4|°Luahan°|

7.5K 429 13
                                    

Dah dekat seminggu aku tak kerja. Aku langsung tak bagitahu mama dengan ayah aku dah berhenti. Aku takut nanti kalau aku bagitahu, ayah kecewa. Yelah, penat-penat dia carikan aku kerja, aku pulak berhenti sebab Akmal.

Je.

Pintu bilik aku diketuk. Tejut aku.

"Wana.. Sampai bila Wana nak duduk dalam bilik? Mama dengan ayah dah risau ni. Dekat seminggu dah kamu dalam bilik tu." Iya weh. Aku dah seminggu dalam bilik. Jangan risau. Dalam bilik aku ada bilik air. So aku memang mandi. Kalau makan pulak, aku keluar bila semua tak ada atau bila semua dah tidur.

Aku akan bawak makanan yang lebih masuk bilik. Hshshshsh. Nanti tak payahlah keluarkan?

"Wana.." Mama masih kat depan pintu. Aku bangun dari katil aku duduk and bersandar kat pintu.

Hmm, nak keluar ke tak ea. Aku pun rasa serbasalah sebenarnya.

Hmm, keluarlah..

Aku bukak kunci, lepastu aku bukak pintu. Nampaklah aku mama yang berdiri depan bilik aku dengan muka yang risau.

"Wana ok tak ni? Kenapa tak keluar dari bilik?" Aku tarik mama masuk bilik. Lepastu aku tutup pintu.

"Mama, mama jangan bagitahu ayah ea. Wana takut ayah marah." Mama angguk.

"Wana sebenarnya dah berhenti kerja. Tapi Wana takut nak bagitahu." Aku tengok reaction mama.

Takutnya.

Mama senyum. Aik? Mama senyum? Bukan sepatutnya mama marah ke?

"Mama dah dapat agak dah. Ayah dengan mama tak jangka yang kamu boleh tahan seminggu pun dekat pejabat Akmal tu." Mama pegang bahu aku.

"Sebab mama dengan ayah tahu macam mana Akmal tu. Tak sangka yang kamu boleh tahan sampai sebulan kat sana. Kami tahu kamu hebat." Aku yang tadi rasa takut, dah rasa lega sikit.

"Dahlah tu berkurung. Tak apa. Rekezi kamu bukan dekat sana. Mungkin ada kat tempat lain. In Sya Allah." Mama peluk bahu aku. Aku just senyum je weh.

Serious aku kaku gila. Abih aku duk terperap dalam bilik tu sia-sia ke? Omg.

"Marilah makan malam. Ayah dengan adik dah tunggu kat meja makan tu." Aku angguk. Aku ikut langkah mama turun bawah.

Sampai kat meja makan, aku nampak ayah dengan Zalikha tengah tunggu. Aku duduk sebelah Zalikha. Lepastu aku dapat rasa dia senggol aku.

"Kak. Nak pulak kau join makan." Dia bisik. Aku dekatkan diri aku dengan dia.

"Diamlah. Mama yang suruh." Zalikah senyum senget. Eh budak ni. Apasal dia suka sangat ni? Nak kena ke?

"Wana." Ayah panggil. Dia dah mula cedok nasi nak makan.

"Makanlah. Apa yang kamu tunggu lagi?" Ayah senyum kat aku. Aku senyum.

"Baik, ayah." Aku lirik ibu. Ibu bagi signal mata suruh aku bagitahu ayah. Alamak ayah tak tahu lagi ni.

"Erm, ayah. Wana nak bagitahu sesuatu boleh?" Ayah tengok aku. Dia angguk sambil tangan masih teruskan suapan.

"Wana dah berhenti." Ayah berhenti makan. Even aku tahu tadi mama cakap ayah tak marah, tapi aku still takut. Ini ayah ok. Dia lelaki yang aku gerunkan.

"Ayah tahu.." Aku lepaskan nafas lega. Macam tak marah je.

"Maaf masa awal-awal dulu ayah tak bagitahu kamu yang tu syarikat dia." Ayah tunduk. Alah ayah ni, aku pulak rasa serbasalah.

"Kesian kamu kena hadap dia yang baran tak sudah tu." Aku geleng.

"Ayah, tak apa. Wana dah berhenti pun kan? Wana dah ok dah sebab seminggu tak jumpa dia." Aku sengih. Betul apa. Seminggu aku tak jumpa, kurang sikit stress. Tapi aku masih rasa terluka.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now