BAB 22 🌸

3.9K 252 20
                                    

Pagi itu, awal-awal lagi kelibat aku dah terlihat di dapur. Maklumlah, cuti sekolah a.k.a  cuti kahwin tak habis lagi. Kalau tak, memang tepat pukul tujuh aku chow dulu. Bunyi sudip dan kuali berlaga lagi. Guess what?  Hari ini aku yang sediakan sarapan. Bukan selalu, saja nak menunjuk depan suami apabila dah kahwin ini. Hahahaha.

"Wah, pengantin baru awalnya bangun! Ehem, boleh tidur tak malam tadi?" Suara nyaring Kak Tim memecah telinga. Soalannya yang terakhir dalam nada berbisik diiringi dengan muka gatal. Eee... tak senonoh betul kakak aku ini.

Mi goreng yang dah siap masak dan masih berasap itu aku sendukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, badan berpusing untuk menghidangkannya di atas meja makan. Bebola mata lantas terarah pada Kak Tim yang masih setia memerhati tindak-tandukku sedari tadi.

"Apa pula tak boleh tidurnya? Dah mengantuk, penat... tidurlah. Apa susah?" Riak muka aku kawal sehabis mungkin padahal dalam hati rasa nak meletup!

Kak Tim gelak kuat-kuat mendengarkan jawapan aku. Malas nak layan, teko di rak kabinet aku capai untuk menyediakan kopi panas pula. Kelihatan figura ibu dan ayah mulai masuk ke ruang dapur.

"Ya Allah akak, kenapa gelak kuat sangat tu? Malu kalau Muz dengar nanti," tegur ibu. Aku dah simpan senyum. Padan muka Kak Tim kena sebiji dengan ibu!

Ayah pandang aku. "Kak Je, pergi panggil Muz ajak sarapan." 

Terus mati senyuman aku tadi. Err... kena juga ke? Kak Tim dah tersenyum mengejek. Cis!

"Kak Tim pun sama juga, panggil Zul sekali," sambung ayah lagi. Hahaha! Yang ini aku suka! Kak Tim dah kena dua das daripada ayah dan ibu.

"Ayah, why not Kak Tim saja yang panggilkan dua-dua? Senang, sekali jalan terus." Sengaja aku cari helah lain, sebab aku tak nak jumpa Muz!

Kak Tim dah membulatkan mata tanda tak setuju. Ayah sempat mencicip kopi panas yang baru aku tuang tadi sebelum membalas. Tisu dicapai lalu tepi mulutnya dilap cermat.

"Ehem. Selepas ini, tak hairanlah kalau Muz pasang dua ya. Ada isteri pun nak tak nak saja layan suami." Shoot!  Kata-kata ayah menusuk tembus ke jantung. 

Kak Tim pun terlopong sebab tak sangka. Aku? Apa lagi, tak payah tunggu lama terus pergi masuk bilik. Ish, ayah ini pun cakap tak berlapik. Sakit pula hati kita. 

Aik, mana Muz? Aku meliarkan pandangan ke sekitar bilik tidur. Pintu tandas dibuka. 
Hmm... dalam bilik air pun tiada orang. Apabila intai dari celah tingkap baru perasan, Muz sedang duduk sendirian mengambil angin di pangkin ayah rupanya. Senyuman kecil mula terbit di bibir.

"Aii... termenungkan apa itu cik abang?" Bahu dia aku tepuk lembut. Perlahan-lahan aku melabuhkan tempat di sisinya. 

"Eh, mana ada termenung. Cuma tak sangka kita dah kahwin!" Muz tersengih. Rasa kelakar pula apabila dengar dia cakap macam itu. 

"Kenapa tak sangka pula? Tak percaya?" Muka Muz aku pandang sekilas sebelum kembali membuang pandang ke arah pokok pisang ayah yang terletak tidak jauh dari pangkin. Wah, pisangnya dah mula berbuah la! Kalau buat pengat mesti sedap. Eh, menyempat lagi aku ini.

"Kalau sayang nak tahu, saya hampir putus asa tahu tak nak pikat orang itu. Kerasnya hati dia... memang tak boleh bawa bincang! Sekarang, tahu-tahu saja bidadari yang saya tunggu selama ini dah ada dekat sebelah saya." Redup matanya merenung jauh ke dalam anak mataku. Pipi serta-merta rasa berbahang. Aisey, janganlah pandang saya macam tu! Malu tahu!

"Eh, Ya Allah..." Seakan tersedar sesuatu, aku menepuk dahi dengan tapak tangan.

"Sebenarnya, saya nak ajak awak sarapan. Jom sarapan jom!" Aku bingkas turun dari pangkin kayu itu dan menjejakkan kaki di atas tanah. 

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now