19|°Kejutan°|

6.8K 374 43
                                    

Akmal menopang kepalanya di atas meja kerjanya. Walaupun suasana kat pejabatnya agak sunyi, langsung tak dapat hilangkan serabut kepalanya. Makin stress adalah.

Telefonnya dibuka. Mesej dia dengan isterinya dia buka. Tanpa dia sedar, senyuman mula terukir kat bibirnya.

Mesej aku sentiasa masuk dalam notification telefon Akmal. Kemana aku nak pergi, aku sentiasa bagitahu Akmal. Even Akmal balas pun jarang. Tu pun beberapa patah ajelah.

Akmal tunggu mesej aku masuk untuk harini. Tapi langsung tak ada apa-apa  mesej dari aku.

Akmal lupa agaknya dengan benda yang jadi antara kitorang. Telefonnya diletakkan semula di atas meja.

Bunyi ketukan buatkan Akmal memandang ke arah pintu.

"Masuk." Dahi Akmal berkerut menunggu orang yang mengetuk pintunya masuk. Mengacau ajelah. Firdaus masuk dengan sampul coklat besar kat tangannya.

"Akmal, kau ok tak? Haish, dah macam orang tak tidur berhari." Firdaus ketawa.

"Haih, kau nak apa....." Dalam suara Akmal. Firdaus ni, kalau boleh nak je dia suruh keluar. Tapi mesti ada benda nak diberitahukan?

"Nii.." Dia letakkan sampul coklat tu atas meja Akmal. Akmal mendongak tengok Firdaus. Serious muka Firdaus tengok Akmal. Senyuman pun tak ada.

"Betul keputusan yang kau nak buat? Tak menyesal?" Akmal duduk tegak dan mula bukak sampul tu.

"Macam yang kau cakap, aku tak boleh nak pegang dia lama-lama." Dia baca tajuk kertas yang ada dalam sampul tersebut. Terus dia keluarkan dan letakkan atas meja.

Pen dicapai. Akmal mahu letakkan tandatangan tapi tangannya terhenti sebelum mata pen terkena pada kertas.

"Kenapa? Dah start sayang bini?" Tajam mata Akmal memandang Firdaus.

"Parent kau dengan dia cakap apa nanti?" Akmal letakkan pen. Dia bersandar kat kerusinya.

"Aku belum fikir nak bagi alasan apa kat parent kitorang." Firdaus duduk kat kerusi depan meja Akmal. Dia mula memusing-musingkan kerusi tu.

"Dah lama aku teringin nak tanya kau." Firdaus hentikan pusingannya bila dah menghadap Akmal. Akmal tengok Firdaus dengan muka tanda tanya.

"Apa?"

"Kau sure nak lepaskan Zawana tanpa sentuh dia langsung?" Terbatuk Akmal. Dadanya dipegang. Tajam matanya tengok Firdaus.

"Amenda kau cakap ni." Firdaus jongketkan bahunya.

"So betullah? Tengok dari gaya korang, tak mungkin kan kau dah buat tu?" Firdaus menopang tengok Akmal dengan senyuman sinis.

"Bukan masalah kaukan? Yang sibuk kenapa?" Berkerut dahi Akmal. Tiba-tiba je masuk bab ni. Firdaus ketawa. Bukan selalu dapat sakat Akmal ni.

"Korang dah lama kawin. Tapi Zawana belum pun ada tanda-tanda mengandung."

"Sudahlah, woi! Baik kau keluar." Akmal menepuk mejanya kuat. Terhinjut bahu Firdaus.

Ok, dah mula rasa menyesal sakat bosnya.

"Halah kau ni. Aku just bertanya..." Dia angkat kedua tangannya ke dada tanda mengalah.

"Agak-agaklah soalan kau. Tak ada benda lain nak tanya?" Bertaut kening Akmal tengok lelaki di depannya. Banyak lagi benda lain nak tanya. Kesitu jugak ditanya.

"Yelah, sorry." Dia bangun dan berjalan menuju ke pintu. Sebelum dia buka pintu, Firdaus tengok Akmal.

"Fikir betul-betul, Mal. Jangan buat keputusan terburu-buru. Banyak masa nak fikirkan." Lepas je cakap, Firdaus terus keluar dari pejabat Akmal. Terdiam Akmal tengok pintu yang tertutup.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now