BAB 31 🌸

4K 236 22
                                    

"Hah, nak kongsi sangat kan? Sekarang, tak perlu kongsi-kongsi lagi. Bonda dah tuang dalam gelas masing-masing. Bonda nak tengok kau orang berdua habiskan air ini depan mata bonda!"

Tegak bulu roma aku dibuatnya. Puan Sri Khairina dah kembali! Aduh, menyesal pula mengelat. Mendidih darah bonda apabila melihat Muz yang minum air itu, bukannya aku. Sekarang ini hadaplah! Muz sekali kena denda dengan bonda tetapi aku tak kesian sangat sebab dia dah dapat upah dulu sebelum buat kerja!

Air pegaga di dalam gelas aku pandang sekilas. Urgh... tekak mula kembang nak muntah. Aku jeling Muz di depan. Dia pun kelihatan teragak-agak nak minum untuk kali kedua. Serentak mata kami bertembung.

"Cepat minum! Kalau tak, bonda tambah lagi!" Mangkuk air rebusan dibawa betul-betul di hadapan kami. Aku dah telan air liur. Huish, gilalah! Lebih baik aku minum sekarang.

Terbatuk-batuk aku tatkala semua molekul air itu melepasi kerongkong. Perghh...! Rasa dia saja boleh buat aku kemurungan kalau kena menghadap ini sebulan. Nasib baik 14 hari je.

Bonda tersenyum puas. Bahu aku dan Muz dipegang dan dicengkam agak kuat. Kemudian, wanita separuh abad itu membongkokkan badannya menjadikan wajahnya separa dengan kami.

"Jadi pengajarannya anak-anak bonda... jangan mengelat! Lela saja kena minum air itu. Muz tak payah nak back up isteri sangat. Bonda buat macam ni pun sebab nak Lela cepat sembuh. Kalau tak, lama lagilah nampaknya bonda nak timang cucu sekali lagi."

Muka Muz yang pada mulanya keruh bertukar jernih sebaik mendengar penjelasan bonda. Lagi-lagi apabila tiba di ayat terakhir. Aku memberikan jelingan tajam. Mamat inikan, memang nak kena!

Sewaktu makan malam, meja makan itu bergema dengan gelak tawa ayahanda sampai keluar air mata dari tubir mata tua itu. Kelakar sangat agaknya. Pulang saja ayahanda dari pejabat, terus bonda membuka cerita tentang kantoinya aku dan Muz pagi tadi. Kami berdua hanya mampu tunduk memandang lauk. Sedar salah sendiri.

"Ayahanda, boleh kita makan sekarang?" Muz mencelah. Bosan melihat ayahanda yang tidak henti-henti gelak. Susah payah lelaki tua itu menghabiskan sisa tawa yang ada apabila muka Muz juga bertukar bengang.

"Okey, okey. I'm sorry, my bad. Kita makan sekarang." Ayahanda mula mengangkat tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Setelah doa dibaca, masing-masing senyap mengunyah hidangan. Sehinggalah ayahanda membuka mulut.

"Lela selesa tak duduk di sini, berpantang dengan bonda?" Soalan ayahanda berjaya membuatkan aku buntu sendiri. Lagi-lagi apabila perasankan bonda juga fokus ke arahku.

"Alhamdulillah, Lela selesa sangat. Bonda jaga Lela dengan baik! Lela terhutang budi sangat dengan bonda dan ayahanda." Fuh! Lega sekejap walaupun sekadar memberikan jawapan selamat.

"Ya ke? Kalau selesa, kenapa tak minum air pegaga pagi tadi? Kenapa suruh Muz?" Alamak! Bonda dah tanya soalan perangkap. Matilah aku!

Perlahan-lahan aku melirik ke kerusi sebelah. Eh, Muz ini tak ada rasa nak tolong ke? Dia hanya senyap mengunyah nasi malah langsung tak mengangkat muka. Seolah-olah ingin membiarkan aku dalam situasi yang sukar ini.

Aku pandang wajah ayahanda dan bonda silih berganti. Lambat-lambat aku membuka mulut.

"To be honest, Lela tak tahan minum air itu. Baunya buat tekak Lela kembang rasa nak muntah. Lela tak mampu nak telan sebab tak lama selepas minum rasa nak terkeluar balik semua itu. Sebab itulah, err... Lela minta tolong Muz yang habiskan."

Usai memberikan penjelasan, kepala serta-merta menunduk. Rasa bersalah menguasai diri. Saat itu, aku langsung tak berani mengangkat muka memandang sesiapa. Uwaa, apa aku dah buat ini? Mesti bonda marah! Huhu.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now