BAB 25 🌸

2.8K 133 9
                                    

"Muz, bangun. Saya dah siapkan sarapan untuk awak," ujarku setelah kekura tangan mengetuk pintu papan itu. Sudah hampir menginjak jam sembilan, namun kelibat Muz masih belum keluar dari bilik. 

Tiada sahutan dari dalam. Pintu bilik Muz diketuk buat ke sekian kalinya. Pelbagai andaian mulai memenuhi kotak fikiran. Apa dia buat dekat dalam tu? Kenapa tak keluar-keluar? Sakit ke dia?

Baru saja tanganku berkira-kira hendak mengetuk pintu sekali lagi, pintu bilik Muz terbuka.

"Kau dah kenapa ni?"

Batang tubuh lelaki itu muncul di ruang mata. Riak tak puas hatinya jelas terpamer. Aku sekadar melemparkan senyum kelat, menutup gugup. 

Pandanganku lantas tertumpu pada pakaian Muz pagi ini. Baju T-shirt Polo putih dipadankan bersama black denim jeans tersarung kemas di tubuh tegapnya. Aik, dalam rumah pun nak pakai smart-smart ke? Soalan itu bergema di ruang hati. Tak berani pula nak tanya.

"Err... saya dah buat sarapan. Jom makan," ajakku supaya Muz turut serta. Manalah tahu, cara ini dapat lembutkan hati dia selepas bertengkar semalam. Aku sedar yang macam mana sekalipun rumah tangga ini harus dipertahankan. 

Wajahku ditatap tanpa sebarang perasaan sebelum langkahnya menonong berjalan ke dapur. Lambat-lambat aku mengekori Muz dari arah belakang. Tudung saji dibuka, bersedia untuk melakukan tugas menghidang buat suami. 

Pinggan kaca yang berisi bihun goreng dihulur kepada Muz. Dia tak terus menyambut, malah hanya merenung kosong. Keningku terjongket hairan. 

"Kenapa? Awak tak suka bihun?" soalku. Tapi macam mustahil saja, sebab sepanjang dekat rumah ibu aku tengok dia bedal saja makan semua benda. 

"Kau yang masak, kan?" Soalan berbalas soalan. Aku mengangguk mengiakan.

"Aku tak nak makan. Mulut tong sampah yang akan makan." Serentak dengan itu, pinggan di tanganku dirampas kasar lalu isinya terus dihumban ke dalam tong sampah. Langsung tidak tinggal sisa. Kosong.

Renungan tajamku tepat mengena wajah Muz. 

"Awak... buat apa ni?"

Bergetar suaraku mengucap kata. Nada cuba dikawal sebaik mungkin walaupun amarah semakin meruap-ruap. Cuba untuk bertahan dan bersabar pada suatu masa.

Muz mengukir senyum sinis di tepi bibir. Kedua belah tapak tangannya ditepuk suka. Puas agaknya melihat reaksiku yang sedaya upaya menahan marah. 

"Aku buat apa? Tak buat apa pun. Aku cuma laksanakan janji untuk menyeksa kau, takkan itu pun salah?" bisik Muz perlahan. Sambil itu, jemarinya bergerak menyelitkan helaian rambutku di tepi telinga. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. 

Bicara itu berjaya menjadi saksi luluhnya hati seorang isteri. Sakit di hati ketika ini hanya Tuhan yang tahu. Tiada hati perutkah lelaki itu? Titik peluhku menyediakan sarapan pagi langsung tak dihargai. Orang lain susah payah hendak mencari sesuap makanan, dia pula membuangnya tanpa rasa bersalah walau sekuman. 

Tanpa dipinta, setitis air mata jatuh berguguran menyembah bumi. Menzahirkan rasa hatiku saat ini yang begitu terluka mendengar kata-katanya. Secebis kekuatan dikutip semula, tidak ingin kelihatan lemah lagi. Anak mataku merenung lelaki itu jauh sehingga ke dasarnya.  

"Oh kalau macam tu apa jadi dengan janji awak untuk bahagiakan saya dulu? Dah laksanakan?" Sinis soalan itu dilontarkan kepada empunya badan. Sebak di dada begitu menggila saat teringatkan janji Muz yang hanya tinggal janji suatu masa dulu. 

Air muka Muz perlahan-lahan berubah. Ternyata dia turut terkedu mendengarkannya. 

"Janji untuk bahagiakan saya, cintakan saya sepenuh hati... gantikan tempat Diff..." Nafas semakin sesak. Semakin sukar untukku meneruskan kata. Ditambah pula dengan pandangan yang kian kabur menjadikan aku lemas dalam tangisan.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now