BAB 20 🌸

4K 255 89
                                    

Akhirnya, harinya sudah tiba. Hari pernikahan antara aku dan Muz. Saudara-mara aku ramai datang sejak malam semalam. Semua sibuk tolong aku pakaikan inai, siapkan hantaran, pasang bunga manggar, hias bilik kahwin... semuanyalah! Terharu aku jadinya. Jauh di sudut hati, aku tahu semua orang berharap supaya majlis pernikahan aku kali ini berjalan dengan lancar. Aku pun mengharapkan benda yang sama. Amin.

Pagi-pagi itu selepas Subuh aku bersila di atas pangkin ayah. Hidung pula dibuka seluas mungkin untuk menghirup udara segar banyak-banyak. Bagi segar sedikit. Macam tak percaya saja, tak lama lagi aku nak kahwin! Hahaha. Sempat aku telek inai merah yang melekat di sepuluh jari. Hmm... lawa! Pandai Kak Tim tumbuk.

Iphone X dalam poket seluar terasa bergetar. Tangan diseluk ke dalam untuk mencapai telefon. Sebaik terpandangkan sepotong ayat itu, serta-merta bibir aku mengukir senyum.
Alahai, dia ini la.

Muz Sayang

 Yeay, tak lama lagi nak kahwin! 😍

Eh, eh. 
Tak payah excited sangat
Saya nak pesan, jangan tersasul pula
depan ayah nanti.

Tak pasal-pasal ada yang tidur
luar kang.


Hahahaha... awal-awal lagi dah plan
nak halau suami eh?

Hei saya serius tau! 
Awk jangan cabar saya.🤨


 Okey sayangku. Saya akan pastikan
sebutan nama awak nanti lancar dan jelas.
Puas hati Mrs. Muzaffar?😘

Kali ini, aku tak dapat nak tahan senyum lagi. Serius, dalam hati berbunga gila! Mrs. Muzaffar? Aisey, sedaplah pula bunyinya. Apa lagi, waktu aku gedik-gedik macam ini pokok pisang ayahlah jadi mangsa. Belakang badan aku sandarkan pada batang pokok sambil itu telefon dibawa rapat ke dada. Sah, gila angau aku ini!

"Kak Je! Buat apa tu? Masuk sekarang! Sarapan cepat, selepas itu lekas pergi mandi. Ish, budak ini. Dah nak kahwin, semakin teruk perangai. Aku zaman dulu tak adalah pula macam ini. Budak zaman sekarang ini memang pelik-pelik. Asyik-asyik bla bla bla..." Suara Mak Ngah dah memetir. Terkejut aku dibuatnya. Sebelum kena bebel lagi, lebih baik aku masuk dulu.

Keluar saja dari bilik setelah selesai berdandan dan bersolek, beribu pasang mata dah melekat memandang aku. Mata semua dah membulat. Aku pula yang rasa tak selesa. Janganlah pandang aku macam itu. Seram la weh! Apa, kau orang tak pernah tengok pengantin ke? 

"Ya Allah, cantiknya kau Lela! Elok saja mata memandang," puji Mak Ngah. Aku buat-buat tak dengar. Kononnya masih kecil hati sebab kena bebel dengan Mak Ngah pagi tadi. Eh, tapi Mak Ngah cakap apa? Elok mata memandang? Amboi, selama ini aku tak elok dipandang ke apa? 

"Haah la. Cantik betul! Pandainya mak andam yang make up kau ni. Nampak glowing  saja muka kau itu." Hah, ini lagi seorang. Sepupu aku Si Nasha ini nak puji aku ke mak andam? Dia tak tahu ke muka aku memang natural glowing macam inilah. Lagi-lagi nak kahwin dengan Muz itu yang semakin bertambah glowing.  Ahaks! Tergatal pula kita. Aku tersengih sendiri.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now