33|°Break up°|

9K 369 29
                                    

"Cancel." Akmal memberitahu pemandu tersebut.

Awal-awal pemandu grab tu nak marah, tapi bila Akmal hulur je duit, senyap tak membantah lagi. Rezeki dia harini.

Sebenarnya Liana tak nak jumpa Akmal. Dia belum bersedia nak jumpa Akmal lepas kejadian bertumbuk semalam.

Macam mana kalau gerak hatinya betul? Macam mana kalau betul yang Akmal dah jatuh cinta dengan orang lain selain dia? No.... Liana belum sedia nak terima kenyataan.

Mata Liana dengan Akmal bertembung. Lama mereka menatap sesama sendiri. Lepastu, Akmal tarik Liana menuju keretanya yang berada di tempat yang berdekatan.

Mujur dia nampak Liana keluar tadi. Kalau tak, memang tak sempat nak kejar.

"Akmal, lepaslah." Liana meronta ingin melepaskan pegangan Akmal. Tapi sayang, pegangan Akmal lebih kuat. Dia membuka pintu di kerusi penumpang dan menolak Liana masuk secara paksa. Ni kalau ada orang nampak, mesti diorang ingat kes culik.

Tapi tak. Liana ni susah sangat nak ikut katanya.

Duduk je Liana kat kerusi, Akmal terus tarik seatbelt supaya Liana susah untuk bergerak. Pantas dia tutup pintu dan berlari masuk ke kerusi pemandu.

Enjin dihidupkan. Seatbelt di pakai. Tak lama lepastu, kereta Akmal bergerak pergi dari kawasan parking di hadapan apartment tersebut.

Suasana dalam kereta sunyi. Tak Akmal ataupun Liana nak bercakap. Bunyi lagu di radio yang agak perlahan je yang didengari.

"Kenapa you mengelak dari I?" Ayat pertama dari Akmal lepas kereta milik Akmal berada lama di atas jalan raya.

"Malam semalam you kemana? Merata I cari. Mesej tak balas, call tak angkat." Akmal bertanya lagi.

Liana masih mendiamkan diri. Biarlah Akmal bertanya apa yang mahu ditanya.

"You nak tinggalkan I lagi? Sebelum ni belum puas ya tinggalkan I?" Liana melepaskan nafas panjang.

"Kenapa you nak jumpa I lagi? Bukan you dah ada orang lain?" Pandangan Liana masih terhala ke luar tingkap. Akmal memandang Liana dan jalan silih-ganti.

"Orang lain? Apa maksud you ni?"

Sebenarnya, Liana tak nak pun amik tahu benda yang dah jelas depan mata. Makin dielak, makin rasa benda tu betul.

"You cintakan diakan?"

"Who?"

"Zawana." Terkedu Akmal. Lepastu Akmal ketawa perlahan. See? Tak dijawab pun. You are such denial, Akmal.

"You ni ada-ada jelah, Liana." Suasana jadi sunyi semula. Liana dah tak tahan.

"Turunkan I kat depan sana. I nak balik sendiri." Liana memecah kesunyian. Tapi langsung tak dijawab dengan Akmal.

"I said, turunkan I!" Liana penat. Dia dah tak dapat nak tahan emosi.

"No." Liana cuba membuka seatbelt. Tangannya dan mula nak buka pintu kereta.

"Jangan nak jadi budak-budak, Liana! I hantar you balik."

"No thank you. I boleh balik sendiri." Jawab Liana sinis.

"Tak boleh. Tanggungjawab I hantar you balik." Liana ketawa sinis?

"Tanggungjawab? So tanggungjawab you jugaklah dah hancurkan hati I?" Liana memandang Akmal dengan pandangan orang yang dah terluka.

"You cakap jangan pernah mengalah dengan keluarga you, I tak mengalah. Buktinya, I beranikan diri datang semalam." Liana menarik nafasnya.

"You cakap dengan I yang you takkan berpaling pada orang lain. Jadi, I setia."

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now