27|°Plan°|

9.2K 395 15
                                    

Akmal berjalan ke arah keretanya. Kunci kereta ditekan. Dia masuk dan termenung lepas apa yang jadi tadi. Sikunya diletak di stereng kereta. Kepalanya dipegang.

"Dah kenapa aku tadi? Apsal aku tak boleh nak kawal emosi aku?" Matanya ditutup.

Kepalanya digeleng beberapa kali. Enjin kereta dihidupkan. Keretanya laju dibawa pulang ke rumahnya. Melupakan yang dirinya ke pasaraya untuk beli air buat Liana.

Dia perlu balik. Dia nak baring. Kepalanya langsung tak boleh nak proses apa-apa. Ditambah pula dangan ayat terakhir Zawana sebelum dia pergi.

Keretanya diparking di lobi. Dia berjalan ke arah rumahnya. Ya, rumah yang dia dan isterinya pernah duduk bersama sebelum semuanya jadi kucar-kacir.

Password rumah ditekan. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Akmal rebahkan dirinya di atas sofa. Telefon dan kunci kereta diletak di atas meja.

Matanya ditutup menggunakan lengannya. Nafas panjang dilepaskan. Bila dia rasa matanya makin berat, tiba-tiba telefonnya yang berada di atas meja berbunyi. Terkejut Akmal.

Tangannya mula meraba mencari telefon tanpa menggerakkan dirinya. Jumpa sahaja telefonnya, dia mencapai kasar. Butang hijau ditekan tanpa melihat siapa yang memanggil.

"Assalamualaikum, Akmal.." suara lembut umi berada di hujung talian.

"Waalaikumasalam. Kenapa umi?" Akmal menjawab. Nasiblah bukan sesiapa yang dia tak mahu jumpa. Termasuk Liana sendiri.

"Kamu kat mana?"

"Rumah..."

"Rumah kamu?"

"Ya..." Uminya tahu yang Akmal duduk di hotel lepas isterinya pergi haritu. Baru harini dia jejak kaki di rumah ni. Bila ditanya kenapa tak balik aja ke rumah ni, Akmal cuma cakap tak nak je.

"Wana ada kat sana?" Akmal lepaskan keluhan. Kepalanya dipicit.

"Tak ada, umi.."

"Yelah. Kamu tak kerja harini?" Akmal geleng. Matanya terbuka. Dia baru tersedar yang dia tengah bercakap dengan uminya melalui telefon.

"Tak. Akmal cuti harini.." Tak mahu dia cakap yang dia keluar dengan Liana. Cukuplah uminya stress pasal dia dengan Zawana. Tak naklah pasal Liana pulak.

"Ouh yeke.. Umi call ni sebab nak suruh kamu datang majlis umi dengan abah." Kening Akmal terangkat. Majlis?

"Anniversarylah." Ouh. Lagi 3 hari.

"Tapi, umi tak nak hadiah tau." Berkerut dahi Akmal. Baru dia nak tanya uminya nak apa sempena anniversary ni. Tapi tak jadi bila uminya dah cakap macam tu.

"Maksud umi?"

"Masa datang nanti, umi nak Wana ada sekali. Tak kisahlah dia datang dengan kamu atau sorang diri. Yang pasti, umi nak dia ada. Umi rindu dia, Akmal..." Akmal terus terduduk Dah perbaringannya. Jantungnya laju berdegup. Biar betul umi ni? Tadi dia baru jumpa Zawana. Zawana pun tak nak bercakap dengan dia. Apatah lagi nak datang rumah tu kalau ada dia dengan Aiman.

"Tapi umi.."

"Tolong, ya? Umi ada kerja ni.." Lepastu talian terus dimatikan. Akmal memandang skrin telefonnya. Apa dia nak buat agaknya?

Jarinya laju mencari nombor telefon adiknya.

"Aiman. Datang rumah aku lepas kau balik kerja. Bawak Arman sekali."

"Ha?? Rumah kau? Bawak Arman? Tetiba je ni. Apsal?"

"Banyak tanyalah kau. Datang je nanti. Lambat, siap kau." Akmal terdengar Aiman merengus di hujung talian.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now