14|°Cari°|

6.5K 383 13
                                    

"Wana, kau ok tak? Risau gila aku semalam bila Akmal call cakap kau tak dapat datang kerja." Aiman berdiri depan meja aku.

Terkejut aku.

Tak ada salam, tak ada apa, tiba-tiba datang terjah meja aku. Aku pegang dada aku bila dapat rasa jantung aku laju. Aku dah tengah fokus buat kerja, pastu tetiba kena tegur macam ni.

"Ya Allah. Kau ni. Aku oklah. Dah jangan kacau aku buat kerja." Aku kecikkan mata tengok dia.

"Sorry. Aku just risau je. Akmal tak bagitahu pape pun yang kau sakit apa." Aiman sengih.

"Tak yahlah risau. Aku ok." Aku pegang pinggang aku yang berbalut dengan bandage yang berlapik baju. Even lebam tu masih jelas, tapi kurang jugaklah sakitnya.

"Yelah. Nanti nak makan sama-sama tak?" Aku geleng sambil senyum.

"Aku bawak bekal harini. Lain kalilah. Masatu aku try mintak izin Akmal."

"Kena ke?" Aiman angkat sebelah dia tengok aku.

"Kenalah.. Diakan suami aku. Dosa tak mintak izin dari dia dulu." Aiman silangkan tangan dia kat dada.

"Nama je suami isteri. Tapi betul ke macam suami isteri?" Macam dia tak tahu aku dengan Akmal kawin sebab apa. Dia ada masa abahnya bagitahu Akmal kena kawin dengan aku.

Aku tengok Aiman bila dengar dia bergumam.

"Apa, Aiman? Kau cakap dengan aku ke?" Dia tengok aku dengan senyuman janggal.

"Tak, tak. Kau sambunglah buat kerja." Lepastu laju kaki dia melangkah pergi dari tempat aku. Aku sengetkan kepala aku tengok dia yang dah jauh.

"Kenapa dia tu?" Aku jongketkan bahu aku.

Masa aku nak sambung kerja, mata aku terpandang nota yang terkeluar dari plastik ubat aku kat atas meja. Aku capai nota tu dan tersenyum.

Makan. Makan ubat lepastu.

4 perkataan je nota tu. Tapi mampu buat aku tersenyum sampai sekarang.  Akmal tinggalkan nota ni kat atas meja makan sebelah plastik ubat ni pagi tadi dengan sarapan yang dah siap kat atas meja.

Memang masa aku keluar nak pergi kerja tu dia memang dah tak ada. Gelabah sakan aku sebab aku nak pergi kerja naik apa. Kereta masih ada kat rumah parent aku.

Masa aku tengah berfikir nak pergi naik apa, tiba-tiba je masuk satu mesej kat telefon aku.

Kereta kau ada kat parking. Semalam aku amik. Kunci kat tempat biasa.

Mesej terus to the point, ya? Mata aku terus terpandang kunci kereta yang tersangkut kat dinding sebelah suis lampu.

Ya Allah. Nasib baik. Jari aku laju taip balas mesej Akmal.

Terima kasih.

Formal? Biarlah. Takkan aku nak cakap, terima kasih, abangku sayang pulakkan? Mahu aku kena halau nanti.

Aku gelengkan kepala aku sambil tersenyum bila teringat benda yang jadi pagi tadi. Well, macam yang aku cakap. Akmal sebenarnya tak adalah sejahat mana. Even dia macam tu, dia masih tolong aku.

Tapi, aku rasa macam perasan pulakkan bila aku cakap dia sebenarnya care kat aku.

Diakan benci aku?

××××××××
Ketukan kat pintu memberhentikan jari Akmal yang menaip di papan kekunci komputer. Matanya memandang pintu yang tertutup.

"Masuk." Dia teruskan menaip bila nampak Firdaus yang masuk dalam pejabatnya.

"Akmal, aku nak bagitahu sesuatu yang penting." Akmal perasan dari ekor matanya yang Firdaus duduk kat kerusi depan meja kerjanya dengan tangan yang disilangkan kat dada.

"Bagitahu apa?"

"Diorang dah jumpa dia." Jari Akmal yang menaip terhenti. Matanya membesar memandang Firdaus.

"Dia ada kat..."

××××××××
"Ish, mana Akmal ni. Dah pukul 2 pagi. Tak balik-balik jugak. Banyak sangat ke kerja kat office tu?" Aku duduk kat sofa dengan selimut yang menyelubungi badan aku.

Tv yang terbukak aku asyik tukar-tukar je siarannya. Cerita apa je best pagi-pagi macam ni.

Aku tunggu kat sini dari lepas isyak. Sampailah sekarang. Tak ada jugak kelibat Akmal.

Aku tak tahu kenapa aku sanggup tunggu dia balik. Mungkin sebab ni first time aku rasa macam mana tunggu laki balik. Yelah hari first kitorang sampai aku dah cedera.

Mana nak merasa. Sempat jugak tadi aku tengok keliling rumah. Pinggang aku rasa sakit sebab duduk lama sangat.

Aku tutup tv dan baringkan diri aku kat sofa. Mata aku mula rasa berat nak bukak. Kesan makan ubat kot. And mungkin sebab sekarang dah pukul 2 pagi.

Memanglah ngantuk.

Subuh tu aku terbangun bila alarm telefon aku berbunyi kat sebelah aku. Aku masih ada kat depan tv. Dengan lampu kat ruang tamu masih terbukak.

Aku bangun dan berjalan nak masuk bilik untuk solat Subuh. Pegang je tombol pintu, aku terpandang pintu bilik Akmal yang tertutup.

"Pukul berapa dia balik semalam?" Aku beranikan diri pergi depan pintu bilik dia. Aku ketuk pintu bilik dia sambil gigit bibir aku.

"Akmal.. Bangun, solat." Aku bukak pintu bilik dia. Aku jengahkan kepala aku dalam bilik Akmal yang gelap. Dengan berani aku bukak pintu seluasnya.

Cahaya dari luar membuatkan bilik Akmal nampak lagi jelas. Aku terkejut bila nampak katil dia memang kemas. Macam tak ada sesiapa yang tidur kat situ semalam.

"Takkanlah, Akmal..." Kaki aku laju pergi kat depan pintu. Sangkaan aku betul. Dia memang tak balik semalam. Kasut dia pun tak ada.

"Banyak sangat ke kerja dia?" Aku lepaskan keluhan panjang. Balik pun sampai tak sempat.

Aku mula bersiap-siap untuk solat Subuh dan pergi kerja. Fikir positif, Zawana. Dia banyak kerja je tu. Apa lagi dia buat sampai tak balikkan?

Sebanyak mana aku cakap dia cuma banyak kerja, hati aku sentiasa cakap yang Akmal cari dia.

"Tapi, Akmal sendiri yang cakap dia dah berhenti mencari... Kan?"

Malam tu aku tunggu dia lagi. Tapi hampa. Kelibat dia memang tak muncul-muncul. Takkan Akmal tinggalkan aku kan?

Teruk sangat ke aku?

Sampailah esok pagi bila aku tengah sarapan, password kat pintu rumah aku berbunyi.

"Akmal." Aku bergumam. Belum sempat aku bangun dari kerusi. Pintu depan terbukak. Mata aku bertembung dengan mata Akmal.

Tajam mata dia memandang aku. Dengan muka yang kusut, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku bangun dan berjalan ke arah dia.

"Akmal, awak pergi mana? Dua hari awak tak balik. Saya.." Aku dengar Akmal berdecit.

"Bukan urusan kau." Belum sempat aku sampai kat Akmal, kaki aku berhenti melangkah. Mata terkejut aku memandang mata tajam Akmal.

Aku gigit bibir aku. Bunyi pintu bilik Akmal tertutup dengan kuat mengejutkan aku.

Dan masa tu, aku sedar.

Aku bukannya penting, kan?

TBC

Heyyo. Apa khabar? Chpter 14 ia doneeee. Hshshshhs. Finally. Siap jugak.

Btw, chpter lps ni, aku akn update lambat sikit kot. Mungkin tahun dpn?😂

1/1/2021😂

Tahun depanlah tu kan? HAHAHAAH Sebab aku exam last laper 31/12 niii. Jangan risau. Tak lama pun tuu.

Adiossss.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now