BAB 3 🌸

4.6K 336 94
                                    

Iphone X di atas meja berbunyi menandakan ada pesanan Whatsapp masuk entah kali ke berapa. Jemari aku masih sibuk menanda buku latihan anak murid yang bertimbun di atas meja. Siapalah yang sibuk menghantar Whatsapp ketika waktu bekerja ini. Geram pula aku. Palau sajalah.

Lagu BINGO nyanyian Didi & Friends pula menyapa telinga. Aku memandang ke segenap ceruk bilik guru perempuan ini. Mana tahu ada anak cikgu lain yang sedang syok menyanyi. Alih-alih, aku pula yang dipandang. Cikgu-cikgu lain tersenyum-senyum lagi.

Spontan dahi berkerut membentuk lapisan. Kenapa pula ini? Telefon yang berbunyi aku ambil dan dekatkan dengan telinga. Lah... dari sini rupanya. Siapa tukar ringtone aku?

Mesti kerja Ahmad. Cis! Bertuah punya anak buah! Nasib... nasib.

Segera aku menekan butang hijau. Malu aku jadinya dengan rakan-rakan guru yang lain.

"Assalamualaikum. Siapa ni?"

"Waalaikumussalam. Haih, cepatnya lupa tunang sendiri."

Tunang? Aku melihat nama yang tertera. Diff.

"Haha. Sorry la . Banyak kerja tadi. Tak perasan pula." Segera aku memohon maaf sambil tersengih sendiri. Macam manalah aku boleh terlupa pasal dia?

"Dah siap kerja? Jom makan. Aku belanja," ajak Diff di hujung talian.

"Heh, banyaklah dah siap. Buku latihan bertimbun ni. Malas pula nak bawa balik rumah." Terpaksa aku menolak tawarannya.

"Aku dah ada dekat luar ini," ujar lelaki itu.

Kelopak mata aku membulat. What? Aku memandang tingkap sebelah aku. Memang jelas nampak Diff yang sedang berpeluk tubuh sambil menjongketkan kening pada aku sekarang. Jadi maksudnya dia boleh nampak aku sengih tadilah, kan?

Terus talian diputuskan. Jam tangan aku kerling sekilas. 4.30 petang. Ala... baru ingat nak balik lewat sedikit. Boleh habiskan menanda buku berlambak itu. Nak buat macam mana, terpaksa aku pendamkan hasrat itu sendiri. Diff dah sampai pula.

Lima jari aku tunjukkan pada Diff di sebalik cermin tingkap. Barang-barang di atas meja dikemas. Laptop yang tadi terbuka aku tekan switch off lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Buku-buku yang masih belum siap ditanda pula dibawa balik separuh.

"Saya balik dulu kak!" pamitku pada Cikgu Syaz di sebelah. Aku melambai dengan sebelah tangan sambil memasukkan kerusi ke bawah meja.

"Untunglah buah hati dia dah tunggu katakan," usik Cikgu Syaz. Aku hanya tersengih mendengarkannya.

Diff membawa aku makan di cafe berhampiran dengan rumah sewa aku. Tak jauh pun. Senang nanti nak hantar aku balik katanya.

Sekarang ini, aku dengan Diff selamat bertunang setelah dia menghantar rombongan meminang ke rumahku beberapa bulan yang lalu. Tak sangka dia terima juga nak berkahwin. Fikir tak nak. Jual mahal saja tahu mamat ini. Kami bertunang tak lama pun. Enam bulan cukuplah.

"Aku tengok kau macam tak nak balik saja waktu aku sampai tadi. Dah biasa balik lambat ke?" Soalan Diff memecahkan suasana.

Kami memang berpakat menggunakan kata ganti 'aku-kau' saja sekarang. Dia okey. Aku ini lagilah okey. Lagipun, baru bertunang. Selepas kahwin nantilah baru tukar kalau nak kedengaran lebih sopan.

"Haah, tapi tak payah risaulah. Ini Lela! Pandai-pandailah aku jaga diri," selorohku sambil cuba meyakinkan Diff. Aku menumbuk bahu kiri dengan tangan kanan.

"Haih, kau inikan Lela. Sedar tak yang kau tunang aku? Mestilah aku risau!" luah Diff. Beberapa lapisan kerutan terukir di dahinya. Uih, risau sungguh cik tunang kita! Berbunga hati tatkala mendengar luahan hati Diff. Lelaki ini tak banyak cakap, tetapi dari segi renungan mata aku tahu yang dia betul-betul risau.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now