30|°Sabar°|

7.8K 372 18
                                    

Lepas solat Isyak berjemaah, aku ikut Arman ke tempat grill. Katanya dia yang ditugaskan untuk bakar-bakar malam ni. Bestnya! Dah lama tak barbecue. Aku nak join Arman malam ni. Heheh.

"Akak, dah ok ke dengan abang Aiman?" Aku dengar Arman dalam perjalanan nakbke tempat grill. Dia berbisik ke arah aku. Alhamdulillah. Masih dengar dengan jelas.

"Dah.. Cuma tulah. Sepanjang akak kat sini, Aiman tu tak habis-habis ajak akak kawin. Lepastu buat-buat tersasul." Aku mencebik. Yelah. Geram tahu? Cakap kahwin tu macam benda biasa je.

Lagipun aku ni masih isteri orang kan? Ye tak?

"Haha, seriouslah? Tak ada tapis betul dia ni." Arman menggeleng. Sampai je kat tempat grill, aku dengan Arman mula bakar makanan. Macam sosej, ikan, ayam and banyaklah. Seronok.

"Akak, umi panggil Arman tadi. Arman nak settle kejap. Akak tunggu sini ea? Arman panggil backup." Aku angguk. Lepastu Arman berlari anak menjauhi aku.

Lepastu aku baru sedar. Eh kejap. Backup? Dan masatu, aku terdengar suara Arman memanggil.

"Abang! Jaga grill kejap dengan akak Wana. Aku ada hal nak buat." Backup dia panggil Aiman?

Masa aku tengah letak sosej atas grill, Aiman dah berdiri kat sebelah aku dengan penyepit Kat tangan. Dia mula ikut aku masak makanan ni semua.

"Kau tak pergi makan ke?" Aku ketawa. Kita tengah jaga grill kot. Tak mungkin aku tak ikut makan.

"Aku dah kenyang dah weh. Aku masak, aku makan kat sini. Banyak kot makanan ni." Aiman ketawa.

"Patutlah steady je aku tengok kat sini lagi tadi. Diam-diam makan tak ajak aku." Aku senyum. Serious, aku rindu gurau dengan Aiman macam ni. Tak sia-sia aku maafkan dia.

"Lepas kahwin nanti jom buat barbecue lagi nak?" Laju aku tengok muka Aiman. Lepastu tangan dia laju katup mulut dia.

Again.

"Kenapa Aiman? Lagi petang tadi kau asyik cakap nak kahwin dengan aku. Dulu pun sama. Bergurau tak ingat tempatlah kau." Aku ketawa sambil siku aku senggol lengan dia.

Tapi Aiman just mendiamkan diri.

"Tapi, Wana. Aku tak bergurau.. Kenapa kau tak terima je?" Serious suara Aiman. Ketawa aku terus mati. Aku tenung muka Aiman lekat-lekat. Mana tahu dia main-main ajekan?

Aku mula jarakkaan diri aku sikit dengan dia. Mana Arman ni? Kenapa time macam ni dia tak reti nak muncul?

"Aiman.." Aiman tengok aku. Dia tunggu je apa yang aku nak cakap.

"Kenapa?"

"Boleh tak kalau kau tak anggap perkahwinan ni satu benda yang main-main?" Perlahan suara aku. Aiman sengetkan kepala dia sikit.

"Maksud kau?"

"Okay macam ni.. Perkahwinan ni kan satu ikatan antara lelaki dengan perempuan yang berjanji akan jaga antara satu sama lain. Satu ikatan yang idealnya jadi antara dua orang yang saling mencintai kan?" Betul ke? Kalau salah bagitahu do. Hahaha. Aku main bagi nasihat kat Aiman, tapi aku sendiri tak pasti. Tak pe kita teruskan.

Otak, sila berfungsi.

"Habistu?"

"Aiman, kau tahukan aku pernah rasa ikatan perkahwinan yang pada dasarkan bukan dari cinta? Kau tahukan macam mana aku menderita?" Aku tengok Aiman yang macam tengah berfikir.

"Jadi, aku tak nak benda tu jadi lagi. Lagi-lagi antara kita, Aiman." Aku mula fokus pada makanan yang ada kat atas grill. Agak sikit terbakar. Tapi tak adalah hangus sangat. Masih sedap dimakan.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now