BAB 19 🌸

3.5K 249 29
                                    

Dalam diam, aku sibuk menghitung hari. Sedar tak sedar, tak lama dah sebelum aku berkahwin dengan Muz. Bibir mengeluh perlahan. Hubungan aku dan dia? Hmm... masih di takuk lama. Gaduh-gaduh, kutuk-mengutuk dan saling menyampah itu biasa.

Entahlah, aku tak tahu. Tiba-tiba hati ini mulai mempersoalkan pilihanku untuk menikahi Muz. Saat lintasan tersebut hadir menyinggah, aku lantas beristighfar. Teringat pesanan ibu yang mengatakan bisikan-bisikan tersebut kerap bertandang untuk menyulitkan urusan pasangan dalam membina hubungan suci. 

Senarai semak urusan perkahwinan kutatap satu persatu. Test HIV dah, kursus kahwin dah, door gift dah, jadi fitting baju dengan kad kahwin saja belum selesai. Yang lain itu, awal-awal lagi dah settle. Ketika tengok checklist ini, baru teringat. Ibu dan bonda suruh kami pergi fitting baju pukul tiga nanti. Kalau ikut jadual aku, waktu itu dah tiada kelas. Mungkin boleh minta punch card awal sedikit.

Aku tiba terlebih dahulu di butik Hanny's Couture. Muz tak sampai lagi, jadi aku malas nak tunggu. Pemilik butik, Hanny terlebih dahulu menjemput aku masuk. Aku tengok sekeliling, banyak tergantung gaun-gaun cantik. Berpinar mata aku. Hanny hanya tersenyum melihat reaksiku.

"Cik Laila datang nak fitting baju hari itu eh? Sekejap ya, saya ambil di belakang." Hanny meminta izin. Aku sekadar mengangguk.

Lebih kurang lima minit kemudian, kelibat Muz terlihat di pintu butik. Pantas aku menggamit dia menghampiri ruang tempat aku sedang duduk. Muz mendekat sambil melemparkan senyuman. Aku hanya membalas ala kadar. Penat sebenarnya untuk benda ini.

"Dah lama ke tunggu? Sorry... tak sangka pula jalan jammed tadi." Kunci keretanya diletakkan di atas meja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi setentang dengan aku.

Jari aku tunjuk isyarat okey saja. Malas pula nak bercakap.

"Demam ke? Tak sihat?" Muz tanya lagi. Dahi dia berkerut risau.

Kepala menggeleng lemah. Bukanlah! Orang tak ada mood, tahu? Getusku dalam hati. Saat ini juga, Hanny datang menghampiri. Di tangannya ada dua helai persalinan. Kedua-duanya diserahkan kepada aku.

"Yang ini dua-dua untuk baju nikah. So, bolehlah try dulu. Bilik lelaki di hujung sana, bilik perempuan pula setentang dengan bilik lelaki," jelas Hanny.

"Apa-apa kalau ada rasa nak tukar, nak adjust ke... boleh bagitahu. Nanti pihak kami akan cuba betulkan," sambung Hanny lagi. Seperti biasa, aku hanya mengangguk. Satu baju persalinan yang aku pegang diberikan kepada Muz.

Masuk saja ke dalam bilik persalinan, terbeliak mata aku dibuatnya. Eh, eh... ini bukan baju aku! Ini baju Muz la! Adoi, macam mana boleh tersilap pula ini? Otak aku sibuk berfikir. Terus aku keluar dari balik. Pintu bilik persalinan lelaki itu aku ketuk perlahan.

"Muz, awak ada dekat dalam ke tu?" Telinga aku rapatkan ke pintu.

"Haah, kenapa?" balas Muz dari dalam. Rasa pelik pula. Takkan dia tak perasan?

Aku menggaru dahi seketika. "Err... saya rasa kita tertukar baju la. Baju awak ada pada saya ini."

Tidak lama selepas itu, pintu dibuka dari dalam. Berombak dada aku. Boleh pula dia selamba pakai singlet saja? Laju aku berpusing menghadap tempat lain. Pipi pun dah merah semacam.

"Nah ini baju awak. Sorry... terambil pula." Baju dia aku hulur sambil tangan lagi satu digunakan untuk menutup mata. Tak nak tengok!

Lama juga aku tunggu. Eh, Muz ini tak nak baju dia ke? Lenguh tangan aku menampung baju dia lama-lama. Buka saja kelopak mata, sedang elok muka Muz terpampang rapat. Wargh...! Terkejut beruk aku jadinya. Baju di tangan tadi terus aku campak mengena wajahnya.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now