15|°Cuti?°|

6.5K 389 16
                                    

Aku keluar dari bilik dan nampak Akmal tengah minum kopi sambil tengok fon kat meja makan. Aku tundukkan pandangan aku bila Akmal tengok aku keluar bilik. Aku baru je nak masuk dapur then, Akmal bangun letak cawan dia kat singki.

"Minggu depan aku nak kau cuti. Seminggu." Hampir terjatuh cawan yang aku baru nak amik. Nasib baik.

"Seminggu? Nak kemana?"

"Kemas baju kau malam ni. Esok gerak rumah parent kau dengan parent aku." CEPATNYA. Nak kemana weh.

Akmal bercakap dengan aku tapi mata dia masih lekat kat telefon.

Lepastu dia terus keluar rumah. Aku masih terkaku tak tahu nak cakap apa. Seminggu? Lama sangat tu.

Baru seminggu duduk rumah baru. Tapi nak keluar lagi. Nak kena kemas baju lagi. Untuk seminggu pulak tu. Baju dia dah kemas kot sebab dia kata kemas baju aku je.

Haih, Zawana. Sabar ok. Ini semua ujian.

××××××××
"Wana." Aku senyum ke arah Aiman yang berdiri depan meja aku. Aku hentikan kerja aku dan alihkan sepenuh perhatian aku pada Aiman. Aku sandarkan muka aku kat tapak tangan aku.

Tak apalah. Lagipun sekarang dah masuk waktu makan pun.

Aiman menyengih tengok aku dengan fail kat tangan dia. Dia garu belakang kepala dia.

"Masih tak nak ikut aku lunch?" HAHAHA, gaya dia sekarang macam tengah nak ajak orang pergi dating. Aku ketawa.

"Tak pe, Man. Aku ada kerja nak buat. And aku bawak bekal." Aku tunjuk bekal aku yang ada kat atas meja.

Aiman letak fail dia kat atas meja aku and tarik kerusi pekerja kat meja sebelah. Dia duduk depan meja aku. Nasiblah orang sebelah aku dah turun pergi lunch. Kalau tak, marah dia kerusi dia kena curi.

"Kau ni. Asyik bawak bekal je. Sekali-sekala cuba ikut aku makan sama-sama." Aiman silangkan tangan dia kat dada sambil bersandar kat kerusi. Sekali dengan muka berkerut dia bagi aku. Tapi muka dia palingkan ke sisi.

Aku ketawa. Aiman ni biar betul. Dia merajuk?

"Aih? Aku bawak bekal pun salah ke?"

Jarang nampak Aiman merajuk ni. Senyap-senyap aku keluarkan fon aku dan amik gambar dia. Aksi aku terkantoi masa Aiman dengar bunyi kamera.

"Weh! Kau amik gambar aku ke?" Aku tunjuk gambar yang aku amik pada dia. Tapiii, aku yang pegang fon. Kalau tak, tahu jelah. Nanti dia delete.

"Alah, apa salahnya simpan muka buruk kawan dalam fon kan? Mana tahu boleh jadi hiburan?" Aku terkekeh.

"Man, minggu depan aku cuti tau. Seminggu." Aiman terkejut. Dia yang duduk bersandar tadi terus duduk tegak.

"Seminggu?! Apsal lama sangat? Nak kemana?"

"Adalah. Hal rumah tangga." Aku perasan Aiman pusingkan bebola mata dia lepas dengar ayat 'rumah tangga' tadi.

"Apa pulak kalini sampai seminggu kena cuti?" Aku jongketkan bahu aku. Kalau aku tahu pun, aku takkan cerita hal dengan Akmal kat orang lain. Even orang tu adik dia pun.

Biarlah aku dengan Akmal je tahu apa jadi.

"Kau rasa bos marah tak aku mintam cuti seminggu?" Aiman jongketkan bahu dia.

"Itu aku tak tahu." Hmm. Macam mana ni..

××××××××
Aku masuk rumah lepas beri salam. Tangan aku masih menggigil sebab ingat balik kena marah dengan bos aku tadi. Mana taknya. Seminggu cuti tapi bila ditanya nak kemana, aku cakap tak tahu.

Mengamuk sakan dia. Tapi benda lawak terjadi pulak.

"Seminggu?! Kamu nak kemana Zawana? Kamu ingat syarikat ni boleh ke ada pekerja yang pemalas macam Kamu ni? Kalau 2 ke 3 harin oklah. Ini seminggu! Nak kemana!"

Tapi bila aku cakap aku kena ikut laki aku sebab dia suruh mintak cuti, muka dia nampak lebih bengis.

"Siapa suami kamu tu?! Suka-suka suruh mintak cuti."

"Dia abang pada pekerja terbaik bos, Aiman."

Terdiam dia masa tu. Dengan muka cuak, dia terus approve cuti aku. Laju dia hulur surat mohon cuti tu.

"Jangan bagitahu suami kamu apa yang saya cakap."

Masa tu aku nak tergelak. Tapi aku tahan. Kenapa? Dia takut dengan Akmal? Ni mesti Akmal ada buat apa-apa kat bos aku. Kalau tak, tak mungkin dia sampai terrified macam tu sekali.

Aku geleng dan terkejut bila nampak Akmal baru keluar bilik lepas aku masuk. Awal dia balik harini.

Kaki dia terpaku kat depan pintu bilik. Aku angguk and jalan melepasi Akmal nak masuk bilik aku.

Then, tiba-tiba lengan aku kena tarik. Sedar-sedar je aku dah bersandar kat dinding dengan Akmal ada kat depan aku. Kedua pergelangan tangan aku dia genggam kat dinding. Aku tutup mata aku bila sedar muka Akmal betul-betul depan muka aku.

"Seronok kau tadi?" Suara garau Akmal membuatkan bulu roma aku naik. Mana taknya. Nafas dia aku dapat rasa kat muka aku.

Ya Allah.

"Aku tanya.. Seronok kau tadi?" Aku bukak mata aku dan membesar bila mata aku bertembung dengan mata Akmal yang lebih tinggi.

"Se-seronok? Awak cakap apa ni?" Genggaman kat pergelangan tangan aku makin kuat. Berkerut dahi aku tahan sakit. Janganlah nanti tempat Akmal genggam tu pulak yang biru. Pinggang aku baru je nak baik.

"Kau buat apa kat tempat kerja?" Dalam suara Akmal. Macam tengah tahan marah.

"Saya buat.. Kerjalah." Aku tengah tahan sakit weh. Makin kuat dia genggam. Aku nak tolak dia. Tapi Akmal jauh lebih kuat dari aku.

So, aku hanya meredhakan diri dan tahan sakit.

Tu je mampu.

"Tipu! Ingat aku tak nampak?" Terjongket bahu aku bila Akmal meninggikan suara. Aku nak tanya dia. Tapi dia dah potong cakap aku.

"Aiman.." Makin berkerut dahi aku? Aiman?

"Siapa yang bagi kebenaran kau bermesra macam tu dengan dia?"

"Bermesra? Awak cakap apa ni?" Kepala aku laju ingat balik bila aku jumpa Aiman.

Masa lunch tadi? JAP.

AKMAL KAT SITU?

DIA BUAT APAAAA!

Nafas aku terhenti bila aku nampak muka Akmal makin lama makin dekat. Aku perasan dia sengetkan kepala dia bila dia makin dekat. Mata aku tengok mata dia yang tertutup.

Weh!

Akmal berhenti dekatkan jarak muka aku dengan dia. Bibir dia betul-betul ada depan bibir aku. Aku dapat rasa nafas dia dekat bibir aku.

Ya Allah. Kaki aku rasa longlai. Aku dah sedia nak terima impak selanjutnya.

Tiba-tiba pegangan kat pergelangan tangan aku makin longgar. Jarak Akmal dengan aku dah makin jauh. Aku terus terduduk dengan muka cuak.

Apa tadi tu? Akmal. dia, dia...

"Kemas baju kau. Pagi esok kita gerak." Aku nampak kaki Akmal melangkah pergi. Badan aku masih menggigil nak dongak tengok dia.

Tanpa aku sedar, aku dengar pintu bilik Akmal tertutup.

TBC

HAI KORANGG!!!! yeay dah new yearrrr!!!🎊🎊 somoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

Apa yg jdi tahun lps tu, tinggalkam ok? Kita start baru. Hshshshs.

Wokeh. Nilh chapter yg aku kata nk update tu.🎈

Sorry kalau ad typoo.

Happy New Year again.🎆

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now