6|°Terima°|

7.3K 392 24
                                    

"Wana kau sure kau ok?" Haih Aiman ni. Pandu jelah kereta tu leklok. Tak payahlah risaukan aku. Aku cedera kat siku sikit jee. Nasib ada Akmal tadi.

Bila ingat balik, aku tersenyum sendiri. Haih.

"Wana. Aku hantar kau pergi hospital ea?" Aku geleng laju.

"Tak apalah, Aiman. Aku ok. Lebih baik kau tanya Akmal tu nanti." Aku tengok keluar tingkap. Scene yang sama berulang kat kepala aku.

Sanggup bhai bahayakan nyawa. Alasannya? Sebab Aiman lambat sangat? Ya Allah. Tak relevan langsung.

"Yelah. Aku hantar kau balik, ok?" Aku tengok Aiman, pastu aku senyum.

"Iya boleh. Kau baliklah. Sorry kita tak sempat pun nak makan tadi." Aku garu pipi yang tak gatal. Aiman ketawa.

"Tak apa."

××××××××
"Assalamualaikum, abah." Aiman salam tangan encik Daud sebelum dia duduk kat sofa yang kat dalam pejabat tu.

"Mana abang kamu? Abah dah kata kan datang pukul 4.30?" Aiman dah cuak. Dia dapat rasa yang Akmal baru dalam perjalanan nak ke sini lepas balik hospital tadi.

Agaknyalah. Aiman pun tak tahu mana si Liana tu bawak Akmal pergi. Hospitallah kot.

Lepas je encik Daud cakap, pintu pejabat terbukak. Dan masuklah Akmal dengan lengan yang berbalut.

Wuish. Patah tangan?

"Akmal? Kenapa lengan kamu tu?" Akmal tutup pintu.

"Tadi dia.." Laju Akmal tengok Aiman. Matanya tajam renung Aiman. Terdiam Aiman.

"Tadi Akmal terjatuh je, abah." Berkerut dahi encik Daud.

"Jatuh sampai patah macam tu?" Encik Daud geleng. Tahu dah anaknya perangai macam mana.

Akmal duduk kat kerusi sebelah Aiman.

"Jangan bagitahu abah. Kalau tak siap kau." Akmal berbisik. Aiman cuma pusingkan mata dia je. Apa entah salahnya pun kalau bagitahu selamatkan Zawana.

Hati batu betul. Tapi ada makwe. Tak pahamlah dia.

Encik Daud bangun dari kerusinya dan duduk di sofa berhadapan dengan Akmal dan Aiman.

"Kenapa abah nak jumpa kat sini? Kenapa tak kat rumah je?" Kalau berkenaan syarikat, sepatutnya Akmal ajelah. Aiman kerja bawah syarikat yang lain kan?

"Abah dah bincang dengan umi semalam. Lagipun kita nak jumpa orang kejap lagi ni. Nanti diorang datang." Orang? Siapa?

"Siapa?" Akmal tanya.

"Kita tunggu kejap. Nanti sampailah tu. Sementara tu, abah nak cakap pasal kerja." Dan encik Daud pun bukaklah segala fail yang dia bawak sebelum duduk tadi.

Aiman dengarkan jugak sebab tu syarikat abah dia. Tak salah pun rasanya. Kan?

××××××××
"Assalamualaikum." Pintu diketuk. Aiman, Akmal dan encik Daud tengok ke arah pintu. Mata Akmal dengan Aiman membesar bila nampak ayah dengan mama aku masuk.

"Waalaikumsalam. Kassim, Mariam. Duduklah." Encik Daud pelawa ayah dengan mama aku duduk kat sofa kosong sebelah Akmal.

Aiman dan Akmal salam tangan ayah dan duduk semula.

"Macam mana bang? Dah tanya Akmal? Aku dengan Mariam terima segala keputusan." Ayah senyum ke arah encik Daud. Encik Daud membalas senyuman sambil tengok ke arah Akmal yang sedang mengerutkan dahinya.

"Belum.. Nak tanyalah ni." Akmal tengok Aiman. Aiman hanya jongketkan bahu dia. Jangan tanya dia. Dia sendiri tak tahu apa-apa.

"Tanya Akmal apa abah?"

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now