43|°Pulih°|

8.5K 395 10
                                    

Sejak Akmal kenal Liana, hatinya yang dulu hancur kini makin lama makin pulih. Dia tak dapat sangka langsung akan jumpa orang yang dapat memulihkannya dari rasa duka kehilangan Nadia.

Yup, lebih kurang macam Akmal bahagia. Tapi Nadia dia takkan lupa. Biarlah perempuan yang merupakan penyebab dia kehilangan Nadia itu merana. Takkan dia maafkan. Ada lah beberapa kali si Zawana datang rumah.

Buat semak. Tak ada rumah agaknya. Datang rumah orang. Adik-adiknya semua lelaki pulak tu.

Sebelum Zawana pergi ke luar negara selepas habis sekolah, dia dapat tahu sendiri yang Zawana seperti suka dirinya. Akmal terus buang rasa tu jauh-jauh. Dia akan pegang kata-kata benci sampai bila-bila pada perempuan bernama Zawana.

"Luar negara?" Aiman angguk.

"Serious?" Aiman memandang abangnya atas bawah sambil keningnya sebelah terangkat.

"Haalah. Kau dah kenapa?"

"Baguslah. Tak delah aku tengok muka dia. Bebas hidup aku."

"Bang.." Aiman geleng-geleng.

"Alah yelah tu bebas. Entah-entah dia yang rindu. Cakap je lah. Tak de sapa marah." Arman yang kebetulan lalu diruang tamu terdengar kata-kata Akmal tadi. Laju Akmal tengok adik bongsunya.

"Rindu? Kau merepek apa, dik? Kau tahukan macam mana aku benci dia?" Arman melirik ke arah abang sulongnya sebelum berjalan pergi sambil menggeleng.

"Oh ya, bang. Wana pernah warded lepas kejadian tu jadikan. Doktor cakap dia.."

"Diam. Aku tak nak dengar pasal dia. Kau sebut nama dia depan aku, penumbuk ni takkan teragak-agak melayang kat kau. Orang lain yang kena, dia yang beria kena warded." Aiman mengatup mulutnya.

"Suka hati kaulah."

××××××××
Aku buka mata aku seluasnya. Memori yang aku langsung tak ingat mula memancar di bayangan aku. Kejadia beberapa tahun lepas mula memunculkan diri. Tapi kali ni aku dapat ingat perkara yang jadi sebelum benda mengerikan tu jadi depan mata aku.

Perasaan amarah aku mula mencanak. Pada dia, malah pada aku juga. Tapi aku paling benci dengan diri aku sendiri. Kalau aku tak simpan perasaan kat dia, mungkin semua tu takkan jadi. Mungkin aku takkan terasa dan lari. Mungkin aku takkan cemburu. Mungkin kawan baik aku masih ada lagi.

Kepala aku pegang. Sakit yang aku sendiri tak boleh tanggung membuatkan aku rasa nak menjerit. Aku mengerang kesakitan. Suara jeritan aku tak dapat kawal. Sakitnya macam ada seseorang yang pukul kepala aku pakai sesuatu yang keras berkali-kali.

Sakit sangat!

"Pegang dia." Aku dapat rasakan kedua tangan dan kaki aku dipegang oleh beberapa orang. Aku melihat sendiri cucukan jarum di lengan aku. Sebelum semuanya jadi gelap semula.

"Alhamdulillah..." Aku kedipkan mata aku beberapa kali untuk menyesuaikan pandangan aku dengan sekeliling.

"Mama.." Aku tengok mama yang berdiri di depan seorang doktor lelaki berkaca mata. Doktor tu mungkin dalam lingkungan umur awal 30? Not sure. Tapi dia memandang aku dan tersenyum sebelum berjalan keluar.

"Ok tak kepala? Ada rasa sakit lagi?" Aku senyum pahit.

"Sakit tu taklah sangat berbanding tadi." Mama genggam tangan aku. Lekat mata dia tengok aku.

"Wana.. Ada.. Ingat sesuatu ke?" Ragu-ragu mama bertanya. Perlahan-lahan aku angguk.

"Ada. Wana ingat semuanya." Nafas panjang aku lepaskan. Mata aku pejam rapat bila dapat rasakan denyutan kepala aku datang balik.

Be Mine •°Complete√°•Where stories live. Discover now