34|°Jangan menyesal°|

9.2K 398 50
                                    

"Babe, kau ok?" Turun je aku dari tangga, suara Dina menegur aku. Belum sempat pun kaki aku jejak kat lantai bawah, dia dah tegur dulu. Aku faham dia risau lepas apa jadi beberapa hari lepas . Umi dengan abah pun risau. So diorang paksa aku tidur sini sampailah lebam kat muka aku baik.

Sebenarnya agak teruk jugak lebam tu. Yelah. Tangan lelaki yang besar tu kena kat pipi aku. Nasib tak senget je muka aku. Sempat aku bagitahu Nora aku tak dapat balik.

Pasal kerja aku, abah suruh aku duduk rumah. Nak je aku cakap yang lebam pipi, bukan tangan. Tapi aku diamkan and ikutkan ajelah.

Pasal Aiman pulak, kitorang adalah jugak bertegur. Cuma masing-masing akan rasa janggal. Begitulah..

Aku tengok Dina. Dia ni dah siap bertudung. Nak ke mana?

"Aku ok. No worries." Aku sengih. Even dekat dalam aku nak menjerit. Sampai sekarang aku ingat lagi bila Akmal jalan pergi, aku nak je cakap, jangan pergi kejar perempuan tu lagi. Tapi bila fikir balik, hati dia bukan milik aku.

"Pergi Akmal."

"Aku tak nak tengok kau lagi."

Aku pejam mata aku. Lepas je aku cakap macam tu, Akmal pun pergi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dan haritu, aku dah terlanjur cakap kat Akmal macam tu. Aku sendiri yang menyesal.

Haih.

"Wana." Lamunan aku terhenti bila tangan milik Dina memegang bahu aku.

"Serious kau ok? Lebam kat muka kau tu sakit lagi?" Aku angguk.

"Sakit sikitlah. Tapi aku ok je." Dina senyum.

"Btw, kau nak kemana ni?" Aku tengok Dina atas bawah.

"Jom, teman aku beli barang dapur? Umi dah bagi senarai ni." Kertas putih yang agak panjang ditunjuk.

Oh ya, for you guys information, sepupu sepapat Akmal semua panggil umi tu 'umi'. Mungkin dah terbiasa.

Tapi aku pelik. Ada yang masih tak balik lagi. Diorang still ada kat rumah ni. Cutilah tu kot. Sebab apa? Aku malas nak tanya. Boleh ke centu?

"Kita dua je ke?" Aku tengok keliling ruang tamu. Yelah mana tahu ada yang dah siap-siap nak ikut sekali.

"Aku ajak Arman sekali. Yelah. Tolong angkat barang jugak. Macam banyak je ni."

"Laki kau? asal tak ajak Qayyum je." Dina ketawa.

"Dia dengan Atirah tengah tidur. Entah pape. Lepas breakfast je terus terbongkang sebelah anak. Penatlah tu agaknya. Penat apa pun aku tak tahu. Nak cakap sebab kenduri, benda tu dah berapa hari dah." Dina pandang ke arah sofa depan tv. And nampaklah Qayyum yang tengah tidur dengan Atirah yang meniarap atas dada dia.

"Kejap tau. Aku siap-siap."

××××××××
"So, Dina. Apa yang kita nak cari ni?" Aku berjalan di sebelah Arman yang tengah tolak troli. Kitorang ikut Dina dari belakang.

"Kau cari barang-barang ni. Aku ke tempat barang basah. Nanti jumpa kat bahagian dairy." Kertas yang ada ditangannya dihulurkan pada aku.

"Arman ikut kak Wana." Dina beritahu. Arman cuma angguk. Lepastu Dina berjalan ke arah  bahagian barang basah. Aku tarik troli yang ditolak Arman.

"Akak. Ok ke? Lebam tu tak sakit ke?" Aku pusing tengok Arman. Kaki aku terhenti bila nampak barang yang ada dalam senarai. Diikuti troli dengan Arman sekali terhenti. Aku senyum sambil mencapai botol sos.

"Akak oklah. Sakit sikit je. Kenapa?" Dari ekor mata, aku boleh nampak renungan Arman.

"Sure?" Aku ketawa.

"Iya, Arman. Akak ok." Aku menarik semula troli dari arah depan. Arman pula tolong tolak. Tiba-tiba telefon milik Arman berbunyi. Langkah kami terhenti lagi. Aku tengok Arman angkat sebelah tangannya ke arah aku supaya aku tunggu sekejap. Dia jarakkan dirinya sikit dari aku.

"Haa." Aku boleh dengar. Sambil tu aku capai barang yang ada dalam senarai.

"Kat supermarket... Haa? Ada, dia ada sekali...  Apsal? Serious? Buat apa? Suka hati kaulah." Arman mula mendekati aku semula.

"Akak." Aku tengok Arman. Gerak-geri dia yang gelisah buatkan aku jadi pelik.

"Tak apalah." Aku kecikkan mata aku.

"Cakaplah." Aku senyum. Arman geleng.

"Tak ada apa. Jom cepat cari barang lain." Arman mula tolak troli membuatkan aku yang berdiri di depan troli terpaksa melangkah. Ish dia ni. Nasib baik kaki aku tak kena lenyek dengan roda troli ni.

"Banyak lagi ke akak?" Aku check barang yang ada dalam troli. Mana tahu ada yang tertinggal ke kan? Arman ni lagi tadi gelisah semacam. Tengok sana sini macam tengah cari orang.

"Rileks, Arman. Lagi sikit je ni." Aku tak nak tanya kenapa dia gelisah. Biarlah. Mungkin ternampak crush dia lalu tadi. Tu yang mencari tu kan?

Hahahaha.

Aku jalan mengundur bila dah mula confident barang yang perlu ada dalam troli.

"Akak." Aku terpandang muka cemas sebelum belakang aku bertembung dengan seseorang. Kuat. Rasa macam orang aku terlanggar ni macam tengah berlari. Aku dengan Arman ada kat hujung lorong bahagian bijirin. Masa nak belok tu aku terlanggar orang.

Aduh.. Kesian do. Salah aku jugak tak tengok depan masa nak jalan.

"Sorry.." Aku pusing. Mendongak bila orang depan aku ni lagi tinggi. Mata aku membesar bila nampak siapa yang aku langgar.

"Akak ok tak?" Arman dah berdiri sebelah aku. Tangan dia cuba nak pegang bahu aku, tapi dia tahu yang dia tak boleh sentuh aku.

"Zawana." Akmal memandang aku tidak berkelip dengan nafas yang turun naik. Sah. Memang dia baru lepas berlari.

"Puas aku cari kau kat rumah tadi. Umi cakap kau ikut Arman dengan Dina." Aku silangkan tangan aku di dada.

"Then?" Sebelah kening aku angkat. Akmal mendiamkan diri. Lepastu aku perasan mata dia terpandang lebam yang belum pudar sangat di pipi aku. Tangan dia mula mencapai pipi aku. Dielus lembut pipi aku pakai ibu jari dia.

"Sorry.." Perlahan suara dia. Kedua tangan aku jatuh ke sisi. Aku terkesima. Satu, sebab dia mintak maaf. Dua, sebab for the first time, aku boleh nampak yang Akmal peduli pasal aku.

Arman jarakkan diringa sedikit. Dia hanya perhatikan mereka berdua. Tak berani dia nak masuk campur. Kang nanti dia pulak kena lebel dengan abangnya yang dia suka kakak iparnya sendiri. Tak pasal-pasal kes bertumbuk pulak macam haritu. Memang idok lerr. Baran abangnya jangan pernah nak buat main. Jadi dia perhatikan sahaja mereka. Mana tahu Akmal nak buat apa-apa ke kan?

"Aku dah banyak kali sakitkan kau. Maaf.." Akmal tengok aku. Disebabkan aku masih rasa terkejut, aku biarkan je dia buat apa dia nak. Sampai aku lupa, aku tengah ada kat mana sekarang.

"Aku tak pernah nak hargai kau. Pinggang kau, pergelangan kau, sekarang, ni." Dia tengok balik pipi aku.

"Sebabkan aku, semua luka ni ada pada kau. Kenapa kau masih..." Berkerut dahi dia. Yang ni paling aku terkejut. Akmal letakkan kepala dia kat bahu aku. Aku terkaku nyah. Sampai aku tak tahu nak kata apa.

"Maafkan aku, Zawana. Aku tak sedar yang selama ni, aku sayangkan kau. So, tolong? Jangan menyesal cintakan aku?" Bisikan Akmal mengejutkan aku lagi.

TBC

Hello semua, assalamualaikum. Hehe. Salam Ramadhan korang. 😍

Sorrylah baru dapat update. Ok byeeee.

Hshs..

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now