21|°Kenapa ni?°|

6.9K 374 18
                                    

Seminggu Kemudian...

"Akmal, nanti balik, ya? Jumaat malam ni. Umi ada buat kenduri. Sekali tu tidurlah sini. Rindu jugak kitorang kat kamu berdua." Akmal berfikir. Dia angguk. Hari Jumaat tu lusa. Bolehlah.

"Boleh, umi. Nanti Akmal bagitahu kat Wana."

"Ok. Baik-baik balik tu nanti. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Panggilan di matikan. Sampai je kat parking, Uminya telefon. Kalau dia tengah bawak kereta, tak angkat rasanya. Nasib baiklah lepas habis drive.

Akmal bersandar. Dia duduk kat dalam kereta beberapa minit sebelum keluar dan menuju ke rumahnya.

Password ditekan dan pintu dibuka. Matanya bertemu dengan rumah yang gelap.

"Dia tak balik lagi?" Lepas tutup pintu dan buka lampu, Akmal tengok telefon.

"Langsung tak bagitahu pape pun." Chat aku dengannya dibuka. Banyak kali refresh pun tak ada apa-apa chat baru. Paling last tengah hari tadi masa aku tanya dah lunch ke belum.

Lepas buka kasut, dia berjalan menuju ke dapur. Beg diletakkan di atas sofa. Air kosong atas meja dia ambil dan minum. Matanya terpandang jam kat dinding.

Nak tersembur air dalam mulut.

"Weh dah pukul 10.30 malam. Apsal dia tak balik lagi ni?" Cawan diletak atas meja. Akmal berjalan ke sofa dan duduk. Tangannya disilangkam kat dada.

"Weh.. Tak kelakar.. Dah lambat sangat ni..." Akmal berdecit. Telefon atas meja depannya dicapai. Nombor aku dia cari.

Masa nak tekan butang dail, jarinya terhenti.

"Dah kenapa aku risau sangat? Pandailah dia jaga diri." Akmal letak balik telefon kat tempat tadi dan bangun masuk ke bilik untuk mandi.

Lepas je habis mandi and pakai baju, Akmal keluar bilik dengan tuala kat kepala. Rambut yang basah dia lap. Kakinya melangkah ke depan bilik aku.

"Woi, Wana." Akmal tekupkan telinga kat pintu bilik aku.

Sunyi.

Perlahan-lahan, Akmal buka pintu bilik aku. Kepala dijengahkan ke dalam.

Gelap.

Pintu di tutup balik. Akmal berjalan ke sofa balik. Kalau aku dah balik, conferm Akmal boleh dengar password kat depan tu berbunyi dari dalam bilik air. Kuat kot.

"Dah pukul 11 suku tak balik lagi? Kau pergi mana, Zawana..." Akmal ketap gigi. Telefon dia capai balik.

Kalini tak ada dah ragu-ragu nak call. Nombor aku didail.

Peti suara.

Akmal cuba lagi.

Peti suara.

"Angkat lah woi." Dia cuba lagi. Peti suara juga yang masuk. Dia bangun dan mula mundar-mandir kat ruang tamu tu dengan telefon kat tangan.

"Matilah aku kalau jadi apa-apa kat dia..." Bibir digigit. Langkahnya makin laju mundar-mandir.

Langkahnya terhenti. Pandangannya laju tengok ke arah pintu rumah bila dengar bunyi password ditekan.

Akmal terkaku kat tempat dia berdiri menunggu orang didepan masuk.

Aku masuk lepas beri salam. Akmal dah balik kot. Sebab rumah dah terang. Aku masuk dengan pandangan aku kat kaki sebab nak buka kasut.

Terkejut aku bila aku dengar ada orang berlari ke arah aku. Mata aku membesar bila nampak Akmal berlari ke arah aku.

Tengok-tengok aku dah ada dalam pelukan Akmal. Tangan Akmal melingkar kat leher aku. Tersembam muka aku kat bahu dia.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now