul apa yang adiknya cakap. Kenapa dia nak marah pulak? Bukan ke dia sendiri yang datang bawak Liana? Bukan ke perkahwinan antara dia dengan Zawana bukan sesuatu yang dia mahukan selama ni? Kenapa dia rasa marah sampai macam ni?

"Sekarang ni, aku nak korang berdua pergi tenangkan diri korang. Jangan ganggu majlis ni lagi." Serious suara Arman. Pegangan pada Aiman dan Akmal terlepas. Mereka berdua membetulkan baju yang dah agak serabai.

Dengan hati yang kesal, Akmal jalan menjauhi mereka. Mata aku dengan Akmal bertembung untuk seketika sebelum dia meneruskan langkahnya pergi. Hatinya masih ada sisa marah yang tadi. Mana taknya. Lamar isteri orang depan suami sendiri! Kan gila namanya.

"Liana!" Langkah Akmal terhenti. Dia memalingkan dirinya memandang Aiman. Aiman sedang memandang Liana yang berdiri kaku di luar pagar.

"Jaga calon suami kau baik-baik. Cakap dengan dia jangan ganggu bakal isteri aku lagi." Jerit Aiman lepastu dia memegang sebelah bahu aku erat.

Aku terkejut. Tangan lelaki lain yang ada kat bahu aku buatkan aku rasa tak selesa. Beraninya sentuh aku yang bukan miliknya. Dengan jarak yang sangat dekat. Dicampur dengan hati aku yang tengah sakit. Hampir je satu tamparan hinggap kat pipi Aiman yang dah terluka.

Belum sempat aku angkat tangan nak tampar Aiman, satu tumbukan dari Akmal hinggap lagi di pipi Aiman. Pegangan tangan Aiman di bahu aku terlepas.

"Jangan kau sentuh dia!" Akmal dengan Aiman mula bertumbuk lagi.

"Jauhkan diri kau dari isteri aku!" Tak boleh jadi, Akmal dengan Aiman dan cukup memalukan umi dengan abah. Aku kena hentikan semua ni. Aku cuba masuk dalam pergaduhan mereka berdua untuk leraikannya.

Tapi secara tiba-tiba tumbukan milik Akmal tak sengaja terkena pada aku. Terduduk aku.

Sakitnya.. Macam ni ke rasanya tumbukan dari orang lelaki?

Pergaduhan antara mereka terhenti.

"Akak!" Aku memegang pipi yang terkena tumbukan tadi. Aiman panik. Akmal pula bungkam sebab tumbukan dia tersalah kena sasaran.

"Puas dah? Korang berdua dah puas?" Aku lap air mata aku yang hampir jatuh. Aku tak boleh tunjuk yang aku ni lemah.

"Zawana.. Aku tak.."

"Pergi Akmal." Akmal terdiam.

"Aku tak nak tengok kau lagi." bergetar suara aku. Akmal terkejut. Lantaklah. Aku dah penat tengok ego mereka.

"Kau dengar tak?" Aiman menambah api yang dah sedia marak. Akmal memandang Aiman. Tapi dirinya masih mendiamkan diri.

"Bang, sebaiknya kau pergi dulu. Uruskan Liana. Akak biar aku handle." Arman memegang bahu abang sulongnya.

"Qayyum. Panggil Dina. Bantu aku tolong papah akak masuk." Qayyum angguk. Tak lama lepastu Dina datang membantu aku masuk ke dalam rumah.

Akhirnya, majlis anniversary yang berlangsung terhenti separuh jalan.

××××××××
"Liana!" Ketukan kuat di pintu rumah Jue mengejutkan Liana. Macam mana Akmal tahu dia kat sini?

Mestilah. Akmal tu confirm tahu kau kawan dengan sapa. Halah Liana.

"Weh, kau tak nak aku bukak ke? Aku syak tu Akmal." Rakan baik Liana, Jue menegur. Liana hanya duduk di atas sofa ruang tamu dengan mata yang sembab.

"Tak naklah. Biar je dia tu. Nanti dia pergilah tu." Sehelai tisu dicapai lagi. Penat dia nangis semalaman. Sakit hatinya bila tengok scene semalam. Menyesal dia ikut.

"Liana. Bukalah. I tahu you kat dalam." Suara Akmal semakin perlahan di depan pintu. Liana tak menjawab.

"Babe, aku syak dia dah pergi. Dah 30 minit aku tak dengar pape." Liana memandang pintu hadapan. Mungkin.

"Kau tak nak balik? Dah balik tidurlah. Tak elok nangis macam ni." Liana merenung kosong kawannya. Lepas beberapa minit berfikir, dia mengangguk. Liana bangun, beg tangannya di sebelah dicapai.

"Aku balik dulu tau." Jue mengangguk.

"Hati-hati. Kalau aku ada kereta, aku boleh hantar kau. Tapi semalam kereta aku rosak pulak." Jue tersengih. Liana geleng sambil tersenyum.

"It's okay. Thanks." Lepastu Liana keluar dari rumah.

Dia berjalan ke arah grab yang dia dah order tadi. Bila dia dah buka and nak masuk, tangannya ditarik. Liana memandang siapa yang menarik tangannya untuk tak masuk dalam grab.

"Cancel." Akmal memberitahu pemandu tersebut.

TBC

Heyyo kalian. Malam ni aq update. Hshshshhs. Nnti kalau aq nk update, aq update yaaa

Byeeee.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now