41|°Kejadian°|

8.2K 349 32
                                    

Aku duduk di bangku kecil. Bacaan Yaasin dari mulutku kedengaran di kawasan berdekatan. Selepas selesai membaca Yaasin dan mengaminkan doa, aku tengok batu nissan putih yang berada di hadapan aku.

Batu nissan yang putih aku elus. Mulut aku tersenyum mengenang semua memori lepas.

"Haih, rindunya.." Mata yang agak berkaca aku lap. Rasa macam baru je dia pergi tinggalkan aku. Jarang dah aku ke sini. Aku ada masa baru aku rajinkan diri ke sini.

"Maaflah, baru ada masa nak lawat.." Aku bersihkan sedikit debu yang ada di batu nissan tu.

"Apa khabar? Harap-harap baik-baik je kat sana." Aku tersenyum. Doa aku sentiasa ada untuk dia. Aku memandang sekeliling kawasan perkuburan. Ada lah jugak beberapa orang, tapi diorang agak jauh dari aku.

"Maafkan aku, Nadia." Yes, dia Nadia. Kawan baik dunia akhirat aku masa aku sekolah dulu.

Kalaulah aku ikut kata dia masatu, mesti Nadia masih ada lagi. Setia kat sisi aku. Tapi aku langsung tak ingat kenapa aku marah. Kenapa aku tak dengar kata Nadia masatu. Aku pejam mata aku.

Tapi apakan daya. Allah lebih sayangkan dia. Dia pergi tinggalkan aku dulu. Kalaulah aku ikut kata dia haritu....

××××××××
"Nad!" Aku pegang bahu dia dari belakang. Terjongket bahu dia terkejut.

"Masya Allah! Wana! Kau ni kan. Tegurlah baik-baik. Lemah jantung aku." Nadia mengelus dadanya perlahan. Dia mengecilkan matanya tengok aku dengam cebikan.

"Alah kau ni. Sorrylah. Aku saja je." Aku tersengih. Lepastu aku duduk kat sebelah dia. Haih, kenapalah aku dengan dia beza kelas? Kan best kalau sekelas. Boleh duduk sebelah-sebelah. Tapi nak buat macam mana, Nadia punya pandai level langit punya. Always nombor satu dalam kelas.

Kau tengoklah. Sekarang pun dia tengah study. Study bio pulaknya tu. Nasiblah aku kelas sastera je. Kalau amik kelas sains, mahu menangis aku.

"Cikgu kau tak masuk kelas lagi ke? Kau tak de kelas ke petang ni?" Aku tengok jam.

"Rileks, Nad. Baru pukul 2. Kelas aku mula pukul 2.30 nanti. Kelas kau? Aku tengok cikgu tak de masuk pun.." Nadia tersengih.

"Kitorang tak de kelas harini. Kau tak nampak ke ramai yang dah balik? Aku saja tinggal sebab nak study lebih sikit." Aku tengok keliling kelas 4 Azam ni. Serious weh. Ramai dah balik. Adalah ramai jugak yang ada. Diorang semua buat hal masing-masing.

Oh ya, kelas aku sebelah je gais. 4 Bestari. Hshshshsh. Sebab tu aku selalu lepak sini. Diorang pun dah tak kisah aku masuk sini.

Lepastu aku terpandang pintu belakang. Aku tersenyum lebar bila nampak Aiman kat situ tengah tersenyum.

"Aiman, sinilah do. Kau kat situ buat apa." Aku ketawa. Aiman terkekeh sebelum masuk kelas. Dia duduk sebelah aku. So sekarang ni, aku duduk antara Aiman dengan Nadia.

"Hai, Nad. Study ke?" Nadia tengok Aiman. Dia tersenyum sebelum mengangguk.

"Yup. Kau tak ada kelas?" Aiman geleng.

"Tak ada.. Aku cari si Wana ni kat kelas dia. Tak ada. Dah agak dah dia kat sini." Aku putarkan bebola mata aku. Memang sah aku kat sini. Tak ada nak kemana. Haaa, Aiman ni pulak kelas 4 Cekal. Sebelah aku je. Begitulah kami kalau kat sekolah.

"Man. Kau dah siap ke kerja cikgu Hafiz?" Aiman geleng. Cikgu Hafiz tu cikgu Sains kitorang. Bila ada kelas tambahan Sains, biasa kelas aku dengan Aiman akan digabungkan.

"Belum do, esok pulak tu kelas dia. Balik nanti aku buatlah. Banyak gila kerja. Kalau english tak pe jugak. Ni Sains." Aiman mengerutkan mukanya. Aku ketawa.

"Alhamdulillah aku dah siap." Laju Aiman tengok aku. Dia tiba-tiba duduk menghadap aku.

"Emm, Wana..." Aku tengok dia atas bawah. Aku rasa macam aku dapat agak dia nak apa.

"Boleh tak kalau aku nak.."

"Tak boleh." Aku potong cakap dia. Terkatup mulut Aiman. HAHAHA. Apa. Pernah pulak aku bagi dia tengok kerja sekolah aku. Kalau nak aku ajar boleh. Kalau nak tiru, memang tak aku bagi.

Aku ketawa bila tengok cebikan Aiman.

"Aduh kau ni, aku tak bagitahu apa-apa lagi." Ketawa aku terhenti bila mata aku terpandang dia berdiri di belakang pintu. Serious muka dia memandang aku.

Lengan aku automatik menyenggol Nadia di sebelah.

"Nad." Aku senggol Nadia berkali. Nadia menolak lengan aku.

"Eh kau ni kenapa?" Aku tengok Nadia. Lepastu Nadia terpandang dia yang ada kat pintu belakang.

"Akmal." Tersenyum Nadia. Nadia terus bangun and then tersenyum ke arah aku.

"Kejap tau." Aku angguk. Nadia berjalan ke arah Akmal. Aiman merenung Akmal sebelum pandangan Akmal berpindah pada Nadia yang berada di depannya.

Tahun ni Akmal tingakatan 6 atas. Tahun depan tak jumpa dah dia. Tapi aku jumpa je sebab aku selalu ke rumah Aiman nak buat kerja dengan Nadia. No hal. Bila aku tengok Akmal tersenyum untuk orang lain, aku yang sakit hati. Tapi tulah, sebab orang yang dapat senyuman dia tu kawan baik aku, aku kenalah tahan. Hmm..

"Ya Allah, hensemnya abang kau, Man." Laju Aiman tengok aku. Lepastu dia geleng-geleng.

"Baik kau jangan dekat dengan dia weh kalau kau tak nak dibenci." Aku tengok Aiman dengan kening sebelah terangkat.

"Maksud kau?" Lama Aiman tenung aku.

Pada Aiman pulak, bukannya dia tak tahu yang kawan baiknya ini sukakan abangnya sendiri. Lebih baik dia diamkan diri. Takut nanti hubungan antara mereka jadi renggang pula. Lagi-lagi Nadia bersama dengan abangnya.

"Hoi, Aiman." Aiman tersedar dari lamunan.

"Maksud kau tadi tu apa?"

"Ouh maksud aku, Akmal tukan bengis.. Dengan aku adik dia pun dia tak suka. Lagi orang lain." Aiman bisik. Aku kecikkan mata aku tengok Aiman. Eh dia ni. Lempang kang haaa.

"Dah ar kau. Aku nak masuk kelas." Aku bangun dan berjalan masuk ke kelas.

"Nad aku masuk kelas dulu." Nadia dan Akmal berpaling memandang aku. Nadia tersenyum. Akmal dengan muka tak ada ekspresinya.

"Ok, Wana." Nadia melambai aku sebelum aku keluar kelas.

Habis je kelas petang tu, aku terkejut sebab Nadia baru keluar kelas.

"Weh, kau tak balik ke doo?" Nadia terkekeh.

"Nope. Akmal kata dia nak buat something. Tu yang aku belum balik tu." Nadia tersenyum lebar.

"Something?" Nadia angguk.

"Yup. Ikut aku ea?" Aku kerutkan dahi aku. Dah kenapa aku kena ikut. Kang menggangu pulak.

"Ikut kau? Eh tak naklah. Aku tak nak kacau dooo." Nadia tarik aku ikut dia. Sampailah aku dengan dia ada kat depan pagar sekolah.

"Kita tunggu kejap." Nadia tersenyum memandang aku. Aku dengan duduk dekat bus stop.

"Mana Akmal ni.." Nadia bangun sambil tersenyum lebar bila nampak Akmal datang dengan motor.

"Dah sampai!" Aku tengok Akmal parking motor tepi bus stop. Dia bukak helmet, dan turun dari motor. Dia tersenyum ke arah Nadia. Tapi senyumannya mati bila dia ternampak aku.

"Nadia, kenapa dia kat sini? Tak reti ke maksud tak mengganggu? Tak pernah faham istilah orang ketiga?" Akmal tersenyum sinis sambil mengangkat sebelah keningnya.

Masya Allah, aku rasa kecik sangat. Tak pernah aku rasa malu dan kecewa macam ni. Bukannya aku nak sangat ikut.

Aku tundukkan pandangan aku, dan lepastu aku bangun. Tanpa kata apa-apa, aku terus melintas jalan tanpa berfikir.

"Zawana, tunggu!" Sampai je aku kat pembahagi jalan, aku pusing tengok Nadia yang memanggil. Depan mata aku, aku nampak kawan aku dihentam dengan lori berwarna merah.

TBC

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now