BAB 30 🌸

4.2K 236 53
                                    

Bunyi alarm phone yang kuat membingitkan telinga. Adoi, inilah yang jadi apabila kau lupa nak adjust volume sebelum tidur. Bunyinya saja dah boleh buat loceng rehat di sekolah. Boleh gugur agaknya bulu telinga aku kalau hari-hari menghadap bunyi yang kuat begini.

Dalam separa mamai, jari telunjuk ralit menggosok mata sambil sebelah tangan lagi sibuk menggagau mencari phone di atas katil. Ish, mana pula phone ini? Bukan aku letak betul-betul di sebelah bantal ke? 

Nak tak nak, terpaksa juga kelopak mata dibuka. Cari guna tangan tak jalan, kenalah guna mata. Bantal yang menjadi alas kepala diangkat. Hah! Jumpa pun. Sedang elok saja Iphone X itu di bawah bantal. Aku menghela nafas lega. Nasib baik ada. Kalau hilang, jenuh juga nak mencarinya.

Bunyi alarm ditutup. Aku masih tak berpuas hati. Kenapa aku masih dengar bunyi lagi? Butang down volume ditekan sehingga mute. Ish, tak boleh jadi ini. Bunyi yang tidak diketahui itu semakin kuat pula. Aku menyuluh sekeliling bilik. Hmm...

Tapak tangan terasa hangat secara tiba-tiba. Seolah-olah bersentuhan kulit dengan seseorang. Bulu roma serta-merta naik mencacak. Teksturnya yang bertulang juga dapat dirasa.

Hah? Bertulang? Kelopak mataku terjegil luas. Kedua belah mata digosok dengan tangan kemudian dipejam dan dicelikkan berulang kali. 

Muz?

Sekujur tubuh yang separuh berbungkus selimut direnung tak berkelip. Riak wajah yang tenang diulit lena itu aku pandang lama. Baju kemeja dia pun dah siap ditukar baju tidur. Serius, bila dia sampai? Kenapa aku boleh tak perasan? Aku rasa aku tidur lambat juga malam tadi.

Teringat tentang malam tadi serta-merta aku jadi tak menentu. Weh, malam tadi bukan aku tertidur di atas sofa ruang tamu ke? Ya Allah, aku meraup muka yang dah berbahang malu. Please, tolonglah jangan cakap yang dia baik hati angkat aku masuk bilik. Tetapi, kalau tengok dari sudut logik macam betul saja. Oh my... malunya saya! Aku menggeleng kepala laju-laju menghilangkan rasa malu. 

Sayup-sayup kedengaran azan berkumandang dari masjid berhampiran. Sekejap saja dah masuk waktu subuh. Aku menunggu sehingga azan tamat barulah mengejut Muz yang masih di alam mimpi.

"Muz, bangun. Dah subuh." Selimut yang menutup sebahagian tubuhnya ditarik perlahan. Lelaki itu masih kejap menutup mata. Amboi, cik abang! Langsung tak nak bangun ke apa ni?

"Awaknya... bangunlah. Tak elok tau lambat-lambatkan solat." Percubaan kali kedua untuk mengejut sang suami masih tidak berjaya. Tiada tanda-tanda yang dia ingin sedar. Ish, tak boleh jadi ini. Aku berdehem perlahan.

"Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap ke hadrat Allah Taala."

"Wahai Tuan Salahuddin Muzaffar Shah Al-Din bin..." 

"Ya Allah!" 

Muz bingkas bangun dari pembaringan dengan muka pucat tak berdarah tatkala mendengar talkin dibacakan. Nafasnya juga beralun kencang. Wajahnya diraup dengan kedua belah tangan. Lama dia menunduk kemudian barulah Muz menoleh ke arahku yang sedang mengekek gelak sambil menekan perut. Adoi, lawaknya! Sakit perut aku gelak weh! Mesti terkejut sangat itu. 

Tanpa sebarang bunyi, Muz terus menonong pergi meninggalkan aku dan melangkah ke bilik air. Tingkahku tadi serta-merta mati. Aik? Dia pergi macam itu je? Marah ke? Pelik jadinya dengan perangai Muz yang lain macam saja. 

"Amin Ya Rabbal Alamin..." 

Sebaik Muz selesai membaca doa selepas solat, aku turut mengaminkan doa yang telah dibaca. Sejadah yang diguna disidai di rak penyidai lalu lelaki itu mengambil tempat di sebelahku di atas katil. Kopiah hitam miliknya pula diletakkan di atas kepalaku. 

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now