35|°The truth!°|

9.3K 404 40
                                    

"Maafkan aku, Zawana. Aku tak sedar yang selama ni, aku sayangkan kau. So, tolong? Jangan menyesal cintakan aku?"

Aku terkedu. Serious. Sampaikan otak aku, badan aku terkaku sekali. Mata aku tak berkelip.

"Maafkan aku, Zawana. Sebab ambik masa yang lama untuk realize perasaan aku sendiri. Dah lama aku fikirkan. Tapi aku tepis perasaan tu sebab masih berpegang dengan janji lama." Suara serak Akmal semakin pecah. Akmal menahan dirinya daripada menangis je. Dah beberapa hari dia cari mana isterinya pergi.

Dia ke rumah mentuanya. Zawana tak ada. Tapi dia bagi alasan yang dia nak buat kejutan pada Zawana. Tanya itu ini pasal 'kejutan' tu. Padahal mencari isterinya. Dia tak nak risaukan mentuanya. Dia buntu. And finally, dia terfikir nak ke rumah parentnya. Perasaan lega bila nampak kereta milik isterinya masih terparking di hadapan rumah.

Kenapa dia tak cari Zawana kat rumah parentnya dulu? Sebab Akmal berfikiran yang Zawana mungkin dah balik. Tapi tak rupanya, dia masih ada di rumah parentnya.

Lepas tahu semua benda pasal Liana dengan Faiz, Akmal berang. Dia rasa tertipu sangat. Menyesal dia cari perempuan yang memang sepatutnya tak penting dalam hidupnya. Sampai dia lupakan tanggungjawab yang sepatutnya dia buat.

Kenapa Liana menghilang dulu. Everything make sense.

××××××××
"You ingat I tak tahu pasal Faiz?" Laju Liana memandang Akmal.

How did he know? Peluh sejuk mula mengalir di pelipis Liana. Tangannya bergetar memikirkan yang Akmal tahu tentang Faiz.

"You ingat I tak tahu selama ni you menghilang ke mana?"

"How?"

"Firdaus. And many. I banyak kenalan. Sebab tu I dapat tahu you ada kat Penang dulu. Tapi sayangnya, I tak jumpa you kat sana." Liana ternganga. Memang dia ada kat Penang. Tapi dia kat sana dalam 1 hari sahaja. Lepastu terus gerak ke Terengganu.

Tak sangka betul.

"Tapi Liana. Ada I cakap break bila dapat tahu you ada dengan lelaki lain?" Raut wajah sedih Akmal membuatkan hati Liana terkutik.

"For your own good, Akmal." Liana memegang perutnya. Dia memandang Akmal tepat pada anak matanya. Akmal memandang perut Liana dan wajah Liana silih ganti.

"Liana... Jangan cakap yang you.."

"Yes, Akmal! I pregnant.." Akmal geleng. Tak mungkin. Akmal menggenggam rambutnya. Tertunduk dia bila tahu berita mengejutkan tu.

"For.. how long?" Sambil tertunduk Akmal tanya.

"Almost 3 months.." Perlahan Liana menjawab. Laju Akmal memandang Liana.

"3.. months?" Akmal ketawa sinis. Hatinya sakit. Terguris. Banyaklah. So selama ni dia kejar perempuan yang dah disentuh lelaki lain? Dia abaikan tanggungjawabnya sebab ni?

"So, apa function you ikut si Faiz tu?" Liana menggeleng. Air matanya mula bertakung.

"I tak tahu.." Akmal ketawa sinis lagi.

"Huh, tak tahu?" Akmal menahan diri daripada menolak wanita di hadapannya ini. Dia tak nak dah sentuh. Akmal rasa jijik. Serious. Dia betul-betul tak sangka.

Ingatkan janjinya masih dipegang. Liana sendiri yang sebut pasal janji-janji yang mereka pernah buat dulu. Akhirnya, janji tu dah makan tuannya sendiri.

Apa function Liana sebut janji-janji tu kalau dia sendiri tidur dengan lelaki lain?!

Kata-kata yang Liana baru sebut tadi mula bermain di kepala Akmal semula.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now