BAB 36 🌸

4.5K 226 40
                                    

" Ya Allah Ya Tuhan kami, terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga ke atas kami. Dengan izin-Mu, akhirnya aku dan isteriku dapat meleraikan masalah yang membelenggu diri kami. Kami mohon Ya Allah, jadikanlah apa yang berlaku dulu sebagai pengajaran. Semoga rumah tangga kami aman bahagia dan terhindar daripada dendam, dengki dan busuk hati manusia. Bantulah dan bimbinglah aku dan isteriku untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai suami isteri yang baik. Mekar dan suburkanlah rasa cinta di antara kami. Kuatkanlah kasih sayang kami. Semoga dengannya Engkau reda. Amin, Ya Rabbal Alamin."

Setelah mengaminkan doa, Muz berpusing menghadapku. Dia menghulur tangan untuk bersalaman dan pantas aku menyambutnya. Tidak lama kemudian, aku mengangkat kepala tatkala merasa kepala yang berlapik telekung diusap lembut.

Muz tersenyum. Dari sinarnya saja sudah cukup untuk memberitahu betapa bahagianya dia sekarang. Automatik bibirku turut mengukir senyuman buat dia, lelaki bergelar suami. Inilah masa yang ditunggu dan dinanti. Tiada lagi rahsia, tiada lagi dendam. Yang ada cuma cinta yang semakin memekar dari hari ke hari.

"Eh, kenapa senyum macam itu? Abang senyum dia pun nak ikut senyum juga. Sibuk je!" Pucuk hidung terasa dicuit dengan jari kasar milik Muz. Aku mencebik bibir. Dia inikan, potong line je aku nak merasa syahdu tadi.

"Hek eleh, orang nak senyum pun tak bagi. Kedekut tahi hidung masin!" ejekku. Lidah dijelirkan ke arah Muz. Lelaki itu berdecit perlahan.

Tahu-tahu saja, tali telekungku kini terurai daripada ikatan. Tertutup kedua belah mataku akibat telekung yang sudah melorot ke hadapan. Sah, tak lain tak bukan mesti Muz yang buka ikatan tali telekung itu. Cis, berani main kasar nampak! Aku pandang Muz macam nak telan. Lagi-lagi apabila dia masih dengan riak tak bersalahnya. Nak kena ni!

Sideburns Muz aku tarik kuat. Habis terjerit dia dibuatnya. Apabila gaduh macam ini, teringat pula waktu zaman sekolah dulu. Cikgu-cikgu selalu tarik sideburns budak lelaki kalau tak siap kerja rumah. Tapi sayang, ingatkan selepas kena denda begitu dah insaf rupanya sama saja tak berubah. Akhirnya, buku latihan aku juga yang jadi mangsa. Mangsa untuk ditiru! Sabar sajalah.

"Auuu! Sakitlah sayang! Sampai hati betul buat kita macam ini." Tapak tangannya mengusap bahagian tepi muka yang pedih. Muka tak payah cakaplah, cemberut habis! Siap berkerut dahi lagi, kononnya sakit sangat.

"Alololo... sakit ya? Kesiannya dia. Sini cepat, biar Lela gosokkan tempat yang sakit itu." Aku mengarahkan Muz untuk mendekat. Perlahan-lahan, Muz mengesot menghampiriku. Kini, lelaki itu betul-betul berada di depan mata. Aku mengulum senyum.

"Abang, dekatlah lagi. Jauh-jauh buat apa? Bukannya tangan Lela sampai pun nak tolong gosokkan. Sini cepat," arahku lagi. Tanpa membantah, encik suami hanya menurut. Wajahnya merapat sehingga jarak beberapa inci saja dariku. Kelopak mata Muz terpejam bersama dahi berkerut. Ceh, macamlah sakit sangat! Mengada sungguh ini!

Pantas pipi Muz aku tolak disertai dengan tawa yang meletus kuat. Terpaling wajah lelaki itu ke sisi. Hampir-hampir saja bibirnya hendak mencium sejadah yang masih terbentang. Aku tergelak lagi. Yes, payback time!  Mata Muz tajam merenung ke arahku tanda tak puas hati. Marah ke cik abang?

"Okey dah tak sakit, kan? Lela pergi dapur dulu nak buat sarapan. Bye, bye!" Aku bingkas bangun daripada duduk. Nak cepat-cepat larikan diri. Muz ini bukan boleh percaya sangat. Bila-bila saja dia boleh kenakan aku balik. Haha.

Baru saja kaki mengorak langkah, tingkahku terhenti. Nak bergerak macam mana kalau bahagian bawah kain telekungku dipijak seseorang. Siapa lagi kalau bukan Muz? Argh, tak guna! Aku ketap bibir menahan geram. Dia inikan!

Langkah bergerak mendapatkan Muz. Entah mana silapnya, aku terpijak kain sendiri menyebabkan badan serta-merta hilang keseimbangan. Spontan mata terpejam rapat. Habislah, confirm retak tulang punggung aku apabila cecah lantai nanti.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now