BAB 9 🌸

3.9K 319 53
                                    

Kringgg! 

Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah berakhir. Langkah kaki aku pantas menuju ke kereta dengan fail bertimbun di tangan. Hampir-hampir saja aku terlanggar tiang di susur jalan. Walaupun susah payah aku mengelak, berterabur juga fail-fail itu menyembah bumi.

Argh! Sebal aku macam ini. Maka, terpaksalah aku bersimpuh mengutip kembali fail yang terjatuh tadi. Ketika aku membebel seorang diri, muncul Cikgu Faizi di sisi. Rasa tak selesa pula apabila dia datang untuk turut membantu.

Laju aku bangun daripada simpuh. Drama apalah petang-petang ini. Mata aku memandang kawasan sekitar. Malu juga kalau ada yang memasang mata menonton drama free.

"Jangan risau cikgu. Tiada siapa pun yang nampak." Cikgu Faizi seperti dapat membaca fikiran aku. Dia tersenyum.

Aku hanya mengangguk. Gugup.

"Biar saya tolong cikgu bawakan fail ni ya?" Guru muda itu menawarkan bantuan. Baru tersedar sebahagian fail aku masih berada di tangan dia.  Aku hanya membiarkan. Orang dah offer, terima sahajalah!

Sebaik meletakkan fail-fail itu di ruang penumpang belakang, tangan bergerak menutup pintu kereta. Cikgu Faizi yang setia di sisi dipandang.

"Terima kasih banyak-banyak cikgu sebab tolong saya tadi," ucapku ikhlas.

"You're most welcome, cikgu. Dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu. Lain kali, janganlah segan-segan untuk minta tolong saya lagi ya!" Cikgu Faizi mengenyitkan sebelah mata sambil tersenyum kacak. Dada aku pula yang berdebar-debar. Aku menoleh memandang tempat lain ingin meredakan rasa hati.

"Saya balik dululah cikgu. Lagipun dah lewat ini," pamitku untuk mengundur diri.

Baru sahaja tangan hendak membuka pintu kereta, Cikgu Faizi lebih pantas membukakan pintu buatku. Teragak-agak kaki masuk ke dalam kereta. Segan dengan tindakan guru lelaki itu.

"Te... terima kasih," ucapku sekali lagi. Dapatku rasa getaran yang bertandang di hati. 

"Bye! Drive safe, Cikgu Lela! " Cikgu Faizi melambai tangan ke arahku di balik cermin kereta. Aku hanya tersenyum. Kenderaan beroda empat milikku mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

Kereta berhenti tatkala lampu isyarat menunjukkan lampu merah. Ketika mulutku terkumat-kamit mengikut rentak radio, bungkusan plastik di kerusi hadapan menarik perhatian. Minda laju beroperasi.

Jangan kata aku terlupa nak pulangkan wallet lelaki itu. Malangnya, jawapannya ya! Aku lupa nak pulangkan atau lebih tepat lagi tak pulangkan. Muz punya pasal la ni! Gara-gara tindakan gila dia aku terus pulang tanpa melunaskan tujuan utama. 

Ya Allah.... aku tak nak pergi ke rumah dia lagi. Takut kali ini dia paksa pergi Siam pula ajak kahwin senyap-senyap.

Eh, dah jauh sangat aku melalut ini. Pantas aku beristighfar dalam hati.

Pulangkan sahajalah. Nanti kalau jadi apa-apa, aku yang kena tidur dalam lokap. Tak sanggup... tak sanggup! Aplikasi Waze dibuka, alamat rumah Muz dimasukkan seperti yang tertera pada IC. Selang beberapa minit aku selamat sampai di depan rumahnya.

Tolonglah, aku tak nak menghadap muka lelaki gila itu. Berbekalkan sedikit kekuatan, aku keluar. Loceng rumah aku tekan sambil memberi salam.

Muncul seorang wanita menyambut aku di depan pagar. Sepasang mata itu ralit memerhatikan aku dari atas sampai bawah. Puas aku mengerah otak siapa gerangan mak cik ini. Macam pernah jumpa. Hendak dikata orang gaji, macam banyak sangat pula gelang emas di pergelangan tangan.

Eh, Puan Sri!

Serius, aku rasa hendak cabut lari. Macam mana boleh jumpa bonda dia pula ini? Argh, serabut betul!

Aku tunduk seketika untuk menutup sebahagian muka dengan tudung yang dipakai. Okey, kali ini mesti wanita itu tak perasan. Bijaklah aku ini.

"Assalamualaikum err... Puan Sri. Saya nak pulangkan barang ini dekat Tuan Salahuddin... err dekat anak Puan Sri. Dia tertinggal di Tesco hari itu. O... okey terima kasih!" 

Rasa nak ketuk-ketuk saja mulut sendiri. Dah tahu tak ingat nama lelaki itu, tak payahlah gatal-gatal nak sebut! Buat jatuh air muka saja! 

"I know you... Delaila, kan?" Cis! Macam mana dia tahu? Ketara sangat ke? Lututku terasa lemah. 

"Why not kita masuk dulu? Borak-borak sekejap?" Tajam mata Puan Khairina memandangku.

"Maaf puan. Saya rasa... saya dah lambat nak balik rumah sekarang." Mulut aku berkata jujur.

"Awak tahu siapa saya, Delaila?" Tiba-tiba soalan itu diajukan kepadaku. Aku hanya menggeleng. Gerun.

"Saya Puan Sri Khairina. Semua orang di kawasan perumahan ini hormat pada saya. Berani awak menolak permintaan saya, Delaila?" Suara Puan Sri Khairina bertukar sombong. Kecut pula perut aku. Aku mangsa kes ugut ke sekarang? 

"Errr... sa... saya tak berniat macam itu, Puan Sri. Saya..." 

" No excuse. Masuk sekarang!" Bertukar garang pula kali ini. Peliknya. Kenapa cepat sangat berubah? Takkanlah nak marah sebab aku tolak lamaran anak dia? Sah! Keluarga ini memang tak betul!

Dengan hati yang berat, aku melangkah masuk juga. Puan Sri membawa aku duduk di ruang tamu. Secawan teh juga dihidangkan di atas meja. Aku hanya memandang sepi.

"Kenapa tak minum?" Puan Sri bertanya.

"Saya tak minum teh Puan Sri. Nanti pening kepala." Aku mencipta alasan padahal malas hendak berlama-lama lagi di sini.

Puan Sri hanya mengangguk. Sesekali tehnya dicicip perlahan sebelum diletakkan kembali di atas meja. Aku hanya duduk tegak. Langsung tidak berani untuk bertentang mata dengannya.

"Awak dari mana sebenarnya?" Matanya memandang aku dari hujung tudung sampai ke hujung stoking. Oh, mungkin sebab aku memakai baju kurung pada hari ini.

"Saya dari sekolah," balasku.

"Oh, awak cikgu?" soal Puan Sri Khairina lagi. Aku mengangguk.

"Awak dah kahwin?" Soalannya kali ini membuatkan aku terkedu. Aku cuba mengawal riak wajah yang semestinya sudah berubah. Sesekali aku berdehem agar kelihatan bersahaja di pandangan Puan Sri.

"Hmm... dah. Genap dua tahun." Penuh yakin aku menipu. Padu tak padu jawapan aku? Aku dapat menangkap riak kecewa pada wanita itu. Dia mengangguk perlahan. 

"Oh. Berapa orang anak dah?" Alamak, anaklah pula! Nak anak yang mana satu? Anak tekak, anak mata atau anak buah? 

"Anak... seorang. Eh tak! Lupa pula nak masuk dua dah sekarang..." Bahagian perut yang kempis aku tepuk perlahan bersama senyuman paling bahagia di bibir. Choi! Pandai betul aku menipu nyah!

Nak buat macam mana, itu jawapan yang aku kira paling munasabah sekarang untuk menghentikan Puan Sri. Dalam hati, tak putus-putus aku berdoa agar sesi soal-siasat ini lekas berakhir.

"Tahniah! Semoga awak selamat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti," ucap Puan Sri. Pahaku ditepuk lembut sebelum dia bangkit dari duduk lalu berjalan menonong meninggalkanku sendirian di ruang tamu. 

Air liur yang ditelan terasa payau. Pertama kali berbohong dengan orang luar lebih-lebih lagi yang berpangkat sepertinya. Ketar beb! Kalau kantoi ni... memang cari nahas la kau Lela! 

Aku menunduk sambil bibir melepaskan keluhan berat. Hmm... berkurang pahala aku tipu sunat hari ini. Taubat, selepas ini tak buat dah! 


Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.



TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Où les histoires vivent. Découvrez maintenant