BAB 7 🌸

4.1K 349 182
                                    

"Ya Allah... kenapa ayahanda tak bagitahu awal-awal? Muz memang nak kahwin dengan dia!"

Rahang aku hampir terjatuh. What? Apa yang mamat ini merepek? Nak kahwin dengan aku? Agak-agak pernah makan pelempang tak dia ini? Kenapa tiba-tiba sangat? Sengal ke apa?

Tanpa sempat mulut aku membidas, lelaki biul bernama Muz itu dah berdiri rapat di sebelah aku. Kemudian, lenganku cuba untuk dipaut. Tindakan spontan, tangan ini terus menolak Muz dengan sepenuh kudrat. Hampir tersungkur jugalah lelaki itu disebabkan penanganku. Dia fikir aku ini perempuan murahan ke, suka hati dia nak pegang sana sini?

Muz cuba menstabilkan diri. Pada masa yang sama bibirnya masih cuba menegakkan benang yang basah dan terus mencipta penipuan palsu.

"Betul... perempuan ni sendiri cakap dia nak kahwin dengan Muz."

"Weh, apa kau merepek? Jangan mereka cerita eh! Sejak bila pula aku nak kahwin dengan..." Tak sempat aku nak bercakap, lengan aku yang berlapik baju kurung ditarik kuat menuju ke luar rumah. Jauh daripada pandangan ibu bapanya.

"Eh, lepaslah! Kau fikir mentang-mentang kau kaya, sesuka hati boleh sentuh anak dara orang ke?" Aku pantas merentap lenganku daripada pegangannya yang mulai longgar.

Serius, aku rasa mamat ini memang bermasalah. Selamba badak dia saja tarik tangan aku. Memang sejenis tak makan saman ke?

"I'm so sorry okay!" ujar lelaki itu. Kedua belah tangannya diangkat tanda berserah.

Huh, minta maaf pun macam tak ikhlas. Aku menjeling Muz dengan geram sambil berpeluk tubuh.

"Greetings. Aku Muz, kau?"

"Huh?"

"Nama aku Muz. Nama kau?" ulangnya sekali lagi.

"Huh?" Apakan daya, otak aku terlampau beku bagaikan di Antartika saat ini untuk menghadam pertanyaan ringkas Muz.

"Nama kau siapa hah!" Dia sergah aku. Terkejut aku dibuatnya. Dada diurut perlahan. Ish, dia ini pun janganlah emo sangat. PMS ke apa?

"Err... Delaila. Kenapa?" Aku dah tertelan air liur sendiri bergelen-gelen. Ah sudah! Dia nak saman aku ke? Riak muka aku bertukar cuak. Kesal dengan perilaku sendiri yang agak keterlaluan kepadanya. Itulah, sesuka hati lagi buat orang kaya tersungkur!

"Okay good. Del, dengar sini betul-betul."

Wait... Del dia panggil aku? Dia fikir aku laptop ke? Nama aku Delaila! Ingin sahaja aku membentak. Namun, semua itu hanyalah terlafaz dalam hati. Tak mampu pula diungkapkan di hadapan lelaki galah ini. 

"Situasi dia sekarang ayahanda dan bonda tengah sibuk desak aku kahwin. Masalahnya aku tak ada calon! Tiba-tiba kau datang dan ayahanda pun bagi green light, why not kita teruskan benda ni? Aku nak kau jadi isteri aku, please?" Lancar mulut Muz meminta. Macam minta duit raya pula.

Otak aku menjadi beku. Ada calon ke, tak ada calon ke, semua itu masalah dia. Apa pasal aku pula yang terheret sekali dalam konflik keluarga ni? Haru betul!

"Tak nak! Never! Kau gila ke? Aku tak kenal kau pun." Berkeras aku menolak. Come on, tak pernah lagi terfikir dalam otak aku nak berkahwin dengan lelaki yang aku tak kenal.

"Aku pun tak kenal kau juga." Selamba dia berkata sebegitu. Seolah-olah permintaan dia tadi hanya melibatkan perkara kecil.

"Kita kenal selepas kahwinlah. Apa masalah?" Muz masih lagi dengan riak bersahaja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi putih yang tersusun di luar rumah sambil memerhatikanku.

Aku menggelengkan kepala. Bibir pula menghembus nafas kasar. Ya Tuhan... cukuplah aku seorang sahaja yang pernah buat benda gila ini pada Diff dulu. Tak sangka benda ini jadi pada aku pula. Agaknya, inilah yang Diff rasa.

Kalau Diff boleh consider lagi sebab aku memang sukakan dia! Lelaki depan ini pula, lain! Dahlah aku tak kenal tiba-tiba ajak kahwin. Tak ke pelik bin ajaib itu?

"Berapa aku dapat kalau aku kahwin dengan kau?" Sarkastik nada aku bertanya sambil berpeluk tubuh. Lantaklah kalau dia fikir aku pisau cukur sekalipun. Biarkan!

"Tiga," jawab Muz.

"Tiga ribu ke tiga juta?" Aku memulangkan buah soalan.

"Tiga orang anak." Muz memandang tepat wajahku bersama riak yang boleh aku kira agak... pervert. Euw! Tak guna!

Aku rasa nak menangis. Ya Allah... mengapa Engkau temukan aku dengan seorang lelaki sengal tahap cipan ini? Aku tak sanggup dah. Tolong ambil nyawa dia sekarang boleh tak?

Kedua belah tangan dibawa untuk meraup muka dengan kasar. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Muz. Melihat dari ekor mata sahaja, aku tahu Muz sedang menahan tawa! Jahat betul! Aku cekik sampai mati biar jadi hantu penanggal baru tahu!

"Okay, straight to the point. Be transparent. Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Tiada girlfriend? Ex? Kaukan orang kaya." Mulut bertanyakan soalan tanpa bertapis lagi. Serius, aku kena tahu. Lelaki ini nampak terdesak sangat.

Muz menghela nafas berat. Macam susah sangat sahaja soalan aku tadi. Riak mukanya juga kelihatan serba-salah untuk menjawab. Dia kini bangkit dari duduknya dan berdiri menghadapku.

"Girlfriend tak ada, ex-girlfriend ada la. Tapi cuba kau fikir logik eh. Nama pun ex, kau rasa dia nak ke ada kaitan lagi dengan aku?" soal Muz, cuba mendugaku. Aku terdiam. Betul juga.

  "Habis tu, stranger depan kau ni tak fikir pula? Main rembat macam tu je?" bidasku semula. Dia kena sedar yang aku merupakan mangsa keadaan! 

Di saat-saat genting seperti di Genting Highland inilah, mataku menangkap kelibat Tuan Muhammad dan Puan Khairina tidak jauh dari kami. Dapat kulihat senyuman terlakar di wajah si ayah, tetapi reaksi sebaliknya yang ditonjolkan oleh si ibu. Puan Sri memberikanku renungan tajam. 

Tidak ingin terlalu berfikir tentang mereka, aku kembali menumpukan pandangan terhadap Muz.

"Astaghfirullahaladzim!" Spontan lafaz itu meniti di bibir. Sungguh, aku kaget melihat Muz sekarang. Dia sedang duduk berlutut sambil tangannya memegang sebuah kotak cincin. Bibirnya pula bergerak seolah-olah ingin menuturkan sesuatu.

"Delaila, kahwin dengan saya dan jadi ibu untuk tiga orang anak kita nanti?"

Shoot, damn it, man!

Shoot, damn it, man!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now