BAB 10 🌸

4.1K 306 34
                                    

Malam sudah menjelma. Waktu-waktu macam ini, kami satu keluarga sedang melepak sambil menonton televisyen. Mata aku masih khusyuk memahami drama Samarinda di TV3 sebelum suara ayah menjengah.

"Lambat balik tadi. Biasa pukul 4.30 petang dah ada dekat rumah. Pergi mana?" Itu dia... soalan maut daripada ayah!  Ragu-ragu aku hendak menjawab. Nak cakap jujur ke tipu sunat ya?

"Orang singgah rumah kawan, ayah." Akhirnya, aku memilih untuk memberi jawapan selamat. Riak muka ayah menunjukkan dia masih belum berpuas hati dengan jawapan aku.

"Oh, kawan. Boy friend or girl friend ?" Eh, eh banyak tanya pula ayah. Punggung aku dah rasa panas tak boleh nak duduk diam. 

"Err... aaa... hmm..." Tergagap-gagap aku cuba mencari jawapan balas. Masalahnya, aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Kalau aku cakap lelaki nanti lagilah banyak soalan ayah! Lagipun, dah begitu lama aku tak mengungkit tentang mana-mana lelaki di rumah ini.

Ayah berdehem seketika. Matanya masih tertancap pada drama yang tersiar di kaca televisyen.

"Kalau dah begitu gayanya, ayah faham. Kawan lelakilah itu," tebak ayah. Uwaa! Ini yang rasa nak menangis berguling-guling. Pandainya ayah teka, betul pula itu!

Mulut aku senyap sama sekali tidak menyangkal atau membenarkan. Biarkan ayah dan yang lain tergantung dengan andaian masing-masing. Mereka tak perlu tahu.

"Ahmad dan Akhyar mana, Kak Tim?" Cepat saja aku mengubah topik. Bukannya apa, malam ini seperti sunyi semacam. Kebiasaannya, riuh seisi rumah jadinya dengan keletah dua hero itu. 

"Budak berdua itu tidur awal pula malam ini. Penat sangat main dekat taman depan itu agaknya," balas Kak Tim. Kecewanya, baru ingat nak ajak dua beradik itu tidur di bilik aku. Yalah, esokkan hari minggu. Apa boleh buat, inilah nasib orang single tidur tak berteman. Sedih! 

Ketika aku ralit melayan perasaan, suara ibu mencuri perhatianku.

"Bang, dah jemput belum kariah masjid tempat kita? Saya takut abang lupa." Ibu yang sedari tadi bertindak sebagai pemerhati, mula membuka mulut. Kening aku dah ternaik. Ada apa-apa ke?

"Ayah dan ibu plan apa? Orang tak tahu pun?" sampukku bersama sebuah pertanyaan.

"Kak Je, ibu dah bagitahu hal ini semalam kan? Dia lupalah itu. Entah apa la yang diingatnya." Ibu menggeleng kesal. Aku sekadar mempamerkan sengihan. Ibu ada bagitahu ke? Tak ingat pula.

"Kami nak buat kenduri untuk arwah Diff. Dah genap dua tahun dia tinggalkan kita semua. Sambil-sambil itu, boleh tolong keluarga Diff sekali," terang ayah.

Aku terdiam seketika. Penjelasan ayah membuatkan aku tersedar. Ya, genap dua tahun pemergian Diff. Semoga kau tenang di sana. Aku di sini sentiasa mendoakan kau.

"Ayah nak buat bila? Sabtu malam Ahad ke?" Aku bertanya lagi untuk menutup kesedihan yang tiba-tiba saja bertandang dalam hati.

"Rancangannya begitulah," ujar ayah lagi.

Melihatkan aku yang sedari tadi menunduk, Kak Tim di sebelah mengusap bahuku perlahan. Aku tahu, dia cuba untuk memberikan semangat. Bibir aku mengukir senyuman nipis. Sebagai tanda menunjukkan aku okey.

"Ayah, ibu dan Kak Tim, orang masuk tidur dulu. Assalamualaikum." Langkah aku bergerak ke bilik tidur.

Tak lama, aku tewas juga. Air mata yang puas ditahan tadi perlahan-lahan menuruni pipi. Bayangan kenangan bersama Diff terlayar di fikiran. Senyuman dia, gelak tawa dia, gurauan dia, kata-katanya, perlakuannya dan kasih sayangnya. Jujur, aku masih berharap agar aku dapat merasai lagi semua itu. Sayangnya, segalanya hanya tinggal harapan yang tidak mungkin dicapai malah mustahil! 

"Diff aku rindu kau..." rintihku perlahan. Cukup untuk didengari oleh telinga sendiri. 

Lama aku duduk berteleku di atas katil sehinggalah sepasang telinga milikku menangkap butir bicara antara ibu dan ayah dari celah pintu bilik yang sedikit terbuka.

"Abang tak tahu apa nak jadi pada Kak Je itu. Dia... masih tak boleh terima hakikat lagi," keluh ayah. Daripada nadanya, jelas menunjukkan kerisauan terhadap anaknya yang seorang ini.

"Beri dia masa, bang. Tak semua orang rasa apa yang dia rasa. Kita ini bolehlah cakap macam-macam sebab kita tak berada di tempat dia. Kak Je yang penat tanggung semua derita ini, bang!" Ibu menjelaskan bagi pihakku. 

"Abang tak sanggup tengok dia menangis dalam diam, Mas. Pedih hati seorang ayah tengok anak kesayangannya menderita. Di depan kita Kak Je tunjuk dia kuat kononnya dia boleh menerima kehilangan Diff. Hakikatnya tak! Abang tahu, setiap malam dia menangis teringatkan arwah. Abang rindukan anak kita yang dulu. Kak Je yang manja, periang dan pandai mencuit hati," luah ayah lagi. Dari celah pintu, aku dapat mengesan riak resah di wajah tua itu. 

Bawah bibir aku ketap perlahan. Bicara ibu dan ayah terngiang-ngiang di telinga. Rapuh berkecai hatiku saat ini. Mutiara jernih semakin galak mengalir seiring dengan esakan tanpa suara dari bibir. Dadaku senak.

Aku sangka dengan berlakon kuat di depan keluarga dapat meyakinkan mereka bahawa aku sudah cukup kuat menghadapi semua ini. Rupa-rupanya, jauh panggang dari api. Tindakanku hanya menunjukkan sisi kelemahanku sendiri sekaligus membuatkan keluargaku bertambah risau. Setitis mutiara jernih serta-merta mengalir di pipi.

Astaghfirullahalazim... aku meraup muka dengan tapak tangan seraya menarik nafas sedalam-dalamnya. Berusaha untuk menenangkan diri agar tidak lagi lemas dengan mainan emosi. Ya Allah, apa aku dah buat?

 Akhirnya aku memilih untuk membersihkan diri dengan air wuduk sebelum menunaikan solat sunat dua rakaat. Ketika jiwa dirundung kesedihan, memang syaitan yang akan merajai perasaan. Usai memberi salam, zikir dan witir selepas solat tak henti-henti dilafazkan.

"Dengan nama-Mu Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, aku di sini menghadap-Mu dengan penuh rasa hamba. Aku pohon agar Engkau kurniakanlah secebis kekuatan untukku meneruskan hidup tanpa kehadiran Khairul Hadiff. Bantulah aku untuk reda akan pemergiannya di sisi-Mu. Jauhkanlah aku daripada terus meratapi dan menangisi kehilangan makhluk-Mu. Hilangkanlah kesedihan yang bertapa di hatiku dan Engkau gantikanlah dengan sesuatu yang jauh lebih baik menurut-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin."

La tahzan, Farah Delaila.

Permintaan terakhir arwah Diff muncul di ruangan minda. Bagaikan tersedar dari lena, aku kini mulai disinari cahaya. Perit, tetapi kehadiran cahaya itu ibarat petunjuk untukku meneruskan jalan.

Tangan aku genggam sekuat hati. Nafas kuhela sedalam mungkin. Kembali mengumpul kekuatan yang selama ini hilang dibawa angin. Aku kena berubah! Aku kena kuat! Malam itu menjadi saksi pada diri aku untuk bangkit kembali daripada kenangan lalu.

Kenangan hanyalah pengalaman yang mengajarkanku erti hidup yang sebenar. Bukan untuk ditangisi, apatah lagi untuk diratapi. Hakikatnya, kenangan itu sesuatu yang indah andai mata hati itu terbuka pada hikmah.

 Hakikatnya, kenangan itu sesuatu yang  indah andai mata hati itu terbuka pada hikmah

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.


TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ