8|°Penat°|

8.2K 432 8
                                    

Aku bangun. Bunyi alarm telefon buat aku terjaga. Kuat, sebab aku letak kat tepi bantal aku.

Aku tengok kat sofa dekat dinding sebelah aku. Sofa tu terletak berdepan dengan tingkap.

Aku tak nampak dia. Dia tidur situ semalam. Yelah, memang taklah kan dia nak kongsi katil dengan aku. Cukup baik dah tu tidur sebilik. Kalau tidur lain bilik, obvious sangat.

Aku tengok jam kat telefon. Baru pukul 5.30 pagi. Tapi dia dah tak ada? Seminggu dah dia macam ni.

Malam ada je tidur situ. Tapi bila bangun, dia dah tak ada. Aku dengan dia berbual dalam sehari pun boleh dihitung.

Kalau dia terus macam ni, mama dengan ayah akan tahu kalau kitorang kawin langsung tak ada apa-apa guna.

Even ayah dengan mama tahu yang Akmal kawin ni kena paksa, tapi diorang percaya yang Akmal dapat jaga aku dengan baik. Tapi hakikatnya, jauh gila dari apa yang diorang expect.

"Akmal.." Aku duduk dari baring. Sofa kosong aku tenung.

Dah banyak kali mama dengan ayah tanya Akmal mana? Aku pun tak tahu. Sebab nak jaga hati diorang, aku terpaksa cakap yang Akmal banyak kerja kat office.

Akmal suruh rahsiakan benda ni dari parents aku, tapi dia sendiri tak nak membantu. Acane?

Aku bangun dan mulakan hari aku macam biasa. Siap-siap. Pergi kerja. Alhamdulillah. Dapat jugak aku kerja.

Aku turun lepas siap. Macam biasa, mama, aya dengan Zalikha ada kat meja makan tengah sarapan. Aku ada tolong mama masak ok. Aky naik lepas siap tolong tadi.

"Wana, mana Akmal?" Ayah tanya lepas aku duduk kat kerusi berdepan dengan mama and Zalikha.

Aku tengok Zalikha. Dia just tengok aku dengan kening terangkat.

"Macam biasalah, ayah. Kerja. Banyak kerja katanya. Tu yang kena pergi awal." Aku tuang air teh dalam cawan.

"Pukul 4 pagi?" Aku punya terkejut sampai jag kaca yang aku pegang hampir je jatuh. Nasiblah tak.

"Ha..haah." Aku jawab dengan senyuman janggal. Tak pernah aku tahu yang Akmal keluar awal macam tu. Tak betah agaknya dia duduk sini.

"Yelah. Makanlah cepat. Hantar Zalikha ke sekolah sekali." Aku angguk.

××××××××
Aku tutup pintu lepas aku masuk je dalam bilik. Harini aku dapat balik awal. Entahlah. Sebab macam dah tak ada apa-apa kerja. Bos pun kasik. Punya aku gembira.

Tengok jam baru pukul 5. Masih awal lagi.

"Aku ingat nak kemas biliklah harini. Sepah betul." Aku pun siap-siaplah nak solat Asar dulu lepastu baru kemas bilik.

Masa aku tengah kemas-kemas, meja tempat Akmal biasa buat kerja aka meja belajar aku tarik perhatian aku. Lepas Akmal kuasai meja tu, aku tak berani nak sentuh apa-apa yang ada kat meja tu.

Bersepah sangatlah. Ish. Dengan bismillah aku kemas jugak meja dia. Angkat je laptop dia sebab aku nak lap meja, aku jumpa gambar.

Banyak.

Berkeping-keping bawah laptop dia. Aku capai satu gambar.

Perempuan yang ada dengan Akmal masa aku hampir kena langgar hari tu.

Lawa dia dalam ni. Pakai dress paras bawah lutut warna coklat pastel. Kebetulan pulak dalam gambar ni angin tengah bertiup arah dia. Masa tu jugak dia tersenyum tengok kamera.

Cantik.

Tak pelik kalau Akmal betul-betul sayang kat dia ni. Dalam gambar ni muka dia nampak soft sangat berbanding aku jumpa dia haritu.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now